Assalamualaikum wbt.,
Lama betul rasanya tak log in blog sendiri. Nasib baik tak lupa password :P
Hampir 2 bulan menyepi dari blogging, banyak mende la nak update kononnya ni. Haha. Tapi, sungguh.. banyak betul kejadian2 yang terjadi tak sempat nak luah kat blog. Eceh
1. Aidilfitri
Ok. Basi. Dah habis Syawal pun :P Skip la ye
2. Besday anakanda sulung
Haha macam dah ada anakanda kedua la pulak. kuikui. Birthday yang ke-satu anakanda Najla Nafeesa pada 15 September haritu. Tiada sambutan apa2 pun. Cuma, ayah bagi ibu duit untuk beli kek Secret Recipe kegemaran ibu. Hahahah sangat tak fair ^___^ Untuk hadiah harijadi, Ibu belikan buku kisah-kisah Nabi (Ok, Ibu memang tak fun, asyik bukuuuu je~! :P) Ayah kata nak belikan basikal untuk Najla, tapi sampai skang tak nampak2 pun lagi. Hahahah, jgn riso Najla..nanti Ibu tuntut oke! :D
Buat anakanda tersayang : Selamat hari jadi yang pertama. Semoga membesar jadi anak yang baik, solehah, sihat2 selalu, dengar ckp ibu ngan ayah, jadi anak yg cerdas, cergas dan bijak! ^___^
Budak mengada nak tarik2 rambut ibu. Adeh letey~!
Sedikit perkembangan. Beliau sudah boleh berjalan sekarang. Maka sudah semakin panjang langkahnya mengekor saya ^_____^ Selain sudah ada kaki, mulut beliau juga sudah semakin riuh! Gigi ada 8 kesemuanya, 4 atas 4 bawah. Belum pandai erti gosok gigi. Setiap kali sua berus gigi, dia akan gigit. ingat kita nak bagi makan. Haiyaa
Sempena masuk setahun ni juga, saya dah hantar beliau ke Taska. Sebelum ni hanya di rumah pengasuh. Saja nak biasakan beliau dengan ramai orang. Bertambah lah juga kawan2 :) Sahabat Najla di Taska namanya Nabila. Mereka berdua sangat macam kembar, sebab sama2 kecil dan berambut haluusss. Mengikut kata mualimah (cikgu), pergi kemana sahaja nak berdua. Hihi
3. Hari konvokesyen Ibu
Usaha bertahun2, akhirnya konvo juga :P Alhamdulillah. Ok lah, gambar-gambar..
Geng Angkasa! Yah!
With the love of my life. Thanks a lot!
Bak kata Fizah, gambar wajib ada. Bersama supervisor yang supportive dan sporting! *Cilok gambar hang Fizah!
Saja letak gambar bagi flashback :P Draf-draf tesis saya yang entah berapa kali di conteng-conteng, diperbetul, dirombak dengan dahsyat sebelum di edit semula menjadi 7 ketul hard cover yang berharga. Hahaha exaggerate lebih. Tapi, sungguh saya puas hati. Sekarang boleh berangan untuk PhD ^___^
4. Pindah rumah
Kira-kira dah seminggu lebih kami berpindah ke rumah baru di Bukit Katil. Masih kelam kabut. Masih banyak box2 tak punggah lagi. Sikit-sikit. Astro baru pasang kelmarin, tunggu streamyx pula masuk nanti. Takpe, sikit-sikit. Najla pun masih blur dan tak familiar. Kalau tak nampak Ibu depan mata, dia tahu jerit saje. Kalau kat rumah lama, memang dia akan cari sendiri. Takpe, sikit-sikit :D
InsyaAllah, kalau ada rezeki saya panggil kawan2 untuk makan2 ye! :)
Ini koleksi novel zaman tok kadok saya. Dalam perkiraan. Samada mahu bagi orang, letak kat library UTeM...atau jual. Sayaaannggnyeerr T_____T Tapi dah banyak sangat smpai tak muat almari. Nak tambah almari, memang tak la kan. Hahahah
Nanti2 lah kalau rajin saya sambung cerita pasal rumah :P
5. Irfan Hariss
Kelahiran si comel pada 23 Ogos yang lepas. Heheheh Imah dah nak habis pantang baru nak update dalam blog. Muihihihi. Imah pun dua kali lima jugak. Blog sampai bersawang-sawang tak reti nak update. Hahahah. Btw, Tahniah Imah for ur new born baby! InsyaAllah jumpe weekend nih :)
Irfan Hariss selepas seminggu dilahirkan. Sekarang mesti dah lain sikit
Oh ya, Irfan lahir pada tarikh yang sama dengan suami saya! :) Happy birthday Ayah. Tahun ni takde hadiah eh sebab besday ibu haritu tak dapat pape pun. Hahahaha
Ok, itu saja. Sekian dulu.
Jumpa lagi di entry yang entah bila la pulak agaknya :D
8 comments:
hehe..akhirnya mawar update blog..seronot baca cite2 pukal camnih..esp ttg najla..moga jadi anak solehah..amin:)
sambung master kat mane puan?tahniah2
mawa, sgt cantik rumah kamu!!bila laa nk dtg yer???!!ayat last takleh blah..."thn lepas ibu tak dpt, ayah pon kire tak dpt aa??"suke!!bole pinjam kate2 itu
hehe sian irfan..org lain yg introduce kan..mak sndiri tak reti2.
mawar letakla gmba dlm rmh.besnya masuk rmh baru...segala2 nya baruuuuu
waa..dinding dlm umah kaler purle. i like! hi Najla...auntie nk kenalkan ngn anak auntie boleh..? ha ha
tahniah untuk smeuanya..:)
ummiummar@syu: inilah akibat lama x apdet blog, terpaksa la memukal cerita. hehe. terima kasih atas doa.. aminn :)
nad: saya smbung master kat ukm :)tenkiu
take: mai la umah aku weh. bila2 pun ok. rumahku sentiasa open :)))
imah: hahaha update la blog bersawang mu tuu~~ :D
kak sarah: kaler pepel tu rumah lama la kak. umah baru masih kaler default..iaitu putih :D
rulza: terima kasih. good luck utk awak :) tq singgah sini
salam...
mawar...cumel nye najla pakai bju kurung n tudung...sgt ayu..
bestnye da dpt masters..huhu.kene tekad dan gigih ni...tinggal thesis je lg ni...pffffttt...
Post a Comment