Tuesday, March 28, 2017

Serasa 2017

Assalam, lama blog menyepi. Sebenarnya, saya banyak je menulis, tapi bukan lah di alam maya. Kembali like yesteryears, menulis dalam diary.. to flipped and look back what i've written and done, perbaiki kelemahan diri etc etc. Else, banyak menulis untuk academic publication and thesis. Hehe.. part ni still struggle!! erghh
Oh, selalu juga update di instagram. Hehe

Ok, kembali kepada tajuk. Program Serasa (Seminar Keluarga Sakinah) di masjid UTeM yg berlangsung pada minggu lepas. Alhamdulillah, tahun ni speaker best2 belaka. Ada Ustaz Pahrol (sgt ditunggu2!), Dr. Nik Salida, Tn Haji Hushim (pun ditunggu2!!), PU Azman dan Ustaz Syamsul Debat. MasyaAllah, banyak ilmu dapat. Best! Sedikit notes untuk dikongsi:


  • Antara kepentingan berterusan menuntut ilmu : 1. supaya diri berasa jahil. 2. untuk mendapat keampunan Allah swt. Memang betul kan, semakin banyak kita belajar/baca buku, semakin rasa banyak benda tak tahu (jahil). Perasaan itu bagus untuk mengekalkan perasaan tawadhu' (hanya Allah yg Maha Bijaksana), rendah diri dan continous menuntut ilmu lagi.  Poin kedua, metaforanya adalah bila kita belajar bawa kereta gantung tanda "L", even bawa slow sehingga mengganggu driver lain, orang tetap takkan marah pada kita sebab kelebihan tanda "L" tu, ohh "masih belajar". Jadi, gantunglah tanda "L" tu disepanjang kehidupan kita, jangan sekali-kali takbur/riak dengan ilmu yg kita ada (walaupun mungkin kita pakar). Mudah2an Allah akan sentiasa ampunkan kita sebab kita "masih belajar".
  • Kisah khutbah wida' (khutbah terakhir RSAW) di padang Arafah. Ketika RSAW menyampaikan khutbah ini, Islam telah berkembang pesat/berada dikemuncak. Tapi, anehnya.. antara pesanan terutama RSAW dalam khutbahnya adalah mengenai keluarga, baitul muslim. iaitu perkara paling asas. Cuba fikir kerana apa? Kalau ikut logik, benda ni mungkin tak perlu lagi RSAW tekankan (ketika itu) sebab patutnya semua orang dah tahu. *Rasa nak nangis sangat masa ustaz cerita ni +____+
  •  "Kamu yang terbaik adalah kamu yang paling baik pada keluarga kamu" -- kerana orang yg baik pada keluarganya, itulah true colors dia. Dia juga pasti baik dengan orang luar. Ini utk yg mencari pasanganlah, lihat dia apabila dia bersama keluarganya. Tengok suami kita bila dengan ibunya :-)
  • Satu rasa dua hati. Beza 'house dengan 'home'. House adalah rumah, home adalah di mana hati kita berada. Ada ketenangan, kasih sayang dan sakinah. Rumah yang kecil dan kosong pun akan terasa 'rasa' bila ada 'hati' di situ. Bagaimana nak ada hati? Ini berkait rapat dengan tujuan berumah tangga -- maka, berkait rapat dengan tujuan hidup. Mencintai yang kekal (refer surah AzZariyat, surah Al-Baqarah)
Banyak lagi, tapi ni yang saya rasa terkesan pada 'hati' :-) Boleh follow page UTeM, kalau nak tengok full video untuk seminar-seminar ni. Saya recommend ceramah Tuan Haji Hushim, kelakar sangat! hehe. Alhamdulillah, for the ilm. Moga ada manfaat

Jumpa lagi, InsyaAllah

Thursday, July 28, 2016

Double Raya!


Alhamdulillah, akhirnya.. semalam dah sambut 'double raya'! Tahun ni special sikit, dapat penuh sebulan puasa ramadhan dan sambung 6 puasa sunat syawal (tapi tak dapat buat berturut huhu). Alhamdulillah Alhamdulillah.

Ni kena take note for future reference:  susu blend dengan kurma dan vita-c shaklee masa bersahur (nasi atau roti :WAJIB, of course! hehe) InsyaAllah bertenaga sehingga waktu berbuka. Susu pun tak merundum. Alhamdulillah.

Ok, gambar raya. Raya sebulan kan? Heehe. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!




First raya without Abah. Al-Fatihah.




Thursday, May 26, 2016

Catatan seorang pelajar

Biasalah. Menjadi seorang pelajar PhD, ada masa berada di atas iaitu sewaktu hasil eksperimen berjaya, selesai hadiri konferens, dapat terbit jurnal berimpak tinggi dan sebagainya. Tapi, ada masa berada di bawah, tergolek-golek, rasa tercungap-cungap nak lemas di lautan dalam. Buat masa sekarang, saya berada di pertengahan antara dua. Macam di atas tembok, takut-takut tergelincir masuk ke lautan dalam *nangis*

Teruk sangat nih. Sampai kena telan dek komputer

Saya sedang merasa lelahnya belajar. PhD pula tu. Progress belajar sedang slow. Mungkin sebab tengah mengumpul dan memproses data yang banyak. Kerja berbulan-bulan. Sebab tu dirasakan progress slow. Kadang-kadang  saya sendiri rasa apa yang sedang buat ni macam takde hasil. Kalau ada pun, sedikit sangat. Macam tiada siapa pun peduli. Macam hanya 2-3 orang saja yang akan baca paper yang saya tulis. Hanya orang-orang yang dalam bidang saya (tapi, memang pun kan? Huhu). Sukar untuk terus positif dan termotivasi.

Teringat kata ayahanda (penyelia saya), “apa pun kita buat kalau ada ikhlas dan kesungguhan, perkara baik dan kerana Allah swt, insyaAllah ada manfaatnya”.  Saya teruja setiap kali ke Skudai berjumpa penyelia dan rakan-rakan sekapal (teammates) di makmal. Sebab waktu itulah saya rasa kerja-kerja saya bermakna atau ‘di jalan yang betul’ hehe. Inilah dilema orang belajar di rumah. Terkadang rasa nak pindah duduk di sana dan hari-hari datang lab seperti waktu buat masters dulu. Tapi saya juga ada tanggungjawab di sini. Yang lebih utama sebenarnya. Kadang tersepit juga dengan kata-kata tentang berhijrah. Hijrah tempat untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu itu sendiri menuntut pengorbanan. Tetapi, saya juga masih nak melihat anak-anak depan mata dan membesarkan sendiri anak-anak. Saya nak juga menjadi guru buat anak-anak saya. Biar mereka kenal huruf dan belajar Al-Quran dengan saya. Waktu sekarang anak-anak lebih butuhkan saya. Saya fikir begitu.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah mafhumnya, “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan pekerjaan, ia melakukannya dengan bersungguh-sungguh” (Riwayat al-Baihaqi)

Biarlah bersungguh. Jadilah pelajar yang belajar bersungguh-sungguh. Jadilah ibu yang mendidik anak-anak bersungguh-sungguh. Jadilah isteri yang dicintai dan mencintai bersungguh-sungguh. Hehe. InsyaAllah, kena selalu bersyukur. Betapa ramai lagi yang dilanda dugaan dan ujian yang maha hebat. Percaya apa yang Allah berikan pada waktu ini adalah perkara yang terbaik buat masa sekarang. Yang lain dan akan datang, usahakan dengan bersungguh!


p/s: lebih kepada luahan hati sebenarnya, bukan catatan. Hehe. Saya perlu motivasi, jadi saya menulis (sepatutnya membaca) huhu. Oh Allah, make it easy for me! Rabbi yassir wala tu’asir

Wednesday, March 16, 2016

Seminar Keluarga Sakinah

Alhamdulillah for the opportunity, another great majlis ilmu. walaupun hanya sempat hadir sesi Ustaz Zahazan shj.


Antara intipati yg disentuh dalam slot "Ibrah drpd Al-Quran dalam mendidik anak" oleh Ust. Zahazan:

- lihat semula tujuan kita mempunyai anak: kenapa mahu anak? sebab anak adalah pencen akhirat. Dalam hadis sahih ada huraikan mengenai 3 perkara yg ditinggalkan apabila mati; dan salah satunya adalah anak yg soleh. Maka didik dengan ilmu agama, jangan terlalu menerapkan keduniaan kepada anak (mesti dapat straight As, kerjaya bagus segala) sehingga melupakan terapan agama yg mana lebih penting. Dekatkan mereka dgn Al-Quran, selalu perdengarkan bacaan Al-Quran dari kecil, agar hati lembut hatta hanya mendengar alunan shj (kita pun harus begitu)

-Banyak kisah dari dalam Al-Quran yg diceritakan Allah SWT tentang peranan/pengorbanan ibu ayah :(kisah nabi ibrahim, nabi ismail, nabi yusuf, nabi yaakub etc) kesemuanya menekankan hubungan antara ayah dan anak, kecuali kisah nabi isa ibn maryam. Jelas Allah hendak sampaikan peranan utama ayah dalam mendidik anak2 lebih besar; kecuali dlm kes2 ketidakhadiran ayah dalam keluarga. Kenapa ayah? kerana lebih dominan, sebagai ketua keluarga, role model..

-Anak2 lelaki perlu didampingi oleh ayah/lelaki, lagi sekali peranan ayah penting. Kerana anak lelaki akan membesar sebagai pemimpin, jadi mereka perlu didikan dari mereka yg juga seorang pemimpin/imam keluarga. Rasulullah walaupun tiada ayah, tetapi mendapat didikan drpd datuk dan bapa saudaranya. Anas bin Malik juga dihantar oleh ibunya sedari kecil kpd Rasululluh untuk belajar ilmu agama.

-Kepelbagaian penggunaan perkataan, bagi merangsang anak2. Panggil anak2 dengan kasih sayang mengikut perkembangan usia Dalam Al-Quran, Allah SWT gunakan perkataan yg sangat lembut apabila menceritakan mengenai anak2, iaitu "yabunayya" yang bermaksud "anakku, permata hatiku".

-Antara waktu yg mudah untuk mendidik dan memberi nasihat kepada anak2 adalah waktu makan bersama2, dalam kereta dan waktu sakit.

-Jangan membeza-bezakan anak. dan jangan bandingkan anak-anak dengan anak orang lain. Sifat berbanding ni akan menyebabkan kita berlumba-lumba mahu anak kita lebih bagus dari orang lain, akan menyebabkan anak-anak turut berlumba antara satu dengan lain untuk menjadi yg terbaik. Sistem kekeluargaan boleh musnah sebab "perlumbaan ego" ini.

-Kenal minat anak, dan rangsang supaya anak maju dalam perkara yg dia minat. Ingat 'manusia tidak dilahirkan bodoh, cuma mempunyai potensi yg berbeza-beza'. Contoh yg diceritakan; Rasulullah menyuruh Zaid bin Tsabit menguasai bahasa, apabila dilihat Zaid memunyai potensi dalam bidang bahasa lebih mendalam berbanding anak kecil lain. Jaafar bin Abdullah diserap dengan ilmu perniagaan dan diberi rangsangan serta bimbingan oleh Rasulullah sendiri. Sejak kecil, Rasulullah melihat potensi menjadi ahli perniagaan itu sudah ada dlm diri Jaafar bin Abdullah. Raikan minat mereka. Begitu juga dengan Anas bin Malik. Ustaz juga ada konsikan doa yg baik untuk diamalkan untuk murah rezeki (merupakan doa Rasulullah kpd Anas bin Malik).



-Doa untuk anak ; Al-Furqan ayat:74. Jadi ibu ayah kena rajin berdoa untuk anak2, doa ibu ayah tak ada 'shield', kata ustaz :) InsyaAllah, mudah2an anak2 mendoakan kita pula bila kita sudah tiada nanti.

-kesimpulan: dalam mendidik anak kita perlu menjadi seperti langit yang menurunkan hujan , dan bumi yang menghidupkan tanaman. Jangan terlalu lembut dan jangan terlalu keras. Moga kita semua istiqamah dalam mendidik anak2 dan menjalankan amanah ini sebaiknya.

Mohon maaf jika ada kekurangan pengisian. Tulis laju-laju

Tuesday, March 1, 2016

Power of Dua


Last weekend, husband kerja. Jadinya tinggal saya dan anak-anak sahaja di rumah. Kesian pulak sepanjang hari main dalam rumah je. So saya cakap kat anak2 supaya be good, petang kang ibu bawak pegi main kat padang. Selalu kat padang tu ada orang main bola, layang-layang, naik basikal, ada playground..so quite happening. Budak-budak bukan main seronok. But knowing Khalif, dia punya pushy tu..adohaii. he kept asking me.. ibu dah petang ke? ibu dah petang ke? ibu dah petang kee??

Sepanjang hari behave je khalif, punya semangat berkobar sangat nak ke padang. Hehe. Masa nak masuk waktu asar, tiba-tiba drizzling. Alamak, nak hujan pulak ke? Saya cakap pada anak-anak, kalu hujan we go tomorrow, nanti demam pulak. Khalif dah kecewa dah. So, i said ok ok kalau nak pergi.. jom asar dulu dengan ibu. Lepas solat kita doa kpd Allah swt , supaya tak hujan supaya kita boleh pergi main kat padang. Bersungguh-sungguh dia doa. Alhamdulillah, sementara siap2 saya tengok matahari memancar-mancar! MasyaAllah! Subhanallah!

Anak kecil, hati mereka suci. Meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah swt. Itulah konsep doa yg sebenar. Seronoknya Khalif dapat main di padang petang tu. 

Dalam AlQuran Allah berfirman maksudnya,"berdoalah padaKu, pasti Kukabulkan untuk kamu" --Surah Ghafir. Ayat 60.

Sebenarnya dalam mendidik anak-anak, kita akan belajar lebih banyak. Mungkin Allah salurkan ilmu yg kita belajar itu melalui mereka. Itulah rezeki anak namanya. Saya sendiri begitu, really learnt a lot from them. Alhamdulillah, moga Allah kurniakan jannah untuk anak-anak syurga ibu. :')


Tuesday, January 26, 2016

Cabaran tahun baru - ibrah dari Surah Yusuf

Sudah 26 hari menjengah tahun baru. Dalam 26 hari ni aje dah macam2 "news" yang kurang asam belacan dah didengar, dan kesemuanya berfokus kepada kegawatan ekonomi. Ya semakin jelas, this year will be a challenging year for all of us. Krisis ekonomi rasanya paling parah akan berlaku di Malaysia tahun ini.

Mengambil ibrah dari kisah kegawatan ekonomi yang diceritakan dalam Al-Quran, surah Yusuf ayat 47-49. Antara notes yang sempat saya catat semasa segmen ibrah di ikim fm semalam. Segmen ibrah bersama ustaz Syaari ini adalah antara slot yang paling saya gemari (memang tertunggu-tunggu tiap hari), selain slot usrati bersama ustazah Hafizah Musa.


Baca terjemahan ayat 43-44 dari surah Yusuf, jelas kisah yang nak diceritakan bermula dengan tafsiran mimpi Raja Mesir yang melihat tujuh ekor lembu gemuk yg dimakan tujuh ekor lembu kurus, dan melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Kemudian apabila ditanya pada Nabi Yusuf yang ketika itu di dalam penjara, Nabi Yusuf menjawab seperti yang dinyatakan dalam ayat 47-49.

Raja dan kerajaan Mesir kemudiannya melaksanakan apa yang disarankan Nabi Yusuf, malah melantik Nabi Yusuf menjadi Menteri Ekonomi. Maka terselamatlah Mesir dari kebuluran dek kerana kemarau panjang dan krisis ekonomi yang teruk malah membantu negara di sekitarnya seperti Palestin dan Syam (boleh baca sambungan kisah pada ayat 58-68 selanjutnya, saya suka surah Yusuf sebab cerita yang lengkap mengenai kisah Nabi Yusuf; sebaik-baik kisah!). Kerja keras untuk 7 tahun, untuk hadapi gawat 7 tahun berikutnya.

Antara ibrah yang boleh di ambil;

  • Dlm menghadapi sebarang kesulitan, umat Islam wajib merujuk kepada pakar (orang yang di dalam bidangnya). Dalam ayat di atas, Raja Mesir pada mulanya merujuk kepada penilik-penilik mimpi dan mereka tidak dapat menafsirkan mimpi raja, dan kemudiannya merujuk pula kepada Nabi Yusuf yang diketahui boleh menafsir mimpi. Maka pada beliaulah ditemui penyelesaiannya.
  • Betapa penting perancangan dibuat bagi menghadapai kesulitan pada masa akan datang
Ustaz formulizekan ibrah yang boleh diambil kepada YUSUF.  الخطة اليوسفية ! 

Y - Yakin Allah Ada.
U - Usaha Luar Biasa.
S -  Simpan Dahulu, Belanja Kemudian.
U - Utamakan yang Utama (Bila Berbelanja).
F - Fokus Bulatan Kawalan (Bukan Bulatan Kebimbangan).

Contoh bila kita dapat gaji, buat simpanan dulu (dalam kadaran yang logik dan mampu) kemudian baru beda untuk belanja. Teringat dulu masa kecik-kecik, sebelum keluar pegi sekolah ma suruh masukkan sebahagian duit belanja sekolah yang abah bagi tu ke dalam tabung dulu, selebihnya baru guna untuk belanja kat sekolah. Itu kaedah menabung yg sebenarnya. Yang kebanyakan kita buat adalah belanja dulu, ada lebih baru saving. 

Utamakan yg perlu apabila berbelanja. Berhemat. Kurangkan berjalan2, lebihkan masa bersama keluarga. Tak perlu pergi bercuti-cuti pun, sekadar meluangkan masa membuat aktiviti bersama-sama yang tidak perlu pengeluaran belanja yg banyak. Simple stuff does make a different :)

Fokus kepada perkara yg boleh kita kawal. Paling utama adalah mengawal nafsu yang pelbagai. Nafsu menjerumus kepada emosi, yang kalau tak dikawal mulalah nak marah-marah kemudian bergaduh dan bermaki-maki. Dah mendapat dosa pula. Kena selalu beringat, especially bila meronda-ronda di muka buku.

Semoga beroleh manfaat!

"Demi sesungguhnya, kisah Nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah cerita yang diadakan-adakan, tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman." (Surah Yusuf: ayat 111).

Friday, January 8, 2016

Abah


Sudah hampir sebulan abah pergi. 10 Disember 2015. Rindu sangat.

Saya cuba kuat untuk terus menaip di ruang ini, tapi sungguh tersiksa rasanya :'(

Kami redha dengan pemergian abah. Abah didiagnos mengidap kanser limfoma stage 4 sejak pertengahan november lalu. Disebabkan kanser abah sudah ditahap kritikal, doc suggest untuk terus buat kimo pada minggu berikutnya. Ditambah pula ketika itu abah dapat batuk yang teruk, ada kuman dalam paru-paru abah. Tapi Alhamdulillah, seminggu selepas kimo abah nampak stabil dan kuat. Banyak bercakap walaupun ada juga mengadu sakit perut. Paling terkesan, abah selalu cakap nak jumpa cucu-cucunya (kanak-kanak bawah 12 tahun tidak boleh masuk wad, mungkin sebab high-dos reaction yg boleh membahayakan kanak2). Kami selalu bagi semangat pada abah supaya lekas sembuh, dan boleh keluar hospital main dengan cucu-cucu. Abah tersenyum-senyum dan nampak semangat.

Selepas seminggu itu, tiba-tiba abah sesak nafas. Tiga hari abah di ICU sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Doc maklumkan paru-paru abah dah rosak, disebabkan jangkitan kuman dan mungkin juga sebab penggunaan antibiotik yang terlalu banyak. Walaupun pedih mendengarnya, saya bersyukur kerana waktu abah pergi kami mengelilingi abah. Sama-sama mengucap dan memimpin abah mengucap syahadah. Isteri, anak-anak, menantu-menantu abah semua ada serta ahli keluarga yg lain. Suatu waktu yang masih lagi terbayang-bayang di ruang mata saya. Terasa seperti jantung ini direntap sekejap. Allah. Moga Kau tempatkan abah di kalangan orang yang beriman, lapangkanlah kuburnya dan jadikan kuburnya sebagai lubang-lubang syurga. Masukkan abah ke dalam syurgaMu ya Allah.

Sewaktu hari pengkebumian abah, sungguh ramai yang hadir. Ahli keluarga besar kami semua hadir walaupun ramai yang duduk jauh-jauh timur utara selatan. Sahabat-sahabat abah dari zaman sekolah, hampir kebanyakannya hadir. Sahabat sekampung, satu batch UiTM, sahabat dari office kerja lama dan ramai lagi. Sejak malam jenazah abah sampai ke rumah, tidak putus2 ada saja kenalan abah yang datang membacakan yaasin untuknya. Allahu, sungguh ramai sehingga saya sendiri merasakan kasih sayang mereka terhadap arwah abah sangat kuat. Semoga saya juga ada sahabat-sahabat seperti mereka, dunia-akhirat insyaAllah.

Alhamdulillah, esoknya proses pengkebumian jenazah abah berjalan lancar dan dimudahkan. Anak-anak dan menantu abah yang mandikan jenazah abah. Disusuli kemudian mengimamkan solat jenazah abah. Hanya tidak dapat mengetuai bacaan doa dan talkin, yg mana diambil alih oleh adik sepupu abah. Semasa menurunkan jenazah abah ke liang lahad juga disambut oleh anak-anak lelaki abah. InsyaAllah, kami akan terus istiqamah mendoakan abah di sana. Abah, terima kasih atas pengorbanan untuk anak-anak abah selama ini. Moga-moga abah tersenyum melihat ini semua.

Untuk tahun-tahun yang lalu bersama abah, terlalu banyak kenangan terindah yang tak mungkin dapat dilupakan. Untuk setiap kasih sayang dan belaian manja yang abah berikan, untuk setiap kata hikmah dan dorongan yang abah salurkan, untuk setiap pukulan dan marah sayang yang abah lontarkan..setiap cerita-cerita lucu, teka teki tekak tekuk yang sangat susah nak dijawab hihi.. semuanya tetap segar diingatan serasa macam baru semalam kita bergurau-gurau.

Abah memang terkenal dengan sifat 'garang'nya di antara ahli keluarga besar kami. Adik-adik abah (pakcik-makcik saudara saya) semua mengakui abah memang garang dengan adik-adik dan selalu periksa buku sekolah adik-adiknya. Masa kecil, kami adik-beradik pun sangat takut dengan abah. Semua 'cerita dalam kain' memang akan diceritakan pada ma je, tak sanggup nak kena libas dengan abah. Sampaikan dulu kalau tak solat, lebih takutkan tali pinggang abah walaupun tahu tinggal solat, siksanya lebih dasyat di alam sana. Huhu. Tapi saya bersyukur kerana abah garang, kalau tak.. manakan mungkin saya jadi orang :') Bila saya sudah berkahwin dan beranak-pinak, abah mula 'cool down' dan sangat rapat dengan cucu-cucu. Baru terserlah abah yang dulu sangat garang itu sebenarnya sangat penyayang dan lemah lembut. Anak saya, Najla yang paling rapat dengan atok. Sehingga ke hari ini kalau tiba-tiba teringat, dia akan muram dan menangis rindukan arwah atoknya.

Masa abah sakit, ma orang yang paling setia disisi abah. Siang dan malam tak berganjak menemani abah, walaupun ma sendiri sakit lutut. Ma sangat sabar dan kuat. Saya terharu melihat ma. Sungguh saya belajar tentang kesetiaan dan kasih sayang seorang isteri. Bila abah pergi, ma orang yang paling sedih. Teman sejiwanya pergi dulu, siapa pun akan sedih. Kami adik-beradik cuba kuat untuk ma. Pemergian abah rasanya terlalu cepat. Sebulan sebelum itu abah masih sihat seperti biasa. Rasa tak percaya pun ada. Tapi atas keyakinan  bahawa Allah lebih sayangkan abah, membuatkan hati ini kembali tenang dan redha.

Moga abah tenang di sana. Moga Allah izinkan kita bertemu dan bersatu kembali di syurga nanti selamanya. InsyaAllah.

Al-Fatihah.