Thursday, January 15, 2015

Panggilan Haji 1435H

Salam tahun baru 2015! Ahaa.. it's been 15 days already since new year. How time flies.. manfaatkan ruang waktu yang ada and let's all cherish the moment  :)

Throwback setahun yang lepas, dalam lingkungan awal tahun macamni, kami menerima khabar gembira drpd Tabung Haji: iaitu panggilan haji ke Baitullah. Kenangan yang tak mungkin dapat saya lupakan, gembira terharu berdebar semua bercampur aduk. Banyak sangat kalau dikira-kira nak diceritakan, dan tak mungkin dapat saya ceritakan setiap satu nya di sini. Tapi, insyaAllah saya cuba share sedikit sebanyak ye.

Sebetulnya, hanya nama suami terpilih, bersama ibu dan ayah mertua saya. Mereka mendaftar sekitar tahun 2006. Memang sudah jangka akan dapat giliran pada tahun 2014. Syukur Alhamdulillah, janji ditepati :) Sejurus dapat surat dari TH mengatakan mereka terpilih dan bersetuju utk menunaikan haji pada tahun tersebut, saya terus buat surat rayuan untuk menunaikan haji mengikut mahram.

Saya guna prosedur biasa sahaja, saya fikir itu yang sebaiknya. Walaupun ada beberapa kenalan yang offer 'orang dalam' untuk forward dokumen. Saya serahkan urusan ini pada Allah swt (walau hati meronta2 pada awalnya sebab nak pegi jugak kan :D), saya percaya panggilan haji adalah panggilan dari Dia, untuk jadi tetamu Nya. jadi, hanya Allah Yang Maha Berkuasa menentukan samada terpilih atau tidak. Jadi, usaha saya adalah menggunakan prosedur biasa seperti orang2 biasa yang lain, dengan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pegawai TH.

Antara dokumen yang diperlukan : 

  1. surat rayuan bertulis (nyatakan alasan kukuh untuk memberi priority lebih kepada anda, cth : untuk menjadi mahram kepada bakal haji terpilih/ untuk mengikut mahram kepada bakal haji terpilih/ masalah kesihatan dsb)
  2. borang pengesahan mahram-boleh dapat dari TH (perlu cap jari mahram dan cop pegawai agama daerah)
  3. salinan surat nikah dan ic mahram (berserta cop pegawai agama daerah)


Kalau ada yang tanya chances nak pergi tu, saya pun tak pasti. macam yang saya cakap; ini soal rezeki dan ketentuan dari Allah. Bukan TH yang tentukan, ataupun muassasah Arab Saudi dsb. Mereka hanyalah perantara untuk melancarkan urusan ibadah haji sahaja. Jadi berdoalah moga Allah menggerakkan hati perantara2 ini untuk memilih nama kita, InsyaAllah. Dari maklumat TH sendiri, kebiasaan rayuan untuk haji semasa (maksudnya, rayuan untuk haji pada tahun itu sahaja bagi pelbagai kes : sebagai mahram, ikut mahram, faktor kesihatan, usia dsb) hampir mencecah puluhan ribu. Bayangkan bagaimana pihak TH nak filter satu2 dan lihat priority setiap kes. 

Lebih kurang 5 hari sebelum raya Aidilfitri, saya dapat panggilan dari TH; mengatakan saya antara rayuan yang berjaya dan terpilih menunaikan haji pada tahun 1435H. MasyaAllah, Alhamdulillah. Terus sujuuuddd, MasyaAllah tak tergambar dengan kata-kata perasaan saya masa tu. Berdebar dan haruslah termengalir airmata (still, my eyes on tears right now while typing this huhu). Betullah kata orang, sabar itu indah.

Kemudian lepas tu, sibuk menguruskan persiapan untuk ke sana. Urusan visa, cucuk vaksin dll. Kebetulan sama waktunya untuk saya uruskan persediaan untuk sambung belajar, naik turun meeting di fakulti dan KPM. Beberapa kali kena rewrite proposal disebabkan 'orang atas' tak setuju dengan bidang research la fokus study la. Macam-macam. Memang betul kelam kabut dalam sebulan selepas raya haritu. Ujian kecil sahaja, sebelum merasa manisnya. eheh. Alhamdulilah Alhamdulillah. Juga, sedikit sebanyak buat persiapan untuk meninggalkan budak dua orang tu dengan neneknya. Terutamanya si kecit yang masih menyusu badan dan memang kuat mengempeng. Inilah antara pengorbanan yang sangat memerlukan ketabahan dan kekuatan seorang ibu huhu. Saya serahkan bulat2 urusan ini pada Allah SWT, moga Allah pelihara mereka dan mudah2an bila balik haji production susu masih normal. InsyaAllah, haji itu kan jihad.



Balik kepada kisah Haji. Kami ambil pakej Muassasah Tabung Haji. Memandangkan kali ini dikira kali pertama kami menunaikan haji, maka layak mendapat bantuan dari TH sebanyak RM5,575. Alhamdulillah. Jumlah baki yang perlu ada penuhnya RM9,980. Kalau kali kedua dan seterusnya, kena bayar sebanyak RM15,555. Kos pergi haji makin lama makin naik, kalau tengok harga pakej2 swasta lagi gerun. Ketepikan hal tu, yg penting kita ada buat simpanan dan tanam niat untuk ke sana. Moga Allah permudahkan cara untuk kita sampai dan tunaikan rukun Islam yang ke-5 ni. Ada yang inform, sekarang ni pun kalau mendaftar haji, giliran dah sampai ke tahun 2070+. Ya Allah, jauhnya lagi masa. Moga Allah permudahkan dan percepatkan giliran, InsyaAllah. Kalau boleh cepat2lah daftar haji untuk anak2 dan masukkan walau sedikit simpanan kedalam tabung haji mereka. InsyaAllah, tabungan yang tidak sia-sia. Sekarang ni pun, dah ada kelab TaHa. Boleh refer link untuk maklumat lanjut.

Ok lah, nanti sambung lagi kenangan semasa di sana pulak. InsyaAllah. Semoga semua urusan kita semua dipermudahkan.. dan moga 2015 membawa lebih banyak kejayan! InsyaAllah.. Aminn

Sekian dulu


1 comment:

ummie said...

Ya Allah, seronok sangat baca mawar..cepatlah cerita lagi...kongsi pengalaaman kat sana. Rindunya nak ke sana!!!