Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

Eid Mubarak

Selamat Hari Raya to all my blog readers. lambat sangat tak wish ni? ihiihi. New layout, saje nak refresh blog yang suram ni :P

Gambar raya eidulfitri tahun ini... sebelum ianya menjadi basi. heheh

 Family portrait on 1st day syawal, right after solat sunat eidulfitri. 
Semua masih cantik berseri lagi hihii


Jalan raya. Pusing kampung. Najla with cousins.

Another family portrait. Depan rumah keluarga mertua @Wang Tepus, Jitra.

On 4th day syawal, baru balik taiping (my side). Dua orang budak kena paksa ambil gambar, tapi mata melekat kat tv (cerita geng pengembaraan bermula upin ipin)




Alhamdulillah, raya celebration adalah simple seperti tahun2 sebelumnya. Rasa seronok dapat berkumpul ramai2 walau sekejap cuma. InsyaAllah, ukhuwah tetap kukuh walau masing2 duduk berjauhan. So, harini dah masuk 11 syawal. have u open back ur Quran? Semoga pembacaan Quran, tafsir dan tadabbur diteruskan walaupun Ramdhan telah berlalu meninggalkan kita. Keeping up the momentum, our boosting imaan, InsyaAllah. Let's continue the 'ruh' from Ramadhan.

--------

An everyday heartbreaking news - about our muslim community; Palestine, Gaza, Syria etc. :'(:'(((
Just to remind, pertolongan yg paling berkesan adalah dengan memohon du'a kpd Allah swt. Yes, we can boycott.. we can demo or any other stuff to show how we hate what they're doing to Palestine. Tapi, dalam masa kritikal ini.. du'alah senjata paling tajam yang dapat menghapuskan mereka itu. Du'a kita, du'a umat Islam. Tak guna kalau kita sibuk kempen sana sini utk boikot, tapi solat tunggang langgang hujung waktu, du'a "default" -- no no saya tak menuduh, just reminding myself :)) and of course, boikot tetap boikot!

Dan, waktu yang paling mustajab utk berdu'a..atau du'a yg paling terkesan adalah du'a ketika solat malam (sepertiga malam) sebagaimana Rasulullah saw bersabda,

“Waktu terdekat antara Allah dan hamba-Nya adalah pada sepertiga
akhir malam.” (HR At-Tirmidzi)

“Sesungguhnya dalam setiap malam terdapat saat di mana tidaklah
seorang hamba meminta suatu kebaikan kepada Allah pada saat itu,
kecuali Allah akan mengabulkannya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Diceritakan, suatu ketika datanglah seorang lelaki menghadap Rasulullah saw. seraya bertanya, “Wahai Rasulullah, doa apa yang paling didengar oleh Allah swt.?”

Rasul menjawab,
“Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga
malam terakhir, Dia akan berfirman, 'Barang siapa yang berdoa
kepada-Ku, maka akan Aku jawab, dan barang siapa yang meminta
kepada-Ku, maka akan Ku-beri, dan barang siapa yang memohon
ampun kepadaKu, maka akan Kuampuni.'” (HR. Bukhari, Muslim,
Abu Daud dan At-Tirmidzi)

So, let's pray. Du'alah senjata terkuat umat islam. terutama bagi mereka yang bangun solat tahajjud



Tuesday, June 19, 2012

Hari keluarga Taman BKD


Weekend haritu ada hari keluarga kat taman perumahan saya duduk tu. Taman Bukit Katil Damai (BKD). Anjuran rukun tetangga BKD juga. Diorang ni memang sgt aktif, selalu ada je aktiviti yang diorang buat. Macam haritu ada larian perpaduan sempena melaka bandar teknologi hijau ke ape ntah. Everyweek pun memang ada je aktiviti kat surau BKD tu, yang terbaru ceramah sempena Isra' Mikraj. Memang bagus juga bila ada kejiranan yg aktif macam ni, merapatkan silaturrahim dan tak lah segan kalau nak minta tolong apa-apa kan? Hihi. 

Majlis start seawal kol 730 pagi. Untuk pendaftaran. Kol8 dan start senamrobik dan larian. Ayah dah pegi awal, Ibu macam biasa setel hal rumah dan tunggu si kenit bangun baru pegi. Banyak aktiviti2 yang diorang dah plan, untuk semua peringkat umur, macam utk kanak2 (1-2 tahun) leh la masuk pertandingan kutip gula-gula. Hihi. Untuk yang lebih berusia (bukan makcik) boleh la masuk pertandingan teka berat buah ngan lucky draw je. Ha ha ha. 


Sekitar khemah. Khemah ni kat sebelah surau. Apa-apa event memang selalu buat kat sini je la. Sementara tunggu balai raya yang katanya tahun depan baru siap :)


Najla dan kawan-kawan. Pertandingan mewarna.


Pertandingan kutip gula-gula. Najla je yang over, pegi sampai ke tengah.


Saya masih tak ingat nama jiran-jiran. Jiran sebelah menyebelah je lah kalau ingat pun. Hihi sesekali je jumpa bila ada function. Mungkin kena lebih bergiat aktif lagi lepas ni. InsyaAllah. Sepakat membawa berkat :)


Ok dah, saya dah penat. Jom balik ibu!


Friday, January 27, 2012

Rayyan Homestay


Assalamualaikum wbt.,

Arwah Tok dan Tokwan (sebelah mak saya) dlu semasa hayat mereka tinggal di Kamunting, Taiping Perak. Rumah Arwah Tok tu terletak di Kampung Jana. Saya suka sangat rumah tu. Rumah separa papan-batu. Rumahnya kecik je, tapi tanah sangat luas. Memang syok la nak main konda-kondi, baling selipar, ayam-harimau, beca-beca ^___^ Sangat menyimpan memori kanak-kanak lah bukan? Hihi

Sejak arwah Tok meninggal tahun 2001 (ketika itu saya sedang ber-SPM *____*) rumah itu tidak didiami sesiapa. Maklong, Makngah dan Mak saya semuanya berhijrah ke KL. Hanya tinggal pakcik saya yang menetap di Taman Desa Kamunting. Dekat-dekat area situ jugak. Akhirnya, rumah itu disewakan. Pakcik saya yang uruskan hal2 rumah arwah Tok ketika itu.

Rayyan Homestay di Kampung Jana, Kamunting Taiping

Setelah lebih 10 tahun arwah Tok pergi, di atas tanah yang sama, terbangunlah Rayyan Homestay ^___^ Alhamdulillah, boleh dikategorikan sebagai perniagaan family lah juga ni. Dalam masa yang sama, jadi rumah persinggahan untuk kami juga. Selepas ini mungkin semakin keraplah kami 'balik kampung' Kamunting. Kepada kawan-kawan, kalau nak bercuti-cuti ke Perak, pegi Bukit Merah Laketown Resort ke..Zoo Taiping ke.. boleh lah duduk kat homestay ni. Jangan risau, kawan-kawan memang dapat best price! hihi

Kampung Jana Waterpark pun adaa~ :P
Budak berdua seronok sangat mandi kolam

Klik kat watermark iklan Rayyan Homestay tu ye

Petang ini saya akan berangkat ke Terengganu. Urusan kerja. Tinggalkan Najla dan ayahnya. Isnin baru balik. Mood tak berapa nak ada. Tapi apakan daya. Huhu. Walaupun pergi sebab bekerja, makcik tetap nak shopping kepok leko sampai penuh beg!

Sekian.


Friday, November 11, 2011

Kehadiran orang baru ^__^


Update ringkas :)

Nak perkenalkan 'orang baru' dalam keluarga kami. Anak kakak saya yang kedua. Adik kepada Umar Rayyan. Lahir pada 2/11/2011 (tak secantik 11/11/11..tapi, boleh lah kan? kan? hahaha nak jugaakk) Nama masih tak finalize. Antara Sarah Khadeeja atau Sarah Aisyah. Mana-mana pun ok, sedap.. MakNgah setuju! :D

Ketika Sarah masih di hospital.
Sebijik macam abang Umar.. terutama tang lubang idung. kikikik :D


Umar masih tidak biasa dengan kehadiran adik Sarah. Bila sebut adik, dia akan tunjuk adik Najla dia. Lama-lama ok la tu. Najla yg sgt suka baby ni pulak, sikit-sikit nak cium Sarah. Sian Sarah, tak lekang dek air liur :D *petanda nak adik?

Skang ni saya dalam fasa yg semua orang akan bertanya "bila nak no-2?", "bila Najla nak dapat adik?". Wah kalau boleh main ting-ting-ting terus dapat memang sonang yo :P InsyaAllah, kalau ada rezeki. Ada juga kawan2 yg seangkatan (anak berusia setahun) nak tunggu anak pertama besar sikit, paling kurang 2 tahun. Saya? Tak pasti ^__^ Saya tidaklah menunggu-nunggu, tapi bila tengok kawan2 dapat baby baru... comel.. datang la jugak perasaan cemburu tu kan.. hahahah *__*

Semoga ada rezeki lagi untuk dapat baby dalam masa terdekat ni *eceh* InsyaAllah. Kita hanya merancang, Allah Maha Mengetahui, mana yang terbaik


Sekian, merapu di kala kerja bertindun-tindun O__________O


Wednesday, December 8, 2010

Kenduri Aqiqah Najla

Bismillah walhamdulillah..

Setelah seminggu bercuti dan balik kampung, bukan main banyak di-tag sana sini. Cehh mulalah perasan pemes. Muahaha.. InsyaAllah akan membalas segala tag-tag anda sekalian pada entry yg akan dtg. Sekarang ni nak kongsi ceritera sempena berlangsungnya kenduri aqiqah permata hati sulung sy, Najla Nafeesa pd hari ahad lepas. Jom!

Gambar selingan. Perjalanan jauh dari Melaka-Kedah. Najla tido aje. Hanya celik mata kalau nak menyusu. Itupun saya yg sua jugak nen memandangkan dia tak bangun2. Dia suka naik kereta agaknya. Sampai kelam kabut jadinya kalau berhenti sekejap di RnR. Hehe.
Gambar itu baru lepas menyusu najla. Tengok tu..tidur sudaa

Kenduri aqiqah ni bukan untuk Najla seorang aje. Dikongsi dengan sepupu-sepupu Najla yg juga lahir pd tahun sama, 2010. Campur Najla, empat orang kesemuanya. Tapi yang tiga lagi tu adalah si teruna. Jadi dihitung-hitung kesemuanya 7 ekor kambing (2 ekor untuk lelaki, 1ekor utk perempuan). Setelah berbincang-bincang *serius betul bunyiknya :P* kami cadang utk tumbangkan seekor lembu saje. Sebab haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan dgn 7 ekor kambing.

Haa inilah lembu aqiqah Najla. Jinak dan sihat walafiat. Hehe apa punya ulasan. Selamat diaqiqahkan buat Najla dan tiga orang sepupunya
tepat jam 10.30 pagi, hari sabtu 28 Zulhijjah 1431H
Disembelihkan oleh paklong Najla
Najla juga menyaksikan sendiri penyembelihan lembu aqiqahnya


Alhamdulillah.. selesai tanggungjawab ibu & ayah sediakan tunggangan buat Najla
Semoga si lembu jinak menjadi tunggangan yg terhebat di akhirat nanti.. :)

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

Pagi-pagi ahad tu, rumah sudah kecoh-kecoh dgn kehadiran org kampung. Siap-siap untuk masak kenduri. Kenduri adalah dibuat secara gotong-royong atau 'pakat'. Lembu yang disembelih dibuat sup (sedap marveles!), gulai dan sebahagiannya dimasak manis (ini salah satu sunat aqiqah). Lauk-lauk lain adalah ulam petai, kuah asam dan sebagainya *mcm tak igt lak apa lagi* :D. Pukul 11 pagi, bacaan Yaasin dan doa selamat bermula.


Inilah bayi-bayi yang dirai.
Dari kanan; Muhammad Mu'az. Anak kedua abang no-6. Lahir pada Mei 2010.
Sebelahnya; Muhammad Eizul Hakim. Anak ketiga kakak no-4. lahir Jun 2010. Semangaatt!
yang hujung sekali; Najla Nafeesa. Anak pertama adik no-7. Muahaha. Lahir September 2010.
Seorang lagi masih di bilik mandi ketika ini. Hehe.

Yang keempat; Ummar Rayyan. Anak ke-5 abang no-2. Baru lahir, awal November 2010. Ya, namanya serupa dgn anak menakanku yg di Putrajaya :)

Sepanjang kenduri Najla tido aje. Hehe. Dahsat betol anak dara seorang ni. Sedap agaknya tido kat kampung. Sejuk nyaman je. Orang dah balik, baru nak celik mata. Ajak menyembang-nyembang.

Menghampiri mood nak tido

Neway, Terima Kasih yg tak terhingga kpd rakan2 yg sudi datang :)

Aqiqah itu bukan adat, tetapi ibadat. Bukanlah wajib, tetapi sunat mustahab yakni sunat yang amat dituntut. Semoga majlis kenduri aqiqah ini mendapat keberkatan Allah SWT dan menghilangkan gangguan syaitan pd bayi yg dirai untuk melakukan kebaikan. Aminn..