Friday, January 27, 2012

Rayyan Homestay


Assalamualaikum wbt.,

Arwah Tok dan Tokwan (sebelah mak saya) dlu semasa hayat mereka tinggal di Kamunting, Taiping Perak. Rumah Arwah Tok tu terletak di Kampung Jana. Saya suka sangat rumah tu. Rumah separa papan-batu. Rumahnya kecik je, tapi tanah sangat luas. Memang syok la nak main konda-kondi, baling selipar, ayam-harimau, beca-beca ^___^ Sangat menyimpan memori kanak-kanak lah bukan? Hihi

Sejak arwah Tok meninggal tahun 2001 (ketika itu saya sedang ber-SPM *____*) rumah itu tidak didiami sesiapa. Maklong, Makngah dan Mak saya semuanya berhijrah ke KL. Hanya tinggal pakcik saya yang menetap di Taman Desa Kamunting. Dekat-dekat area situ jugak. Akhirnya, rumah itu disewakan. Pakcik saya yang uruskan hal2 rumah arwah Tok ketika itu.

Rayyan Homestay di Kampung Jana, Kamunting Taiping

Setelah lebih 10 tahun arwah Tok pergi, di atas tanah yang sama, terbangunlah Rayyan Homestay ^___^ Alhamdulillah, boleh dikategorikan sebagai perniagaan family lah juga ni. Dalam masa yang sama, jadi rumah persinggahan untuk kami juga. Selepas ini mungkin semakin keraplah kami 'balik kampung' Kamunting. Kepada kawan-kawan, kalau nak bercuti-cuti ke Perak, pegi Bukit Merah Laketown Resort ke..Zoo Taiping ke.. boleh lah duduk kat homestay ni. Jangan risau, kawan-kawan memang dapat best price! hihi

Kampung Jana Waterpark pun adaa~ :P
Budak berdua seronok sangat mandi kolam

Klik kat watermark iklan Rayyan Homestay tu ye

Petang ini saya akan berangkat ke Terengganu. Urusan kerja. Tinggalkan Najla dan ayahnya. Isnin baru balik. Mood tak berapa nak ada. Tapi apakan daya. Huhu. Walaupun pergi sebab bekerja, makcik tetap nak shopping kepok leko sampai penuh beg!

Sekian.


3 comments:

Imaan09 said...

bagus ni mawar..sbb memang susah nk cari umah mcm ni kt area ctu..klu rajin mcari mgkin ada je, tp klu via online, mmg susah..pasni nk g area tu kontek ko je la ek

juelee said...

wah boleh kita plan bbq kat sini.. mau? gi zoo taiping terusss

Werdah said...

Assalamu'alaikum Mawarni

Menarik .. dan Taiping pula tempat cikgu.. asal cikgu Batu Kurau.. bersekolah di Taiping dari ting 1 hingga 5, semasa bersekolah di sana tinggal di Aulong... mungkin boleh cikgu hubungi Mawar jika ada keperluan.. insyaAllah