Friday, January 27, 2012

Rayyan Homestay


Assalamualaikum wbt.,

Arwah Tok dan Tokwan (sebelah mak saya) dlu semasa hayat mereka tinggal di Kamunting, Taiping Perak. Rumah Arwah Tok tu terletak di Kampung Jana. Saya suka sangat rumah tu. Rumah separa papan-batu. Rumahnya kecik je, tapi tanah sangat luas. Memang syok la nak main konda-kondi, baling selipar, ayam-harimau, beca-beca ^___^ Sangat menyimpan memori kanak-kanak lah bukan? Hihi

Sejak arwah Tok meninggal tahun 2001 (ketika itu saya sedang ber-SPM *____*) rumah itu tidak didiami sesiapa. Maklong, Makngah dan Mak saya semuanya berhijrah ke KL. Hanya tinggal pakcik saya yang menetap di Taman Desa Kamunting. Dekat-dekat area situ jugak. Akhirnya, rumah itu disewakan. Pakcik saya yang uruskan hal2 rumah arwah Tok ketika itu.

Rayyan Homestay di Kampung Jana, Kamunting Taiping

Setelah lebih 10 tahun arwah Tok pergi, di atas tanah yang sama, terbangunlah Rayyan Homestay ^___^ Alhamdulillah, boleh dikategorikan sebagai perniagaan family lah juga ni. Dalam masa yang sama, jadi rumah persinggahan untuk kami juga. Selepas ini mungkin semakin keraplah kami 'balik kampung' Kamunting. Kepada kawan-kawan, kalau nak bercuti-cuti ke Perak, pegi Bukit Merah Laketown Resort ke..Zoo Taiping ke.. boleh lah duduk kat homestay ni. Jangan risau, kawan-kawan memang dapat best price! hihi

Kampung Jana Waterpark pun adaa~ :P
Budak berdua seronok sangat mandi kolam

Klik kat watermark iklan Rayyan Homestay tu ye

Petang ini saya akan berangkat ke Terengganu. Urusan kerja. Tinggalkan Najla dan ayahnya. Isnin baru balik. Mood tak berapa nak ada. Tapi apakan daya. Huhu. Walaupun pergi sebab bekerja, makcik tetap nak shopping kepok leko sampai penuh beg!

Sekian.


Friday, January 20, 2012

Turn on your productive mode!



Mawar, tolong jadi seperti gambar yang di bawah!
InsyaAllah ^___^

Have a great holiday everyone!

p/s: Tahniah Kak Sarah atas kelahiran puteri Aishah Ayra yg comel. Muhammad Ashraf sudah ada adiikkk~!!


Friday, January 6, 2012

New Year


Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-6 sudah kita menjengah 2012.

Kerja banyak macam biasa. Ok, tulis cepat2..

2011. There were times of ups and downs. Normal la tu kan? Tapi Alhamdulillah antara tahun terbaik yg saya lalui. Bermula dengan viva master, graduation, pindah rumah, naik ds45 (akan tukau ds1-3 kalu ikut sbpa), dan pindah ofis (sgt ditunggu2 hahahah).

2012. Mengharapkan yang lebih baik, insyaAllah. Saya rindu nak ber-baking semula. Hahaha tiba-tiba. Sebenarnya saya suka buat kek, kuih etc. Kalau masuk MasterChef saya nak jadi pakar pastry macam Callum ke (Masterchef Australia 2) atau lebih hebat macam Donna Hays ke. Hahaha tak payah la kau berangan buat malu je nak masuk Masterchef segala. Ok, ni antara resolusi 2012 la kan? Nak ber-baking semula hoho. Apa daa.. ok, serius

Perancangan PhD.

Ye, tahun ni saya perlu merancang PhD walaupun tak pasti lagi bila saya akan sambung. Di sini, di tempat saya ni, peluang tu tak jatuh dari langit, kena berebut. Sebab tu hari-hari saya semput :P Yang paling pening, saya kena tukar bidang! Rasa mcm jantung terhenti kejap. Mungkin saya perlu berguru dgn otai2 di Angkasa sana. ^___^

Oklah, masa dah time. Semoga tahun ni kita semua lebih gemilang dan terbilang ^___^

That's all for now, workkk....



Monday, December 12, 2011

I'm too old for this....


Saya suka sitcom series How I Met Your Mother. Memang kelakar habis berbanding Maharajalawak Mega keapentahtaklawak. Kalau siapa yang follow, memang tau la kelakar yg macamana saya maksudkan (skang bila teringat pun rasa nak gelak lagi ^___^) Semalam HIMYM cerita pasal "I'm too old for this...stuff".

Pernah tak korang rasa.. bila dah meningkat satu-satu usia, kita akan fikir apa yang kita pernah buat dulu macam tak boleh nak buat dah. Dalam erti kata lain, macam dah tak sesuai nak buat lagi. Let me list out mine

1. Stay-up sampai pagi untuk layan movie back-to-back

Ini kerja masa zaman universiti. Saya rasa semua budak U memang cantu kot. Siapa yg tak pernah buat, memang tere ah! Hihi. Sahabat saya selalu cakap "cuba ko cakap citer ape je yang mawar tak pernah tengok?". Memang exaggerated, memang banyak je lagi cerita yg saya tak pernah tengok. Hahaha. Sekarang ni, seriously tak boleh nak buat dah. Saya pernah cuba huhu apakan daya, tumpas di tengah jalan ^____^

Pulak bila dah ada anak la kan. Selagi kita tak tidur, si kecik tu pun tak nak tidur. Terpaksa juga menumpaskan diri. Hihi

2. Baca novel cintun

Hahhaahah. Dulu saya memang baca semua jenis novel. Belasah je. Asalkan cerita best :P Memang berderet koleksi novel saya. Saya boleh habiskan satu novel dalam masa 3-4jam aje (woh dahsat pulak bila difikirkan balik :P). Tapi sekarang ni.. sangat susah nak habiskan walau sebuah novel cinta. Sangat susah. Saya rasa setiap ayat adalah meng'geli'kan dan terlalu fantasi. Am I that old? Waaaa

Saya menjadi sangat choosy. Saya masih baca novel, tapi sangat limit kepada yang betul-betul boleh diterima. Hahahahah apa punya ayat. T_____T

Lagi satu, saya macam tak boleh terima budak zaman sekarang yang suka taip macam apew jew lau naq wt ayt jd lagiw x pahaw. Pengsan! Tapi bila fikir balik, adakah kita sudah mencapai satu tahap pemikiran yang berbeza dengan mereka atau dalam bahasa kasarnya, adakah kita sudah tua?? Sebab tu kita tak boleh terima diorang tulis macam tu. Student saya bersepah buat ayat macam apew jew. Bila saya marah, diorang kata "Ala puan, bukan kitorg nak tulis dalam exam macam tu pon". Ok, saya rasa kita kena admit..kita memang sudah tua T_______T

Banyak lagi point sebenarnya. tapi malu la nak cerita habis kihkihkih

Gambar tiada kena mengena dengan entry.
Saje letak sebagai penyeri.
Makcik yang sudah tua tapi nampak muda bersama students
semasa lawatan ke Nanyang Technological University di Singapore.

Saya tanya suami saya. List kan satu perkara yang dia pernah buat masa bujang dulu, tapi tak boleh buat dah sekarang. (I was hoping he would say - lepak dengan member kat mamak sampai pagi semata-mata tengok bola). Tapi, jawapan beliau.... "rasanya dah tak boleh nak tidur lepas subuh, macam dah tak boleh.."

errkk..


saya insaf.


Friday, November 11, 2011

Kehadiran orang baru ^__^


Update ringkas :)

Nak perkenalkan 'orang baru' dalam keluarga kami. Anak kakak saya yang kedua. Adik kepada Umar Rayyan. Lahir pada 2/11/2011 (tak secantik 11/11/11..tapi, boleh lah kan? kan? hahaha nak jugaakk) Nama masih tak finalize. Antara Sarah Khadeeja atau Sarah Aisyah. Mana-mana pun ok, sedap.. MakNgah setuju! :D

Ketika Sarah masih di hospital.
Sebijik macam abang Umar.. terutama tang lubang idung. kikikik :D


Umar masih tidak biasa dengan kehadiran adik Sarah. Bila sebut adik, dia akan tunjuk adik Najla dia. Lama-lama ok la tu. Najla yg sgt suka baby ni pulak, sikit-sikit nak cium Sarah. Sian Sarah, tak lekang dek air liur :D *petanda nak adik?

Skang ni saya dalam fasa yg semua orang akan bertanya "bila nak no-2?", "bila Najla nak dapat adik?". Wah kalau boleh main ting-ting-ting terus dapat memang sonang yo :P InsyaAllah, kalau ada rezeki. Ada juga kawan2 yg seangkatan (anak berusia setahun) nak tunggu anak pertama besar sikit, paling kurang 2 tahun. Saya? Tak pasti ^__^ Saya tidaklah menunggu-nunggu, tapi bila tengok kawan2 dapat baby baru... comel.. datang la jugak perasaan cemburu tu kan.. hahahah *__*

Semoga ada rezeki lagi untuk dapat baby dalam masa terdekat ni *eceh* InsyaAllah. Kita hanya merancang, Allah Maha Mengetahui, mana yang terbaik


Sekian, merapu di kala kerja bertindun-tindun O__________O


Friday, November 4, 2011

AidilAdha



Sempena AidilAdha tahun ini..

Marilah sama-sama kita qurbankan sifat buruk, sifat bakhil, dengki khianat dan semua sifat buruk kita yang lain. Marilah ber-qurban untuk jadi hamba-Nya yang lebih baik. InsyaAllah

Untuk yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Jangan jadi korban dek kemalangan jalan raya pulak ye! Ingatlah orang yang tersayang :))))

Salam Menyambut Hari Raya Aidil Adha


Wednesday, October 19, 2011

Budi bahasa

Assalamualaikum wbt.,

Saja nak share :)

Semalam dapat email drpd ex-supervisor saya. Actually forwarded email. Email tersebut ditulis oleh seorang student final year dari universiti tempat saya mengajar. Isi utama : student tersebut minta penerangan lanjut mengenai journal yg ditulis oleh supervisor saya. It's also happens to be my paper.

Yang menjadi isu adalah : bahasa yang digunakan oleh pelajar terbabit.

Saya boleh katakan, kurang bahasa, panggilan nama yang totally salah(saya tak maksudkan pangkat) dan paling utama - bukan begitu caranya meminta orang lain menyampaikan/share ilmu kpd kita. Agak mengecewakan, apatah lagi sv saya cakap, "Mawar, this is your student" :(((

Kalau tengok kat negara luar, kebanyakannya tak endah pun pasal panggilan2 nama ni. Diorang kadang tu panggil professor diorang dengan gelaran nama je. Kita kat sini kecoh pulak dengan gelaran2 segala. Saya tak nafikan, kadang2 orang kita terlalu hadap sgt dengan gelaran2 ni. Tapi apa yang saya faham, gelaran ini menunjukkan rasa hormat. Saya rasa itu penting. Bukanlah nak patriotik sangat ke hape, tapi kalau anak korang panggil korang dengan panggilan nama saje, apakah perasaan? Gelaran ni juga untuk tunjukkan rasa sayang, rasa sanjung. Sebab tu kita, rumpun melayu kena ada semua ni. Budi bahasa. Sopan santun.

Nampak macam mudah tapi penting.

Pertama sekali, kena tahu dengan siapa kita berurusan. Jika tak pasti, gunalah gelaran2 yang neutral seperti Encik ke Tuan ke Puan ke. Lepas tu perkenalkan diri dengan hormat. Kalau nak diri dihormati, kena lah juga menghormati orang.

Saya cuba rasional. Kalau saya ditempat sv saya, mungkin saya akan tutup mata dan bantu saja student tersebut. Sebab afterall, apalah sangat dengan gelaran2 ni atau saya akan menganggap student tersebut secara tak sengaja 'berkasar' bahasa dengan saya. Tapi itu tak betul. Orang buat salah, kena tegur supaya boleh diperbetulkan. Supaya selepas ni kesalahan yang sama tak berulang.

Tapi saya faham. Kita sendiri pun. Bukannya kita tak tahu nak berbahasa, tapi tak sedar yang kita 'sedang' tak berbahasa.


Sebab tu orang kata, belajar tingi-tinggi, takde akhlak takde gunanya. Sebab tu kita kena didik anak remaja kita berakhlak dulu baru berilmu. Supaya nanti ilmu yang dia dapat akan digunakan untuk kebaikan, bukan keburukan.

Akhlak jauh lebih penting berbanding ilmu.