Monday, July 13, 2009

Laskar Pelangi

"...kita semua harus mempunyai cita-cita, dan di sekolah inilah cita-cita harus kita mulai!"

Baru tamat menonton Laskar Pelangi.
Menonton dengan perasaan insaf ^___^

Menangis tidak berhenti.


Aku memang seorang yang berjiwa-jiwa
(read:jiwa bukan jiwang)

Aku baru tau kewujudan novel Laskar Pelangi. Harus dibelilah bukan? Aku memang suka obses. Kalau dah suka, selalu menjadi obses. Padahal sudah tau cerita hujung pangkal. Orang kata novel lagi enak dan manis. Selalunya memang begitu. Jadi, tak salah kalau aku obses kan? Ok komfem! ..aku nak beli novel nik!

Tentang filem:Kisahnya berlatarbelakangkan 10 kanak-kanak miskin tinggal di Pulau Belitong, Indonesia. Terletak di Sumatera, dekat-dekat dengan Singapura. Jurang darjat antara kaya dan miskin di kawasan itu sangat ketara. Hanya yang kaya mampu ke sekolah, yang kuli tetap kekal menjalankan kerja-kerja kuli. Tapi berbekalkan tekad dan kesungguhan Pakcik Harfan, 10 Laskar pelangi ini berpeluang juga menimba ilmu.

Kehidupan mereka yang susah tidak menghalang keinginan untuk belajar dan bersekolah. Nak pergi ke sekolah kena mengkayuh basikal sejauh 80 km dulu. Kene tunggu buaya masuk sungai dulu, baru boleh lalu melalui semak-samun untuk sampai ke sekolah. Masa belajar matematik, budak sekolah kaya semua diberi mesin kira-kira..tapi mereka hanya berbekalkan lidi-lidi sate saja. Scene dia sangat ringkas tapi terkesan. Sangat menarik. Semacam mahu menonton lagi.

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah..tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar Pelangi
Takkan terikat..waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia...
Selamanya

Aku suka 10 kanak-kanak Laskar Pelangi ni. Comel. Terutama Lintang. Takdir hidupnya, buat aku menangis berkali-kali. Terhibur dengan keletah anak-anak kecil ni. Mahar yang asyik dengan radio buruk dan lagu jazznya. Syahdan yang mengimpikan lengan berketul-ketul, berangan dengan meletakkan tempurung kelapa supaya nampak berketul. Lawak habis. Aku ketawa dalam tangisan kadang-kadang.

Sumpah best! Korang kena tengok!

Melihatkan diorang bersemangat untuk belajar dan menimba ilmu, aku tiba-tiba rasa malu dengan diri sendiri. *sigh*

Dah, pergi kau sana sambung bertesis! Keluar sekarang!

10 comments:

Fathiyah said...

ada movie & novel ke?
akak igtkan lagu aje

MiSs iiMa said...

Mawar cubala tgk citer 'The Color Of Paradise' kt youtube pun ada.tp klu kt youtube kena pilih akaun yg elok.mmg sgt2 best!
aku pun nk tgklah laskar pelangi nih :)

en_me said...

tunggu kuar kat tv larr fulakks.. ehehe, salammm

Moms and Tots said...

mane mau cari crite nih?

Unknown said...

ader dvd or cd..aku paus cr kat apek cetak rompak tp tak der...nk pinjam!!!

mawar said...

Fathiyah: Ha ah..saya pon baru tau wujudnya novel LP. Movie saya pernah tgk preview..baru skang ada ksempatan nk tgk full movie.

Miss iima: Color of Paradise tu aku rasa mcm penah kuar kat astro ART la. Aku pernah secara x sngaja tbukak chanel tu time cite tu. Nntik aku tgk balik. tq 4 d'info

en_me: salamm en_me..lama x singgah ye. hehe. Tunggu kuar tv, xtau ble

azril n amazy_eve:cite ini boleh ditonton secara langsung di youtube. search saje laskar pelangi the movie.. akan keluar berpart2. tengok la dgn tabah! hehe. Xpon, donlowd je kat tenet. Maz, aku ada download version la kalu ko nak pnjam.

apiitji said...

haiz..kene download ni..suka tengok cerita jiwa jiwa nieh haha

patem said...

lepas baca review trus zasss carik link donlod. hahaha... tenkiu.

Yus said...

jiwa ngan jiwang kan lebih kurg..
ngaku je laaa.. :P

Megat said...

tengah layan novel dia skang...pastu baru donlod pilem dia naa