Wednesday, March 16, 2016

Seminar Keluarga Sakinah

Alhamdulillah for the opportunity, another great majlis ilmu. walaupun hanya sempat hadir sesi Ustaz Zahazan shj.


Antara intipati yg disentuh dalam slot "Ibrah drpd Al-Quran dalam mendidik anak" oleh Ust. Zahazan:

- lihat semula tujuan kita mempunyai anak: kenapa mahu anak? sebab anak adalah pencen akhirat. Dalam hadis sahih ada huraikan mengenai 3 perkara yg ditinggalkan apabila mati; dan salah satunya adalah anak yg soleh. Maka didik dengan ilmu agama, jangan terlalu menerapkan keduniaan kepada anak (mesti dapat straight As, kerjaya bagus segala) sehingga melupakan terapan agama yg mana lebih penting. Dekatkan mereka dgn Al-Quran, selalu perdengarkan bacaan Al-Quran dari kecil, agar hati lembut hatta hanya mendengar alunan shj (kita pun harus begitu)

-Banyak kisah dari dalam Al-Quran yg diceritakan Allah SWT tentang peranan/pengorbanan ibu ayah :(kisah nabi ibrahim, nabi ismail, nabi yusuf, nabi yaakub etc) kesemuanya menekankan hubungan antara ayah dan anak, kecuali kisah nabi isa ibn maryam. Jelas Allah hendak sampaikan peranan utama ayah dalam mendidik anak2 lebih besar; kecuali dlm kes2 ketidakhadiran ayah dalam keluarga. Kenapa ayah? kerana lebih dominan, sebagai ketua keluarga, role model..

-Anak2 lelaki perlu didampingi oleh ayah/lelaki, lagi sekali peranan ayah penting. Kerana anak lelaki akan membesar sebagai pemimpin, jadi mereka perlu didikan dari mereka yg juga seorang pemimpin/imam keluarga. Rasulullah walaupun tiada ayah, tetapi mendapat didikan drpd datuk dan bapa saudaranya. Anas bin Malik juga dihantar oleh ibunya sedari kecil kpd Rasululluh untuk belajar ilmu agama.

-Kepelbagaian penggunaan perkataan, bagi merangsang anak2. Panggil anak2 dengan kasih sayang mengikut perkembangan usia Dalam Al-Quran, Allah SWT gunakan perkataan yg sangat lembut apabila menceritakan mengenai anak2, iaitu "yabunayya" yang bermaksud "anakku, permata hatiku".

-Antara waktu yg mudah untuk mendidik dan memberi nasihat kepada anak2 adalah waktu makan bersama2, dalam kereta dan waktu sakit.

-Jangan membeza-bezakan anak. dan jangan bandingkan anak-anak dengan anak orang lain. Sifat berbanding ni akan menyebabkan kita berlumba-lumba mahu anak kita lebih bagus dari orang lain, akan menyebabkan anak-anak turut berlumba antara satu dengan lain untuk menjadi yg terbaik. Sistem kekeluargaan boleh musnah sebab "perlumbaan ego" ini.

-Kenal minat anak, dan rangsang supaya anak maju dalam perkara yg dia minat. Ingat 'manusia tidak dilahirkan bodoh, cuma mempunyai potensi yg berbeza-beza'. Contoh yg diceritakan; Rasulullah menyuruh Zaid bin Tsabit menguasai bahasa, apabila dilihat Zaid memunyai potensi dalam bidang bahasa lebih mendalam berbanding anak kecil lain. Jaafar bin Abdullah diserap dengan ilmu perniagaan dan diberi rangsangan serta bimbingan oleh Rasulullah sendiri. Sejak kecil, Rasulullah melihat potensi menjadi ahli perniagaan itu sudah ada dlm diri Jaafar bin Abdullah. Raikan minat mereka. Begitu juga dengan Anas bin Malik. Ustaz juga ada konsikan doa yg baik untuk diamalkan untuk murah rezeki (merupakan doa Rasulullah kpd Anas bin Malik).



-Doa untuk anak ; Al-Furqan ayat:74. Jadi ibu ayah kena rajin berdoa untuk anak2, doa ibu ayah tak ada 'shield', kata ustaz :) InsyaAllah, mudah2an anak2 mendoakan kita pula bila kita sudah tiada nanti.

-kesimpulan: dalam mendidik anak kita perlu menjadi seperti langit yang menurunkan hujan , dan bumi yang menghidupkan tanaman. Jangan terlalu lembut dan jangan terlalu keras. Moga kita semua istiqamah dalam mendidik anak2 dan menjalankan amanah ini sebaiknya.

Mohon maaf jika ada kekurangan pengisian. Tulis laju-laju

No comments: