Tuesday, January 26, 2016

Cabaran tahun baru - ibrah dari Surah Yusuf

Sudah 26 hari menjengah tahun baru. Dalam 26 hari ni aje dah macam2 "news" yang kurang asam belacan dah didengar, dan kesemuanya berfokus kepada kegawatan ekonomi. Ya semakin jelas, this year will be a challenging year for all of us. Krisis ekonomi rasanya paling parah akan berlaku di Malaysia tahun ini.

Mengambil ibrah dari kisah kegawatan ekonomi yang diceritakan dalam Al-Quran, surah Yusuf ayat 47-49. Antara notes yang sempat saya catat semasa segmen ibrah di ikim fm semalam. Segmen ibrah bersama ustaz Syaari ini adalah antara slot yang paling saya gemari (memang tertunggu-tunggu tiap hari), selain slot usrati bersama ustazah Hafizah Musa.


Baca terjemahan ayat 43-44 dari surah Yusuf, jelas kisah yang nak diceritakan bermula dengan tafsiran mimpi Raja Mesir yang melihat tujuh ekor lembu gemuk yg dimakan tujuh ekor lembu kurus, dan melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Kemudian apabila ditanya pada Nabi Yusuf yang ketika itu di dalam penjara, Nabi Yusuf menjawab seperti yang dinyatakan dalam ayat 47-49.

Raja dan kerajaan Mesir kemudiannya melaksanakan apa yang disarankan Nabi Yusuf, malah melantik Nabi Yusuf menjadi Menteri Ekonomi. Maka terselamatlah Mesir dari kebuluran dek kerana kemarau panjang dan krisis ekonomi yang teruk malah membantu negara di sekitarnya seperti Palestin dan Syam (boleh baca sambungan kisah pada ayat 58-68 selanjutnya, saya suka surah Yusuf sebab cerita yang lengkap mengenai kisah Nabi Yusuf; sebaik-baik kisah!). Kerja keras untuk 7 tahun, untuk hadapi gawat 7 tahun berikutnya.

Antara ibrah yang boleh di ambil;

  • Dlm menghadapi sebarang kesulitan, umat Islam wajib merujuk kepada pakar (orang yang di dalam bidangnya). Dalam ayat di atas, Raja Mesir pada mulanya merujuk kepada penilik-penilik mimpi dan mereka tidak dapat menafsirkan mimpi raja, dan kemudiannya merujuk pula kepada Nabi Yusuf yang diketahui boleh menafsir mimpi. Maka pada beliaulah ditemui penyelesaiannya.
  • Betapa penting perancangan dibuat bagi menghadapai kesulitan pada masa akan datang
Ustaz formulizekan ibrah yang boleh diambil kepada YUSUF.  الخطة اليوسفية ! 

Y - Yakin Allah Ada.
U - Usaha Luar Biasa.
S -  Simpan Dahulu, Belanja Kemudian.
U - Utamakan yang Utama (Bila Berbelanja).
F - Fokus Bulatan Kawalan (Bukan Bulatan Kebimbangan).

Contoh bila kita dapat gaji, buat simpanan dulu (dalam kadaran yang logik dan mampu) kemudian baru beda untuk belanja. Teringat dulu masa kecik-kecik, sebelum keluar pegi sekolah ma suruh masukkan sebahagian duit belanja sekolah yang abah bagi tu ke dalam tabung dulu, selebihnya baru guna untuk belanja kat sekolah. Itu kaedah menabung yg sebenarnya. Yang kebanyakan kita buat adalah belanja dulu, ada lebih baru saving. 

Utamakan yg perlu apabila berbelanja. Berhemat. Kurangkan berjalan2, lebihkan masa bersama keluarga. Tak perlu pergi bercuti-cuti pun, sekadar meluangkan masa membuat aktiviti bersama-sama yang tidak perlu pengeluaran belanja yg banyak. Simple stuff does make a different :)

Fokus kepada perkara yg boleh kita kawal. Paling utama adalah mengawal nafsu yang pelbagai. Nafsu menjerumus kepada emosi, yang kalau tak dikawal mulalah nak marah-marah kemudian bergaduh dan bermaki-maki. Dah mendapat dosa pula. Kena selalu beringat, especially bila meronda-ronda di muka buku.

Semoga beroleh manfaat!

"Demi sesungguhnya, kisah Nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah cerita yang diadakan-adakan, tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman." (Surah Yusuf: ayat 111).

No comments: