Showing posts with label Events/Activities. Show all posts
Showing posts with label Events/Activities. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Cerita Lum-Sum :)

Assalamualaikum wbt.,

Setelah sekian lama mencari2 waktu untuk menulis, akhirnya di kala internet tak bape laju ni jugak ku pilih. huhuhu

Macamana Ramadhan kali ni? Lagi 3 hari je tinggal, sungguh cepat masa berlalu. Sedar tak sedar je. masyaAllah.. Moga ibadah kita semua diterima Allah SWT insyaAllah. Dengan keadaan diri yang tak berapa nak stabil ni, telah ku coba secaya upaya untuk 'upgrade' amal ibadah berbanding Ramadhan sebelumnya. tapi ada juga yang tumpas, contoh khatam Al-Quran (sungguh jauh lagi perjalanannya oh oh). Tapi takpelah, yang penting pengisian tadabbur lebih bermakna tahun ni. InsyaAllah hendaknya :'(

Ayah tahun ni banyak berbuka kat surau je. Jadi kalau sempat, adala juga saya menyumbang juadah berbuka, takpun moreh. Saya ada la 2 kali kot ke surau buat terawih jemaah. Yang lain, tumpas. Buat kat rumah (itupun banyak yang tumpas oh oh). Haritu ada iftar anjuran fakulti saya di Masjid UTeM. Dalam masa yang sama untuk meraikan anak-anak yatim dan buat sumbangan raya kat diorang. Masa tgh makan tu (saya duduk makan di sebelah seorang anak yatim, perempuan usia dalam 7-8tahun) ramai anak2 staf fakulti merengek, ada yang menangis mungkin sebab dah boring. Anak yatim yang duduk dgn saya tu, tiba-tiba bisik "kenapa semua orang yang ada ibu pulak nak menangis2? tak bersyukur ke?". Terkedu saya dengar. Sedih juga kan. Semoga Allah merahmati anak-anak yatim ini dan tempatkan mereka bersama para solih solihin. Saya kalau boleh nak terus join program2 charity. Dengan adanya program macam ni sebenarnya kita dapat muhasabah diri dan rasa dekat dengan Allah SWT. Takdela asyik mengadap koreje je kan....

Persiapan raya? Oh jangan tanya. Semua seadanya aje. Ayah mcm tak nampak bayang nak beli baju baru kekdahnya. Ibu macam nak belasah baju kurung lama yang agak dah lama tak pakai tu, memandangkan dah berhari2 juga cari baju kurung siap.. tapi takde yang berkenan pun :( Tengoklah esok, try pusing MyDin lagi sekali huehuehue. Najla je yang ada baju kurung baru. Ni pun nenek dia yang buatkan. Ibu goyang kaki :P Kuih raya, tahun ni buat satu jenis je. Tart nenas macam biasa. Yang lain tunjuk aje heheheh

Esok saya akan mula bercuti. Jadi beberapa hari sebelum nak cuti panjang ni, kalut menyetelkan semua kerja dengan jayanya. Supaya raya boleh sakan sikit. Oh apakah? Hihihi. Lepas tu kerja pun last-last minute ni la nak datang selambak. Diploma pun tengah running class sekarang ni. Kadang-kadang rasa macam nak mengejar silibus je lebih. Haiyaa.. Lepas cuti raya, ada satu lagi chapter nak setelkan. Moga sempat (tengok.. sibuk mengejar silibus. harapnya student dapat catch-up..huhu). Ni ada satu lagi task belum setel. Visit student LI. Petang ni ada sorang lagi untuk di evaluate. Go go


Gambar sebagai penyeri entry
Membawa 100 orang kanak-kanak ribena ke lawatan industri memang meletihkan!
Sekejap-sekejap, kena test pitching hahaha

Oklah, sekian saja. Selamat meneruskan ibadah puasa yang berbaki cuma berapa hari saja lagi ni. Kesempatan ni saya juga nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf Zahir dan Batin ! :)


Tuesday, June 19, 2012

Hari keluarga Taman BKD


Weekend haritu ada hari keluarga kat taman perumahan saya duduk tu. Taman Bukit Katil Damai (BKD). Anjuran rukun tetangga BKD juga. Diorang ni memang sgt aktif, selalu ada je aktiviti yang diorang buat. Macam haritu ada larian perpaduan sempena melaka bandar teknologi hijau ke ape ntah. Everyweek pun memang ada je aktiviti kat surau BKD tu, yang terbaru ceramah sempena Isra' Mikraj. Memang bagus juga bila ada kejiranan yg aktif macam ni, merapatkan silaturrahim dan tak lah segan kalau nak minta tolong apa-apa kan? Hihi. 

Majlis start seawal kol 730 pagi. Untuk pendaftaran. Kol8 dan start senamrobik dan larian. Ayah dah pegi awal, Ibu macam biasa setel hal rumah dan tunggu si kenit bangun baru pegi. Banyak aktiviti2 yang diorang dah plan, untuk semua peringkat umur, macam utk kanak2 (1-2 tahun) leh la masuk pertandingan kutip gula-gula. Hihi. Untuk yang lebih berusia (bukan makcik) boleh la masuk pertandingan teka berat buah ngan lucky draw je. Ha ha ha. 


Sekitar khemah. Khemah ni kat sebelah surau. Apa-apa event memang selalu buat kat sini je la. Sementara tunggu balai raya yang katanya tahun depan baru siap :)


Najla dan kawan-kawan. Pertandingan mewarna.


Pertandingan kutip gula-gula. Najla je yang over, pegi sampai ke tengah.


Saya masih tak ingat nama jiran-jiran. Jiran sebelah menyebelah je lah kalau ingat pun. Hihi sesekali je jumpa bila ada function. Mungkin kena lebih bergiat aktif lagi lepas ni. InsyaAllah. Sepakat membawa berkat :)


Ok dah, saya dah penat. Jom balik ibu!


Wednesday, October 5, 2011

cerita pukal lagi ^__^


Assalamualaikum wbt.,

Lama betul rasanya tak log in blog sendiri. Nasib baik tak lupa password :P

Hampir 2 bulan menyepi dari blogging, banyak mende la nak update kononnya ni. Haha. Tapi, sungguh.. banyak betul kejadian2 yang terjadi tak sempat nak luah kat blog. Eceh

1. Aidilfitri
Ok. Basi. Dah habis Syawal pun :P Skip la ye

2. Besday anakanda sulung

Haha macam dah ada anakanda kedua la pulak. kuikui. Birthday yang ke-satu anakanda Najla Nafeesa pada 15 September haritu. Tiada sambutan apa2 pun. Cuma, ayah bagi ibu duit untuk beli kek Secret Recipe kegemaran ibu. Hahahah sangat tak fair ^___^ Untuk hadiah harijadi, Ibu belikan buku kisah-kisah Nabi (Ok, Ibu memang tak fun, asyik bukuuuu je~! :P) Ayah kata nak belikan basikal untuk Najla, tapi sampai skang tak nampak2 pun lagi. Hahahah, jgn riso Najla..nanti Ibu tuntut oke! :D




Buat anakanda tersayang : Selamat hari jadi yang pertama. Semoga membesar jadi anak yang baik, solehah, sihat2 selalu, dengar ckp ibu ngan ayah, jadi anak yg cerdas, cergas dan bijak! ^___^

Budak mengada nak tarik2 rambut ibu. Adeh letey~!

Sedikit perkembangan. Beliau sudah boleh berjalan sekarang. Maka sudah semakin panjang langkahnya mengekor saya ^_____^ Selain sudah ada kaki, mulut beliau juga sudah semakin riuh! Gigi ada 8 kesemuanya, 4 atas 4 bawah. Belum pandai erti gosok gigi. Setiap kali sua berus gigi, dia akan gigit. ingat kita nak bagi makan. Haiyaa

Sempena masuk setahun ni juga, saya dah hantar beliau ke Taska. Sebelum ni hanya di rumah pengasuh. Saja nak biasakan beliau dengan ramai orang. Bertambah lah juga kawan2 :) Sahabat Najla di Taska namanya Nabila. Mereka berdua sangat macam kembar, sebab sama2 kecil dan berambut haluusss. Mengikut kata mualimah (cikgu), pergi kemana sahaja nak berdua. Hihi

3. Hari konvokesyen Ibu

Usaha bertahun2, akhirnya konvo juga :P Alhamdulillah. Ok lah, gambar-gambar..

Geng Angkasa! Yah!

With the love of my life. Thanks a lot!

Bak kata Fizah, gambar wajib ada. Bersama supervisor yang supportive dan sporting! *Cilok gambar hang Fizah!


Saja letak gambar bagi flashback :P Draf-draf tesis saya yang entah berapa kali di conteng-conteng, diperbetul, dirombak dengan dahsyat sebelum di edit semula menjadi 7 ketul hard cover yang berharga. Hahaha exaggerate lebih. Tapi, sungguh saya puas hati. Sekarang boleh berangan untuk PhD ^___^

4. Pindah rumah


Kira-kira dah seminggu lebih kami berpindah ke rumah baru di Bukit Katil. Masih kelam kabut. Masih banyak box2 tak punggah lagi. Sikit-sikit. Astro baru pasang kelmarin, tunggu streamyx pula masuk nanti. Takpe, sikit-sikit. Najla pun masih blur dan tak familiar. Kalau tak nampak Ibu depan mata, dia tahu jerit saje. Kalau kat rumah lama, memang dia akan cari sendiri. Takpe, sikit-sikit :D

InsyaAllah, kalau ada rezeki saya panggil kawan2 untuk makan2 ye! :)

Ini koleksi novel zaman tok kadok saya. Dalam perkiraan. Samada mahu bagi orang, letak kat library UTeM...atau jual. Sayaaannggnyeerr T_____T Tapi dah banyak sangat smpai tak muat almari. Nak tambah almari, memang tak la kan. Hahahah

Nanti2 lah kalau rajin saya sambung cerita pasal rumah :P

5. Irfan Hariss

Kelahiran si comel pada 23 Ogos yang lepas. Heheheh Imah dah nak habis pantang baru nak update dalam blog. Muihihihi. Imah pun dua kali lima jugak. Blog sampai bersawang-sawang tak reti nak update. Hahahah. Btw, Tahniah Imah for ur new born baby! InsyaAllah jumpe weekend nih :)

Irfan Hariss selepas seminggu dilahirkan. Sekarang mesti dah lain sikit

Oh ya, Irfan lahir pada tarikh yang sama dengan suami saya! :) Happy birthday Ayah. Tahun ni takde hadiah eh sebab besday ibu haritu tak dapat pape pun. Hahahaha


Ok, itu saja. Sekian dulu.

Jumpa lagi di entry yang entah bila la pulak agaknya :D

Friday, July 1, 2011

Meng-ertikan kehidupan


Assalamualaikum wbt.,

Wah. Rasa macam berat je tajuk. Hehe. Saya cuba. Bak kata tagline blog ni, live and learn. InsyaAllah.

Dua hari lepas, saya menghadiri satu majlis ilmu di UTeM. Sempena Israk Mi'raj. Penceramah adalah Ustazah Salbiah Omar. Very inspired. I can say, very-very-very inspired! Saya syorkan kepada semua, kalau ada rezeki untuk menuntut ilmu dengan ustazah ni, pergilah. Thumbs up! :)))))

Tajuk utama majlis ini ialah "Wahai wanita, seksanya azab neraka!". Tajuk pun sudah cukup gerun. Cuba gambarkan, lagi geruunn. Saya fikir semua orang (wanita terutama) mesti pernah tahu, baca atau sekurang-kurangnya pernah dengar tentang seksaan-seksaan dalam neraka yang RSAW sendiri saksikan, kan? Ramainya wanita dalam sana. Gerun. Sangat-sangat gerun. Kita sembahyang, puasa, bersedekah, tutup aurat (ke tutup kepala je?) - banyak lagi ibadah lain, sekadar menamakan beberapa. Tapi, adakah semua ibadah kita ni Allah terima? Bila sembahyang, sempurnakah wuduk? Bila puasa, ikhlaskah puasa? Atau hanya menahan lapar sahaja..? (tak kira lagi dosa mata, mulut sepanjang berpuasa). Bila sedekah juga, ikhlaskah kita? Tutup aurat lagilah...sempurnakah? Belum kira tabaruj dan sebagainya. MasyaAllah takutnya nak fikir. Saya rasa sangat banyak kekosongan dalam kehidupan saya. :'(

Satu point yang saya rasa paling berkesan kepada saya sepanjang majlis ilmu tersebut adalah tentang berkat. Selama ni saya rasa ruang lingkup kefahaman saya tentang berkat sangat kecil. Saya faham berkat itu adalah rahmat dari Allah SWT. Betul, takde salahnya. Tapi apa yang kita perlu faham adalah berkat itu perlu berpanjangan atau bertambah.

Kalau dapat sesuatu ganjaran, selalunya kita akan kata "Alhamdulillah, berkat...". Buat kerja bagus, berkat.. dapat bonus. Alhamdulillah. Yang utamanya ialah, bila seseorang itu dihadiahkan Allah kerana berkat, maka dia akan bertambah. Iman bertambah, ibadah bertambah. Kerja pun mesti lagi bagus. Baru betul konsep berkat. Ada juga kan yang semakin riak, kedekut, malah membelanjakannya bukan ke jalan Allah. Walaupun hasilnya adalah dari sumber yang baik, tapi kalau digunakan ke jalan maksiat, jalan yang tidak baik, tak guna juga. Ada lagi ke keberkatan kat situ? Itu dinamakan istidraj (saya baru belajar ni :D). Sebab itu agaknya ramai cari jalan mudah, nak senang tak kira apa caranya. Kaya tapi sombong, kaya tapi bersedih, kaya tapi orang dengki dll.

Kalau dilihat kepada kehidupan seharian kita, bagaimana nak lihat keberkatan yang Allah beri pada kita? Adakah berpanjangan? Adakah kebaikan bertambah? Apa yang saya lalui, selalu lepas balik keje; penatnya, nak masak pulak lepas ni, lepas tu lipat kain, lepas tu basuh pinggan, bla-bla-bla-bla. Rasa macam tak cukup je 24 jam. Huhu. Sembahyang macam nak pergi berperang. Baca Al-Quran, tapi sekadar baca saja. Hari-hari saya doa, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Lepas tu kelam kabut jugak, mengejar dateline sebagainya. Huhu. Itu dari segi berkat masa. Yang paling senang, kita lihat berkat rezeki. Selalu je rasa gaji tak cukup. Orang gaji RM10 ribu pun kata gaji tak cukup. Perkara yang sama berlaku. Tiada nikmat rasa mencukupi.

Perkara ni lumrah. Kadang-kadang kita tak sedar. Kadang-kadang kita sedar, tapi buat-buat tak sedar :P Jadi, mari kita sama-sama check semula ibadah kita, amalan kita. Tambahkan perasa apa yang kurang. Mantapkan dan perkasakan. Sama-sama kita isi kekosongan dalam kehidupan :)

Anda yang mana? sumber

Satu lagi pesan ustazah. Untuk mencari keberkatan masa, luangkanlah sedikit masa mencari ilmu dengan menghadiri majlis-majlis Allah SWT. InsyaAllah, akan ada ganjaran masa :) Jadi, untuk itu.. kepada semua orang-orang Melaka, mari turun ke program ini. InsyaAllah. Jom Fiza!

Ok, sekian dulu. Semoga apa yang saya share-kan memberi manfaat kepada semua.


Wednesday, December 8, 2010

Kenduri Aqiqah Najla

Bismillah walhamdulillah..

Setelah seminggu bercuti dan balik kampung, bukan main banyak di-tag sana sini. Cehh mulalah perasan pemes. Muahaha.. InsyaAllah akan membalas segala tag-tag anda sekalian pada entry yg akan dtg. Sekarang ni nak kongsi ceritera sempena berlangsungnya kenduri aqiqah permata hati sulung sy, Najla Nafeesa pd hari ahad lepas. Jom!

Gambar selingan. Perjalanan jauh dari Melaka-Kedah. Najla tido aje. Hanya celik mata kalau nak menyusu. Itupun saya yg sua jugak nen memandangkan dia tak bangun2. Dia suka naik kereta agaknya. Sampai kelam kabut jadinya kalau berhenti sekejap di RnR. Hehe.
Gambar itu baru lepas menyusu najla. Tengok tu..tidur sudaa

Kenduri aqiqah ni bukan untuk Najla seorang aje. Dikongsi dengan sepupu-sepupu Najla yg juga lahir pd tahun sama, 2010. Campur Najla, empat orang kesemuanya. Tapi yang tiga lagi tu adalah si teruna. Jadi dihitung-hitung kesemuanya 7 ekor kambing (2 ekor untuk lelaki, 1ekor utk perempuan). Setelah berbincang-bincang *serius betul bunyiknya :P* kami cadang utk tumbangkan seekor lembu saje. Sebab haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan dgn 7 ekor kambing.

Haa inilah lembu aqiqah Najla. Jinak dan sihat walafiat. Hehe apa punya ulasan. Selamat diaqiqahkan buat Najla dan tiga orang sepupunya
tepat jam 10.30 pagi, hari sabtu 28 Zulhijjah 1431H
Disembelihkan oleh paklong Najla
Najla juga menyaksikan sendiri penyembelihan lembu aqiqahnya


Alhamdulillah.. selesai tanggungjawab ibu & ayah sediakan tunggangan buat Najla
Semoga si lembu jinak menjadi tunggangan yg terhebat di akhirat nanti.. :)

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

Pagi-pagi ahad tu, rumah sudah kecoh-kecoh dgn kehadiran org kampung. Siap-siap untuk masak kenduri. Kenduri adalah dibuat secara gotong-royong atau 'pakat'. Lembu yang disembelih dibuat sup (sedap marveles!), gulai dan sebahagiannya dimasak manis (ini salah satu sunat aqiqah). Lauk-lauk lain adalah ulam petai, kuah asam dan sebagainya *mcm tak igt lak apa lagi* :D. Pukul 11 pagi, bacaan Yaasin dan doa selamat bermula.


Inilah bayi-bayi yang dirai.
Dari kanan; Muhammad Mu'az. Anak kedua abang no-6. Lahir pada Mei 2010.
Sebelahnya; Muhammad Eizul Hakim. Anak ketiga kakak no-4. lahir Jun 2010. Semangaatt!
yang hujung sekali; Najla Nafeesa. Anak pertama adik no-7. Muahaha. Lahir September 2010.
Seorang lagi masih di bilik mandi ketika ini. Hehe.

Yang keempat; Ummar Rayyan. Anak ke-5 abang no-2. Baru lahir, awal November 2010. Ya, namanya serupa dgn anak menakanku yg di Putrajaya :)

Sepanjang kenduri Najla tido aje. Hehe. Dahsat betol anak dara seorang ni. Sedap agaknya tido kat kampung. Sejuk nyaman je. Orang dah balik, baru nak celik mata. Ajak menyembang-nyembang.

Menghampiri mood nak tido

Neway, Terima Kasih yg tak terhingga kpd rakan2 yg sudi datang :)

Aqiqah itu bukan adat, tetapi ibadat. Bukanlah wajib, tetapi sunat mustahab yakni sunat yang amat dituntut. Semoga majlis kenduri aqiqah ini mendapat keberkatan Allah SWT dan menghilangkan gangguan syaitan pd bayi yg dirai untuk melakukan kebaikan. Aminn..