Bumped into this movie last week. Airing this month on Astro HBO *kot..tak ingat channel tihihii*
Cerita ini adalah adaptasi karya inggeris lama. Mungkin sedikit berat kalau baca novel nya, so ambil jalan mudah. Tengok movie version. heheh
Filem ni bermula dengan pengenalan kepada keluarga narrator (watak utama), Saleem Sinai. Kisah percintaan datuk dan nenek Saleem yang sgt tidak romantis dan janggal, perkenalan ibu Saleem, Mumtaz dgn pelarian Nadir Khan, kemudian diikuti kisah perkahwinan ibunya dengan ahli perniagaan muslim yang kaya di Bombay. Disitulah titik tolak kisah penuh konflik terutama selepas terdedahnya rahsia yg Saleem sebenarnya bukan anak kandung. Dengan sengaja ditukar oleh nurse yg menyambut kelahiran kedua-dua bayi, dek kerana memegang kata-kata revolusi "Let the rich be poor, and the poor rich". Kelahiran ini adalah exactly pd tengah malam menjelangnya kemerdekaan India, tahun 1947. Disitulah datangnya tajuk filem ; Midnight's Children.
Saleem Sinai- asalnya adalah anak seorang hindu miskin, ditukar dengan Shiva yang merupakan anak seorang muslim kaya. Perbezaan pendapat dan cara hidup keduanya di ambang pertempuran konflik muslim-hindu di india, pasca-kemerdekaan India yg akhirnya melahirkan Pakistan dan Bangladesh. Era peperangan, penjajahan dan darurat. Semua diceritakan secara sarat tapi ringan. :)
Disimpulkan;
semua kejadian sejarah yg membentuk India sebenarnya juga membentuk keluarga dan peribadi Saleem sendiri. Macam kita - surrounding and environment that we are in, is the product of our lives. People around us reflect our thoughts and actions. Jadi pilih kita nak yang macamana, our own choice.
Moga ada ibrah. Recommended! :)
1 comment:
menarik juga. mana nak dpt cerita ni..haha..nnt nak cari..;)
Post a Comment