Showing posts with label Sharing Info. Show all posts
Showing posts with label Sharing Info. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Subur dengan Syukur :)

[Anekdot - Solusi isu no. 43]

"Jadikan aku golongan yang sedikit.."

Diceritakan bahawa ada seorang pemuda pada zaman Saidina Umar Al-Khattab yang sering berdoa di sisi Baitullah, "Ya Allah, jadikan aku daripada golongan yang sedikit"


Saidina Umar kehairanan lalu bertanya kepadanya, "doa apakah ini?"

Pemuda tersebut menjawab, "Sesungguhnya aku pernah mendengar firman Allah SWT yang bermaksud: 'Sememangnya, sedikit sekali daripada kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur.' Maka, aku berdoa agar Allah menggolongkan aku daripada golongan yang sedikit itu."

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.
Surah Al-A'raf 7:10

MasyaAllah. Mari muhasabah! Mari check balik doa kita. Saya sendirilah, hari-hari berdoa minta itu minta ini, tambah itu tambah ini. Namun jarang sekali nak bersyukur dengan apa yang telah pun Allah kurniakan. Memang selalu je sebut syukuurr.. tapi adakah betul-betul menghayati maksud syukur itu dan yang paling penting - bagaimana nak membuktikan kesyukuran tersebut??

Menurut Imam al-Junaid, "Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya".


Ertinya, tanda bersyukur ialah menggunakan segala nikmat atau rezeki kurniaan Allah untuk melakukan ketaatan kepada-Nya dan memanfaatkannya ke arah kebajikan, bukan menyalurkannya ke kancah maksiat atau kejahatan.


Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang tahu bersyukur. 




Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kareem


Assalamualaikum wbt

Hari ni masuk hari kedua berpuasa. Alhamdulillah. :)

Tips #1 utk menghadapi cabaran 30 hari bersama Al-Quran. InsyaAllah.


Wishing ALL fellow Muslims a very joyous and blessed Ramadhan!
Remember, Ramadhan is SOOOO much more than just not eating and drinking.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mengubah diri kita semua menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik. Amin..

"Berapa ramai orang yang berpuasa, tidaklah dirinya itu mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga"

(Hadis An-Nasa'ie dan Ibn Majah)



Friday, July 1, 2011

Meng-ertikan kehidupan


Assalamualaikum wbt.,

Wah. Rasa macam berat je tajuk. Hehe. Saya cuba. Bak kata tagline blog ni, live and learn. InsyaAllah.

Dua hari lepas, saya menghadiri satu majlis ilmu di UTeM. Sempena Israk Mi'raj. Penceramah adalah Ustazah Salbiah Omar. Very inspired. I can say, very-very-very inspired! Saya syorkan kepada semua, kalau ada rezeki untuk menuntut ilmu dengan ustazah ni, pergilah. Thumbs up! :)))))

Tajuk utama majlis ini ialah "Wahai wanita, seksanya azab neraka!". Tajuk pun sudah cukup gerun. Cuba gambarkan, lagi geruunn. Saya fikir semua orang (wanita terutama) mesti pernah tahu, baca atau sekurang-kurangnya pernah dengar tentang seksaan-seksaan dalam neraka yang RSAW sendiri saksikan, kan? Ramainya wanita dalam sana. Gerun. Sangat-sangat gerun. Kita sembahyang, puasa, bersedekah, tutup aurat (ke tutup kepala je?) - banyak lagi ibadah lain, sekadar menamakan beberapa. Tapi, adakah semua ibadah kita ni Allah terima? Bila sembahyang, sempurnakah wuduk? Bila puasa, ikhlaskah puasa? Atau hanya menahan lapar sahaja..? (tak kira lagi dosa mata, mulut sepanjang berpuasa). Bila sedekah juga, ikhlaskah kita? Tutup aurat lagilah...sempurnakah? Belum kira tabaruj dan sebagainya. MasyaAllah takutnya nak fikir. Saya rasa sangat banyak kekosongan dalam kehidupan saya. :'(

Satu point yang saya rasa paling berkesan kepada saya sepanjang majlis ilmu tersebut adalah tentang berkat. Selama ni saya rasa ruang lingkup kefahaman saya tentang berkat sangat kecil. Saya faham berkat itu adalah rahmat dari Allah SWT. Betul, takde salahnya. Tapi apa yang kita perlu faham adalah berkat itu perlu berpanjangan atau bertambah.

Kalau dapat sesuatu ganjaran, selalunya kita akan kata "Alhamdulillah, berkat...". Buat kerja bagus, berkat.. dapat bonus. Alhamdulillah. Yang utamanya ialah, bila seseorang itu dihadiahkan Allah kerana berkat, maka dia akan bertambah. Iman bertambah, ibadah bertambah. Kerja pun mesti lagi bagus. Baru betul konsep berkat. Ada juga kan yang semakin riak, kedekut, malah membelanjakannya bukan ke jalan Allah. Walaupun hasilnya adalah dari sumber yang baik, tapi kalau digunakan ke jalan maksiat, jalan yang tidak baik, tak guna juga. Ada lagi ke keberkatan kat situ? Itu dinamakan istidraj (saya baru belajar ni :D). Sebab itu agaknya ramai cari jalan mudah, nak senang tak kira apa caranya. Kaya tapi sombong, kaya tapi bersedih, kaya tapi orang dengki dll.

Kalau dilihat kepada kehidupan seharian kita, bagaimana nak lihat keberkatan yang Allah beri pada kita? Adakah berpanjangan? Adakah kebaikan bertambah? Apa yang saya lalui, selalu lepas balik keje; penatnya, nak masak pulak lepas ni, lepas tu lipat kain, lepas tu basuh pinggan, bla-bla-bla-bla. Rasa macam tak cukup je 24 jam. Huhu. Sembahyang macam nak pergi berperang. Baca Al-Quran, tapi sekadar baca saja. Hari-hari saya doa, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Lepas tu kelam kabut jugak, mengejar dateline sebagainya. Huhu. Itu dari segi berkat masa. Yang paling senang, kita lihat berkat rezeki. Selalu je rasa gaji tak cukup. Orang gaji RM10 ribu pun kata gaji tak cukup. Perkara yang sama berlaku. Tiada nikmat rasa mencukupi.

Perkara ni lumrah. Kadang-kadang kita tak sedar. Kadang-kadang kita sedar, tapi buat-buat tak sedar :P Jadi, mari kita sama-sama check semula ibadah kita, amalan kita. Tambahkan perasa apa yang kurang. Mantapkan dan perkasakan. Sama-sama kita isi kekosongan dalam kehidupan :)

Anda yang mana? sumber

Satu lagi pesan ustazah. Untuk mencari keberkatan masa, luangkanlah sedikit masa mencari ilmu dengan menghadiri majlis-majlis Allah SWT. InsyaAllah, akan ada ganjaran masa :) Jadi, untuk itu.. kepada semua orang-orang Melaka, mari turun ke program ini. InsyaAllah. Jom Fiza!

Ok, sekian dulu. Semoga apa yang saya share-kan memberi manfaat kepada semua.


Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Kareemm...


uhuk! uhuk! uhuk! tebal betul habuk blog ni. Hehe. Maaf kepada semua yg kadang menjenguk sini tapi entry tak berganjak pun. (adakah??..hee)

Alhamdulillah, Ramadhan menjelma lagi. Dah nak masuk hari ke-3 dah. Macamana semua? Dah terasa penat? Atau masih OK lagi? Mestilah OK kan..macam tak biasa puasa pulak ye tak? Hehe.. Ingat semua sahabat handai, puasa bukan menahan lapar dan dahaga sahaja yep. Nak Raye dgn bahagia tak? Kalau nak, bersabar ye (Ko pun sama Mawar, SABAR!). Zmn RSAW dulu depa siap pegi berperang lagi time2 pose mcm skang ni. Apa sangatlah cabaran n dugaan kita kalu nak banding dgn depa dulu2..


Ramadhan tahun ni memang sangat berbeza dari tahun2 yang sudah. Dapat agakla bukan kenapa dan mengapa? Hehe. Ya Allah Ya Rabb, permudahkan urusanku. Semoga aku dapat sempurnakan ibadah ini tanpa rompong, Aminn.. Sayangku, bantu ibu ye! :)

Utk entry kali ni, just nak share amalan2 sunnah RSAW sepanjang bln Ramdhan. RSAW sgt tertunggu2 bln Ramadhan dtg. Hinggakan persiapan dibuat sejak bln Rejab lagi. RSAW sendiri berlumba2 nak kejar rahmat Allah SWT. Kita? bulan Rejab dok sibuk pikir persiapan utk Hari Raya. Baju bape pasang..? Kuih raya bape jenis nk buat.. sumer dah survey..ada tu dah siap beli pun. Astaghfirullah. Sama2 kita perbaiki kekhilafan kita masa lalu.

Ok, ini adalah antara amalan Rasulullah pada bulan Ramadhan:

1. Bangun bersahur.
Sabda RSAW, "Bersahurlah kerana di dlm makan sahur itu terdapat keberkatan". Kalau tak lalu nk mkn sekali pun, cukuplah sekadar meneguk air kosong. Sah2 dapat pahala sunat dah. Tak rugi pe pun. Tapi, ingat..jgn sblm tido pkol 12, dok teguk air pastu anggap itu adalah sahur kita. Salah tu. Disunatkan juga melambat2kan makan sahur. Lambat macamane tu? Hadis sohih yg diriwayatkan oleh sahabat ada menyatakan jarak antara sahur dan masuk waktu subuh ada selama membaca 50 ayat Al-Quran.

2. Menyegerakan berbuka.
Ni komfem! Sngnye nk dapat pahala sunatkan? Tapi yang susahnya adalah selepas berbuka tu. Jgn mentekedarah smpai perut sendat..nak sujud pun payah. Hehe. Jom kita tiru amalan berbuka RSAW. RSAW berbuka dengan 3 biji rutab (kurma basah). Kalau tiada, sebaiknya berbuka dgn 3 biji tamar (kurma kering). Kalau takde jugak, berbukalah dgn 3 teguk air kosong. kemudian disusuli dengan solat Maghrib. Lepas tu makanlah segala jenis juadah yg kita beli kat bazaar Ramadhan tu. Alhamdulillah dpt dah pahala sunat lagik! Mmg bulan Ramadhan nih bulan rahmat dan kasih sayang Allah..senang sgt nak dpt pahala. Sama2 kita amalkan.

3. Banyakkan sedekah dan belanja kpd keluarga, kaum kerabat dan jiran tetangga.
Disunatkan pd bulan puasa, beri makanan utk berbuka kpd org lain sekalipun dgn kurma atau air. Tetapi yg paling afdhal ialah mngenyangkan org yang berbuka puasa. Ha apa lagi..masaklah makanan berbuka utk suami, anak2, dan keluarga. Kesian aku..dah la dok sorang.. nak msk utk siapa? Heh jgn runsing.. sekali sekala buat kuih utk berbuka, hantarlah ke surau. Kan ramai yg berbuka di surau. Tak pun, bagi sikit juadah berbuka kat jiran sebelah. Alhamdulillah, berbuka td dpt merasa popia grg jiran sblh kiri bagi..depa pulak dpt merasa pengat pisang kubuat ptg td. :) Jiran sblh kanan..belum berani lg nk bertegur (mamat2 bujang daa..malu sikit! hehe)


4. Perbanyakkan Tadarus Al-Quran.
Bulan Ramadhan ni disebut jugak sebagai bulan Al-Quran, sebab Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramdhan. Sbb tu kita disunatkan byk bertadarus Al-Quran. Saling membaca dan mendengar bacaan. Kalau boleh, buat group kt opis ke utk bertadarus sama2. Saling perbetulkan kalau ada salah tajwid dan sebagainya. Malah lebih baik kalau dpt bertadabbur ayat suci ini sekali. Dalam hadis sohih menyatakan,"Malaikat Jibril dtg menemui Nabi SAW pd tiap2 mlm bulan Ramadhan untuk bertadarus Al-Quran bersama". Malah, Nabi juga buat tadabbur Al-Quran pd bulan Ramadhan yakni mengkaji dan memahami makna kandungan Al-Quran.

5. Memperbanyakkan Beriktikaf.
Banyakkan beriktikaf terutama 10 hr terakhir dlm bln Ramadhan. RSAW bersabda, "Sesiapa yg hendak beriktikaf, maka pilihlah pd sepuluh yg terakhir, kerana aku telah diperlihatkan Lailatul Qadar kemudian aku dilupakannya. Maka, carilah Lailatul Qadar pd spuluh hari terakhir terutama pd mlm2 ganjil." InsyaAllah, sama2 kita berdoa moga dipertemukan Allah dgn malam yg dikatakan mlm yg lebih baik dari 1000 mlm ini.

Ok, itu aje utk kali ni. Mari b'sama tingkatkan amal ibadat. Moga Ramadhan kali ni menjadi Ramadhan yg terbaik buat kita.

Selamat meneruskan ibadah puasa, kawan2!

Friday, September 11, 2009

Sharing is Caring

Assalamualaikum wbt
Salam Jumaat yang barakah..
Salam Ramadhan Al-Mubarak..
dan Salam Satu Malaysia~! eceh :P

Sedar tak sedar dah masuk 21 Ramadhan harini. Nextweek dah nak raya. Woah cepat giler! Nextweek weh..nextweek! Rasa macam baru semalam je start berpuasa kan? Hmm

Haritu, 17 Ramadhan bersamaan hari isnin adalah hari cuti sempena Nuzul Quran. Tapi, Melaka tak cuti. Huhuu. UTeM ada menganjurkan satu ceramah sempena sambutan Nuzul Al-Quran. Aku sebagai 'orang baru' almaklum diwajibkan ke ceramah tersebut. Takpe, aku suka sebab penceramahnya adalah Al-Fadhil Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Heheh. Ustaz ni adalah penceramah agama kegemaran aku, selain Ustaz Zawawi, Ustaz Akhil Hayy, dan Ustazah Siti Nor Bahyah. :)

Ceramah ni bertajuk Memahami hakikat Nuzul Al-Quran dalam perspektif Sains dan Teknologi. Antara isi yang boleh dikongsi bersama,
  • Al-Quran itu menjadi ikutan, bukan mengikut. Walaupon orang kata, zaman dah berubah..teknologi semakin maju (teringat iklan "dunia dah berubah" hehe) segala hal sepatutnya dirujuk kepada AlQuran yang utamanya. Niat tidak menghalalkan cara, kan?
  • Al-Quran adalah Kalamullah, Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW. Maksud mukjizat itu sendiri dah menunjukkan kehebatannya. Mukjizat bermaksud melawan atau kuat. Al-Quran mempunyai kekuatan yang akan melemahkan semua benda lain. Tiada tandingannya. Al-Quran adalah kalam Allah, walaupun ianya di dalam Bahasa Arab namun tiada seorang bangsa Arab pun yang dapat menandingi keindahan bahasa Al-Quran. Walau cendiakawan sasterawan Arab sekalipun. Miracle bukan? Sayang betul kita orang melayu tidak faham bahasa Arab. Terpaksa mentengok terjemahan untuk faham isi kandungan Al-Quran.
  • Tetapkan niat dalam mengkaji sains. Ada dua keadaan yang dinyatakan. Pertama, adalah mengkaji sains untuk menambah keimanan. INI HEBAT kata ustaz. Contoh, kita tahu dalam Islam mengatakan haram memakan babi. Kita percaya. Tapi kenapa? Sains membuktikan bahawa di dalam badan haiwan itu terdapatnya darah kotor yang boleh menjejaskan kesihatan manusia yang memakannya. Kedua,mengkaji sains untuk percaya dan beriman kepada Allah swt. Ustaz cerita, ada seorang Proffesor dari Jepun mengkaji tentang air zam-zam. Selepas menjalankan kajian tersebut, beliau sangat terkejut melihat molekul-molekul air zam-zam itu umpama berlian, berkilau secara hebat dan molekulnya tersusun rapat (seperti pepejal). Walhal, molekul air biasa sepatutnya tidaklah tersusun rapat dan serapi begitu. Yang mengkagumkan adalah kilauan cahaya yang datang dari air zam-zam itu umpama berlian sebenar. Sambung ustaz lagi. Dikhabarkan, Professor itu telah memeluk Islam tidak lama selepas peristiwa itu. Macam miracle-lah bukan? :)
  • Ada seorang sahabat memberitahu kepada Rasulullah, dia sangat kagum dengan iman yang ada pada para Malaikat. Tetapi,Rasulullah memberi kan respon yang sebaliknya kerana baginya tentulah Malaikat itu mempunyai iman yang kuat sebab mereka boleh berhubung secara terus dengan Allah yang Esa. Lalu ditanya oleh sahabat Nabi tersebut, maka siapakah yang mempunyai iman yang terhebat? Baginda menjawab "aku kagum dengan iman yang ada pada umatku selepas ketiadaan ku nanti, walaupun aku tiada tetapi mereka tetap percaya dan beriman kepada ku serta tidak mensyirikkan Allah". Betapa sayangnya Nabi pada kita kan? Kita tak lahir lagi, tapi kepercayaan Nabi pada kita sudah setinggi gunung. *sigh* T____________T
Aku ambil point sikit-sikit je yang mana aku ingat dan yang menarik hati aku dari keseluruhan isi ceramah tersebut. Almaklum, banyak tertelan semut..cepat lupa. HAHA. Ustaz pun kadang-kadang termasuk bab jual ubat la, beli karpet la, politik dan kuih talam. Habis terliur-liur aku dalam dewan tu. HEHE.

Bukan apa, kadang-kadang kita terlupa hakikat sebenar kehidupan. Al-Quran itu panduan. Kita jarang memahami secara betul panduan tersebut. Peringatan ni adalah untuk tuan penulis juga. Kadang-kadang leka sangat. Astaghfirullah. Dalam majlis ilmu macam ini terhantuk juga kepala bila mengenang amal ibadat yang tak seberapa nih. T______T

Ok, sekian dulu.

Jangan lupa sembahyang Terawih ye makcik-makcik dan pakcik-pakcik!

Selamat menyambung ibadah puasa kepada semua..dan sama-samalah kita mengejar kenikmatan 10 malam terakhir Ramadhan! InsyaAllah :)