Tuesday, March 16, 2010

Regalo de amor

Uhh kesiannya kat blog ni. Sape punya ntah. Hehe.

Perasaan malas (aku rasa semua ibu mengandung memang ada simptom ni kan?) memang tak dapat dibendung. Jadi, bolehkan aku bagi alasan itu kenapa blog ini sunyi? Haha. Ok, aku kembali menulis. Moga terus bertahan.

Eh jap tuiitt, mengandung? Hehe. Mungkin ramai yang dah tau. Yes, I'm 13 weeks pregnant. Sekejap je rasa. Terasa macam baru semalam aku buat HCG test. Hehe. Alhamdulillah, kami dikurniakan Allah hadiah yang terindah ini. Tak tersangka seawal begini. Rezeki Allah siapa jangka. Harapan aku dan suami pastinya tidak lain, untuk melihat baby ini sihat dan membesar dengan baik. Insyaallah.

Alhamdulillah, my 1st trimister almost done. Sangat melegakan. Mabuk dan pening pun serasa semakin hilang. Selama 3 bulan ni, walaupun aku boleh dikategorikan sebagai tidak mabuk teruk, tapi perubahan terhadap tubuh, minda dan emosi tu tetap ada. Masa minggu ke 7 kalau tak silap, aku mengalami vaginal discharge. Tak banyak, hanya setompok dalam sebesar ibu jari aje. Tapi cukup mencemaskan. Berdebar tak usah cakap, dalam hati aku redha. Apa pun terjadi, anak itu rezeki Allah. Alhamdulillah, semua masih OK. Mungkin ketika itu aku banyak travel.

Kelmarin, 3rd check up. Baby dah semakin besar. 67mm. Dah nampak kepala, kaki dan tangan. Sungguh cute! My little precious :) Masa Dr scan tu, berpusing-pusing dia. Dr kata baby aku sihat dan aktif. Sangat melegakan. Patut la aku asyik terasa nak terkucil je, dia dok berjoget dalam perut. Hehe. For the next few months, bersedialah untuk menjadi gemokk! Hehe

Anak-anak…anugerah dan AMANAH Allah SWT…
Bukan untuk diberi makan, minum dan pakaian sahaja….
Bukan diberi tugas mendidik pada guru dan
ajaran feqah dan tauhid pada uztaz semata…

Didik, belai dan pupuklah ia menjadi insan yang berkualti
di dunia dan akhirat juga.


Insyaallah. Dengan izin Allah. Doakan semuanya selamat dan baik-baik aje ye!

6 comments:

Zeti said...

tahniah mawar..bunting pelamin la ni. takpe rezeki tu. seronok ade baby ni. cuma penat skitla..ok, take care. kena bnyk makan food yg berkhasiat

Zaliha Wahid said...

tahniah mawar.. jaga diri elok2 ye..

cerita-gadis-ini said...

wah...beshnye..ni bunting pelamin ni...anyway..tahniah...jg kesihatan ok..

Naïve Näyva said...

Congrats (sambil tepuk tangan laju-laju)!!! Eh, sama dgn jue. Korg plan sama-sama ke?

juelee said...

HAHAHAHA bukan plan la Debbie.. kebetulan.. sok anak ktorg sama2 la membesar.. Insyallah..

mama_iris a.k.a HudaResad said...

finally,i've found your blog...susah nak carik...dulu ada link tp lupa nak save..
anyway...
congrates mawar.....
jaga kandungan baik2....i'm happy for you...