Friday, November 2, 2012

Lets grow together


Assalamualaikum wbt.,

Ok, lama menyepi. Internet ofis tak berapa bagus. Betul, memang tak bagus. Habis disekatnya blogspot dan yahooM, hanya tinggal facebook yang semakin membosankan. Huhu. Kat rumah memang jangan kan kata internet, komputer pun tak bukak. Melainkan ada hal2 kerja penting yg nak kena submit jugak2 atau sebagainya. Selebihnya, tak kuasa la makcik. Pulak sekarang dah terjebak dengan cerita korea my daughter the flower kat astro, habislabelambakkainbajutakberlipat +______+

Semalam saya hadiri satu bengkel penulisan. Disampaikan oleh Prof Amin dari UKM. Inspiring! Bayangkan beliau dalam setahun boleh menulis 40 buah buku! Ok, pengsan sekarang. Tapi, of course la 40 buku itu juga datang dari pelajar2 research beliau, bukan kerja beliau seorang. Cuma, bukan sembarangan orang boleh come out dengan idea utk menulis buku. Buku akademik ye, bukan novel. Sedikit sebanyak Prof Amin salurkan ilmu kepada kami pensyarah2 muda yg sgt mentah dalam ilmu penulisan ni. Macamana nak jana idea untuk menulis dan strategi2 yg boleh digunapakai. Rasa cerah biji mata sekejap.. (over)

Tapi, ada satu kata-kata Prof Amin yg buat saya terfikir lama. Katanya, nak jadi academician; jangan fikir tentang duit/kekayaan. Buat la 100 buah buku setahun pun, tetap tak kaya. Apatah lagi buku akademik. Buat jurnal pun sama. Memang ada bayaran insentif la, hadiah penerbitan la (yang macam kak S dapat tu.. :)) Tapi tidaklah lumayan sangat sampai boleh jadi kaya-raya. Kemudian, Prof Amin tanya lagi, kenapa awak semua nak menulis. Atau kenapa nak terbitkan buku? atau journal? Ada yang jwb sebab point naik pangkat, ada yg jawab nature of  academician work (memang kena ada publications), sebab kpi, sebab nak share ilmu dan pelbagai sebab lagi. Prof Amin jawab, beliau menulis hanya sebab self-satisfaction

Betul. Bila penat menulis, sangat puas tengok nama sendiri di-printedkan atas journal. Satu perasaan yang tidak boleh digambarkan.. (ha over). Yang utama katanya, self-satisfaction yang beliau dapat ialah bila students  di bwh supervisionnya berjaya hasilkan penulisan yg cemerlang atas didikan beliau. Macam satu penghargaan yg tinggi. Orang kenang budi kita, org igt kebaikan kita, org sayang dan doakan kesihatan kita. Saya faham satisfaction yang beliau maksudkan.

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain"
Sabda Rasulullah SAW

Dulu masa sambung master, saya menulis kerana supervisor paksa suruh. Hahahahah. Walau mungkin saya tidak cemerlang, tapi saya tetap hargai. Saya doakan Prof sihat walafiat sentiasa.. :)


5 comments:

Steve Finnell said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MiSs iiMa said...

ko kena terbitkan buku ke mawar??
self-satisfaction bila kita minat ape kita buat.klu kita tak minat tp kna buat gak camno??too bad.

sisanizu said...

ha ha boleh terberenti bc entry ni kat part kakak S utk gelak sekejap..saya kah itu....
mawar..rindu kamu.
sy sudah masuk trek. jomlah mawar (mcm suka2 boleh cuti bljar eh)..lama sgt nk tunggu 2017.;p mungkin ms tu sy dh jd Dr ..ha haha

juelee said...

betul tu mawar.. klu bt benda yg kita suka mmg puas hati :)

Imaan09 said...

amin embi ka.. dia mmg ler..