Friday, August 8, 2014

Books review




Alhamdulillah, selesai baca dua2 buku. Diari musafir dah selesai sebelum puasa lagi. Dihamparan shamrock lepas raya haritu baru mula baca , yaAllah sekejapan je dari bab ke bab. sebab sangat best dan teruja. heheh

both books bought from pbakl 2014 last april :)

1. Diari musafir: jangan berhenti berlari.

Tulisan Dr. UZAR. Basically buku ni mengisahkan pengembaraan beliau dalam menuntut ilmu di perantauan (Master di Universiti Yarmouk, Jordan dan PhD di UK). Saya memang follower UZAR dari dulu lagi, jadi saya sudah biasa dgn tulisan beliau yang direct dan tak meleweh *which i like*. Saya suka jadikan tulisan/pendapat beliau sebagai bahan rujukan sebab penerangan jelas dan mudah faham. Ok, berbalik kepada buku. Banyak tulisan UZAR dalam buku ni yg buat saya berfikir dan muhasabah diri. Terutama apabila melihat keazamannya yg tinggi dalam menuntut ilmu, dalam masa yg sama sibuk juga dgn urusan dakwah. Yg paling penting, betapa telitinya beliau dalam menjaga keberkatan rezeki. MasyaAllah.. Antara poin menarik, pesannya to dig as deep as possible the seeds of knowledge. Jangan mudah rasa cukup dengan ilmu, ilmu takkan pernah habis, dan sebarkan ilmu kerana ianya pahala berpanjangan. 
"Sesungguhnya Allah, malaikat-Nya, penduduk langit dibumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (agama)." [Riwayat Tirmizi, 5/50 : Tirmizi : Ghorib, Albani : Sahih]
Poin lain lagi, yang saya fikir sgt penting - aturlah perancangan dengan betul and not spontaneously without clear direction to ensure that all work can be carried out successfully. Secara kesimpulan, pendapat saya buku ni sgt bersesuaian utk dibaca oleh setiap pelajar universiti, tak kira dalam atau luar negara. Sebab saat menuntut ilmu itu crucial sebenarnya, setiap inci ruang haruslah dimanfaatkan sebaiknya.
--A very good book at a very good time kan? eheh

2. Di hamparan Shamrock, kuseru nama-Mu

Berbeza dengan UZAR, Ust. Hasrizal menulis dari hati, maka banyak permainan emosi. So, bukunya once read memang terus nak baca dan baca, taknak berhenti. Teruja. Pulak tu banyak pengalaman beliau yg menarik dan mencemaskan. Rasa berdebar dan nak tahu apa terjadi next next..sebab tu jadi tak boleh berhenti, nak baca sampai habis. Heheh.
Seperti diari musafir, buku ini juga merupakan perkongsian pengalaman ust. hasrizal mengembara di beberapa buah negara orang, bermula sebagai pelajar, pendakwah, kemudian bertunang, suami, imam dan ayah. Kembara penuh cabaran, i must say. Apa yg lebih mengujakan, beliau menyelitkan nilai pengajaran dan ilmu disebalik kisah penuh ranjau yg dilaluinya. Berkali2 juga saya menangis, panas je rasa mata *__* cara beliau berhadapan dengan ujian itu yg saya kagumi. This book made me realize about our nature as human being, to prove yang Islam itu benar2 addin bukan terletak pd solat puasa mengaji shj. Islam is holistic and complements every inch of our lives. bagaimana untuk meletakkan kewarasan pd tempatnya. bagaimana kena percaya Allah itu sentiasa ada dan sesungguhnya hanya Dia sajalah yang selayaknya kita bergantung. Banyak lagi perkara yg beliau tulis yg membuatkan saya lihat semula tindak tanduk diri sendiri apabila menghadapi ujian. Saya kira buku ini amat bermanfaat untuk dibaca oleh sesiapa shj. moga-moga ilmu yg cuba disampaikan ,benar2 terkesan dan melekatkan dalam jiwa kita semua. InsyaAllah.

Both books is recommended nevertheless! :)

Sekian dulu.


No comments: