Showing posts with label Miscarriage. Show all posts
Showing posts with label Miscarriage. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Kisah Pregnant dan Miscarriage



Ya, saya pregnant. Dan telah pun miscarriage :'(

Haritu, 18/9/2012 saya checkup untuk minggu ke-14. Masa Dr scan baby, saya dah rasa tak sedap hati bila tengok kat monitor usia kandungan baru 11w. Kemudian, Dr kata dia tak dapat detect jantung baby. Memang rasa berdebar sangat, macam-macam dalam fikiran saya. Dr refer saya ke pakar O&G; Dr Hanisah di Hospital Pantai Melaka. Dr Hanisah sahkan baby saya telah meninggal dalam kandungan, dan beritahu apa yang saya alami adalah "missed-abortion".

Dr terangkan, missed-abortion ni adalah satu jenis keguguran yang berlaku tanpa sedar, berlaku secara spontan. Biasanya disebabkan oleh kromosom yang luar biasa pada janin, menyebabkan janin tak boleh membesar. Suddenly stop growing. Puncanya mungkin disebabkan oleh kekurangan hormon atau jangkitan kuman. Tapi kebanyakan kes, Dr kata memang tidak tahu pun apa puncanya.

Saya redha. Mungkin belum rezeki Najla nak beradik. Huhu.

Saya di-induce pada esoknya; Rabu 19/9/2012. Oleh sebab saya tak bleeding, mahupun rasa sakit; jadi Dr sarankan saya 'bersalin' normal tanpa D&C. 12 jam selepas dua bijik ubat induce dimasukkan, barulah saya 'bersalin'. Alhamdulillah, semuanya ok. Saya discharge pada esoknya dan diberi 2 minggu cuti.

Semoga ada rezeki baby lagi untuk kami nanti. InsyaAllah


p/s: Ngeri tengok kemalangan dahsyat di traffic-lite junction Ayer Keroh depan Mydin semalam. Membabitkan 3 lori, 4 motor dan 2 kereta. Paling saya ngeri, mangsa bermotorsikal yg terperosok bawah lori kontena. Astaghfirullah. Dah lah itu laluan saya lalu hari-hari, pergi dan balik kerja. Dan juga laluan hari-hari student-student saya yang bermotorsikal. Malang memang tak berbau. Semoga Allah SWT lindungi kita semua. Aminn