Tuesday, September 25, 2012

Kisah Pregnant dan Miscarriage



Ya, saya pregnant. Dan telah pun miscarriage :'(

Haritu, 18/9/2012 saya checkup untuk minggu ke-14. Masa Dr scan baby, saya dah rasa tak sedap hati bila tengok kat monitor usia kandungan baru 11w. Kemudian, Dr kata dia tak dapat detect jantung baby. Memang rasa berdebar sangat, macam-macam dalam fikiran saya. Dr refer saya ke pakar O&G; Dr Hanisah di Hospital Pantai Melaka. Dr Hanisah sahkan baby saya telah meninggal dalam kandungan, dan beritahu apa yang saya alami adalah "missed-abortion".

Dr terangkan, missed-abortion ni adalah satu jenis keguguran yang berlaku tanpa sedar, berlaku secara spontan. Biasanya disebabkan oleh kromosom yang luar biasa pada janin, menyebabkan janin tak boleh membesar. Suddenly stop growing. Puncanya mungkin disebabkan oleh kekurangan hormon atau jangkitan kuman. Tapi kebanyakan kes, Dr kata memang tidak tahu pun apa puncanya.

Saya redha. Mungkin belum rezeki Najla nak beradik. Huhu.

Saya di-induce pada esoknya; Rabu 19/9/2012. Oleh sebab saya tak bleeding, mahupun rasa sakit; jadi Dr sarankan saya 'bersalin' normal tanpa D&C. 12 jam selepas dua bijik ubat induce dimasukkan, barulah saya 'bersalin'. Alhamdulillah, semuanya ok. Saya discharge pada esoknya dan diberi 2 minggu cuti.

Semoga ada rezeki baby lagi untuk kami nanti. InsyaAllah


p/s: Ngeri tengok kemalangan dahsyat di traffic-lite junction Ayer Keroh depan Mydin semalam. Membabitkan 3 lori, 4 motor dan 2 kereta. Paling saya ngeri, mangsa bermotorsikal yg terperosok bawah lori kontena. Astaghfirullah. Dah lah itu laluan saya lalu hari-hari, pergi dan balik kerja. Dan juga laluan hari-hari student-student saya yang bermotorsikal. Malang memang tak berbau. Semoga Allah SWT lindungi kita semua. Aminn



13 comments:

Imaan09 said...

alhamdulillah semua dah selamat mawar.. blum rezeki tu..cuba lagi.

sisanizu said...

tumpang simpati mawar...
sabarlah ye..insyaAllah, Allah nak bg yang lebih baik utk mawar sekeluarga..
Amin..

Fizah said...

takziah...tak habaq, leh aku p melawat...apapun semoga urusan dipermudahkan..ameen

Fathiyah said...

takziah mawar. insyallah, mudah-mudahan rezeki anak akan menyusul lg slps ni :)

Werdah said...

Salam Mawar.. takziah daripada cikgu.. daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.. insyaAllah ada hikmahNya di situ dan gantinya lebih baik..Allah Maha Mengetahui

Anonymous said...

takziah mawar..apapun insyaAllah, ada rezki di lain masa_KAM

ummie said...

takziah mawar...ada hikmah semua yang berlaku..Allah hanya menguji...take care mawar..rindu kamu...

ily♥ said...

Takziah mawar..same mcm kes aku ms 1st pregnancy/miscarriage dulu...
Take care n be strong. Ade hikmah disebalik setiap yg Allah aturkan...rezeki yg lebih baik perhaps..insyaAllah, ade lg rezeki utk najlaa dpt adik...
Hv a good rest...

Fatima Saiful said...

InsyaAllah, Allah swt akan menggantikan dengan yg lebih baik...He knows BEST!!take care yer dear~

juelee said...

insyaallah... take care mawar.. sesama la kita berusaha...

amie said...

takziah mawar..Dia tunggu ibu dia di pintu syurga tu.

Anonymous said...

Wow, that's what I was searching for, what a stuff! present here at this weblog, thanks admin of this website.

Here is my blog post ... natural cellulite treatment

Anonymous said...

Today, I went to the beach with my children. I found a
sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put the shell to her ear
and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear.

She never wants to go back! LoL I know this is entirely off topic but I had to tell someone!


Also visit my web-site :: home cellulite treatment