Showing posts with label Najla. Show all posts
Showing posts with label Najla. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Birthday Kakak Najla


Eh rajin pulak ibu update belog dua kali sehari. Hahahaahah harini budak2 sgt behave, bermain2 saja tidak mengacau ibu. Boleh lah ibu mengupdate belog seposen dua.. Hihi

Ini kisah bulan lepas. Birthday kakak Najla yg ke-3 pada 15 September. Alhamdulillah besar dah anak ibu. Takde sambutan besar2an pun, cuma saya ada janji nak buatkan kek untuk dia. Najla sukaaaa sgt kek, kek coklat terutamanya


Kek coklat moist sempena birthday kakak Najla.
Saya dah lama tak baking, jadi comot2 sikit bila letak coklat ganache. Nasib baik ada strawberry menutup kecacatan kehkehkeh


Kakak Najla suka sgt dapat kek.
Terima kasih ibu!! :)

Selamat Ulangtahun yg ke-3 kakak. Moga jadi anak yg solehah, taat perintah Allah SWT, ikut sunnah Rasulullah SAW, dengar cakap Ibu Ayah, jadi contoh kpd adik2, sayang sesama manusia.. InshaAllah Ibu doakan anak ibu cemerlang dunia akhirat :)


Ini wajah sekarang, dah potong rambut. dan dalam proses healing kesan chicken-pox. 

Sekian.

Saturday, October 12, 2013

Dah 2 bulan takde entry baru .. heheh


Lama tak menulis sini. Ada juga beberapa kali singgah, tapi malas nak mengarang. Hihi hanya blog walking di blog kawan2. 

Najla tak sihat. Kena demam campak. Habis plan nak balik beraya haji di Kedah cancel. Kesian ayah, lama juga tak balik kampung. Masa raya puasa dulu pun tak balik sebab saya bersalin dan dalam pantang. Huhu tak de rezeki. Tapi kami buatkan juga akikah untuk Khalif (anak saya yg ke-2, hahahah tiba2 ada watak baru muncul tak diperkenalkan lagi dalam blog.. hihi). kami wakilkan pada ayah mentua saya untuk akikah kan.

Sekarang Najla kena kuarantin. Takut berjangkit pd Khalif. Itupun Khalif dah selsema sikit. Kesian nak tido asyik terjaga sebab nafas tersekat2 hidung tersumbat. Nasib baik Khalif kuat minum, setiap 3 jam download antibodi dari Ibu :) Bila nak buat entry kisah deliver Khalif? Hahahah macam basi je kalau nak cerita. nantilah kalau rajin nak buat flashback :P


Kakak najla kena demam campak air. 
Walaupun begitu, aktif nya macam biasa, macam tiada apa2 yang berlaku heheh
Ibu je yang selalu risau kalau anak2 ibu tak sihat. huhu


Anak saya yang ke-2. Khalif Anaqi, lahir pada 26 Julai 2013.
Hari ini berusia 2 bulan 16 hari.

Maternity leave saya yang 3 bulan, sudah hampir sampai ke penghujung. Huhuu konon rancang nak siapkan proposal, tulis jurnal (kerja2 yang selalu ter-distracted kalau di office) macam hampeh je. Proposal adala saya draft dalam 21 m/s. Banyak sangat lompong lagi. Journal tak payah cakap. Saya bercadang nak buat journal dari result student saya, lupa plak nak ambil cd yg student saya bg tu (dia letak semua result dalam cd tu). Jadi, tak buat apa lah lagi. Hahahahah . 

Oklah, Selamat Hari Raya AidilAdha. Jom kita puasa 9Zulhijjah (Isnin, 14/10/2013). Saya ada 12 hari puasa Ramadhan nak kena ganti. Sob sob sob.. tapi Alhamdulillah setakat harini dah 7 hari ganti *horaaa!* tinggal 5 hari je lagi chaiyok2

p/s: Salam takziah buat Ena dan keluarga. Kehilangan Eshan Yusuf sangat terkesan. Moga Ena tabah menghadapi dugaan ini. Buat Eshan Yusuf tersayang, syurga abadi menanti mu..InshaAllah. Allah lebih menyayangi dia. ;'(

p/s: Tahniah kepd Take dan Jue; atas kelahiran baby ke-3 (Take) dan baby ke-2 (Jue) :)))

Sekian.


Friday, May 4, 2012

Najla. terkini.


Assalamualaikum wbt.,

Lama tak cerita pasal si kenit tu kan? Hihi. Beliau macam biasa, ceria dan aktif :) Cuma semakin 'gawwang' dan kedekut +___+


Gambarajah passport Najla. Begitulah rambut beliau. 
Bahagian bawah tumbuh dengan jayanya, sementelah bahagian atas masih segan-segan. 
Lagi satu kalau perasan kat gambarajah nu, ada benjol kat dahi. Budak baik kan? Haii...

Si kenit ni memang suka sangat berkawan. Tak kira kawan ngan rakan sebaya atau abang2-kakak2. Orang dewasa tak berapa, melainkan ayah. Hihi. Kalau ngan ayah dia, suka la nak ajak ayah main. Kalau main kejar2, suka jadikan ibu tempat persembunyian. Huhu. Kalau ayah takde, adala jugak ajak ibu main. Tapi main ngan ibu tak best, sebab lepas tu ibu soh kemas balik kan. Pahtu mula lah si kenit ni buat muka 'gawwang' dan tunggang balik box mainan dia kan. 

Gawwang-gawwang pun, itulah yang dirindui selalu :)

Sekarang ni, beliau berada di kampung. Duduk sementara di kampung dengan Tok dan TokWan dia. Best la ramai 'kawan' kat kampung sana. 

Saya akan ber-induksi selama 2 minggu di Ancasa Resort di Port Dickson.


Ya Allah, tabahkanlah hati ini... :'(


Wednesday, October 5, 2011

cerita pukal lagi ^__^


Assalamualaikum wbt.,

Lama betul rasanya tak log in blog sendiri. Nasib baik tak lupa password :P

Hampir 2 bulan menyepi dari blogging, banyak mende la nak update kononnya ni. Haha. Tapi, sungguh.. banyak betul kejadian2 yang terjadi tak sempat nak luah kat blog. Eceh

1. Aidilfitri
Ok. Basi. Dah habis Syawal pun :P Skip la ye

2. Besday anakanda sulung

Haha macam dah ada anakanda kedua la pulak. kuikui. Birthday yang ke-satu anakanda Najla Nafeesa pada 15 September haritu. Tiada sambutan apa2 pun. Cuma, ayah bagi ibu duit untuk beli kek Secret Recipe kegemaran ibu. Hahahah sangat tak fair ^___^ Untuk hadiah harijadi, Ibu belikan buku kisah-kisah Nabi (Ok, Ibu memang tak fun, asyik bukuuuu je~! :P) Ayah kata nak belikan basikal untuk Najla, tapi sampai skang tak nampak2 pun lagi. Hahahah, jgn riso Najla..nanti Ibu tuntut oke! :D




Buat anakanda tersayang : Selamat hari jadi yang pertama. Semoga membesar jadi anak yang baik, solehah, sihat2 selalu, dengar ckp ibu ngan ayah, jadi anak yg cerdas, cergas dan bijak! ^___^

Budak mengada nak tarik2 rambut ibu. Adeh letey~!

Sedikit perkembangan. Beliau sudah boleh berjalan sekarang. Maka sudah semakin panjang langkahnya mengekor saya ^_____^ Selain sudah ada kaki, mulut beliau juga sudah semakin riuh! Gigi ada 8 kesemuanya, 4 atas 4 bawah. Belum pandai erti gosok gigi. Setiap kali sua berus gigi, dia akan gigit. ingat kita nak bagi makan. Haiyaa

Sempena masuk setahun ni juga, saya dah hantar beliau ke Taska. Sebelum ni hanya di rumah pengasuh. Saja nak biasakan beliau dengan ramai orang. Bertambah lah juga kawan2 :) Sahabat Najla di Taska namanya Nabila. Mereka berdua sangat macam kembar, sebab sama2 kecil dan berambut haluusss. Mengikut kata mualimah (cikgu), pergi kemana sahaja nak berdua. Hihi

3. Hari konvokesyen Ibu

Usaha bertahun2, akhirnya konvo juga :P Alhamdulillah. Ok lah, gambar-gambar..

Geng Angkasa! Yah!

With the love of my life. Thanks a lot!

Bak kata Fizah, gambar wajib ada. Bersama supervisor yang supportive dan sporting! *Cilok gambar hang Fizah!


Saja letak gambar bagi flashback :P Draf-draf tesis saya yang entah berapa kali di conteng-conteng, diperbetul, dirombak dengan dahsyat sebelum di edit semula menjadi 7 ketul hard cover yang berharga. Hahaha exaggerate lebih. Tapi, sungguh saya puas hati. Sekarang boleh berangan untuk PhD ^___^

4. Pindah rumah


Kira-kira dah seminggu lebih kami berpindah ke rumah baru di Bukit Katil. Masih kelam kabut. Masih banyak box2 tak punggah lagi. Sikit-sikit. Astro baru pasang kelmarin, tunggu streamyx pula masuk nanti. Takpe, sikit-sikit. Najla pun masih blur dan tak familiar. Kalau tak nampak Ibu depan mata, dia tahu jerit saje. Kalau kat rumah lama, memang dia akan cari sendiri. Takpe, sikit-sikit :D

InsyaAllah, kalau ada rezeki saya panggil kawan2 untuk makan2 ye! :)

Ini koleksi novel zaman tok kadok saya. Dalam perkiraan. Samada mahu bagi orang, letak kat library UTeM...atau jual. Sayaaannggnyeerr T_____T Tapi dah banyak sangat smpai tak muat almari. Nak tambah almari, memang tak la kan. Hahahah

Nanti2 lah kalau rajin saya sambung cerita pasal rumah :P

5. Irfan Hariss

Kelahiran si comel pada 23 Ogos yang lepas. Heheheh Imah dah nak habis pantang baru nak update dalam blog. Muihihihi. Imah pun dua kali lima jugak. Blog sampai bersawang-sawang tak reti nak update. Hahahah. Btw, Tahniah Imah for ur new born baby! InsyaAllah jumpe weekend nih :)

Irfan Hariss selepas seminggu dilahirkan. Sekarang mesti dah lain sikit

Oh ya, Irfan lahir pada tarikh yang sama dengan suami saya! :) Happy birthday Ayah. Tahun ni takde hadiah eh sebab besday ibu haritu tak dapat pape pun. Hahahaha


Ok, itu saja. Sekian dulu.

Jumpa lagi di entry yang entah bila la pulak agaknya :D

Friday, April 15, 2011

Jumaat di Melaka


Assalamualaikum wbt.,

Harini rasa macam hari sabtu. Sebab apa? Sebab saya cotiiii!! Hehe..saje gedix. Cuti sempena sambutan ulangtahun pengisyhtiharan melaka sbg bandar bersejarah. Plan konon nak buat itu ini la kan cuti ni..nak siapkan marking lab report + key in markah supaya hari senin leh setel senarai tampal, buat correction thesis (sumpah kat office tak leh nak focus, melambak keje lain!), nak buat laksa la, kek pisang la.. Ni dah setengah hari, ape pun tak buat lagi. Update blog pulak hey! Kihkihkih

Anakanda

Harini juga genap anak dara saya berusia 7 bulan. ^__^ Semakin besar. Semakin lasak. Dan juga dah semakin bijak. Najla dah boleh recognize her own name. Kalau saya panggil "Najla...", dah tersengih2 dah cik adik ni sambil depa2 tangan (ingat kita nak amik dia la tu..heheh).


Sukaaaaaaaaa sangat baca buku. Kalau longgok banyak2 mainan depan dia including her books, dia memang akan capai buku dulu. Even buku tu ditimpa-timpa dengan benda lain. Kalau merengek, senang je. Amik buku, pangku, bacakan. Setel. Senyap terus. Faham ke tak faham ke belakang kira. Cuma nak kenalkan dia erti minat membaca. Suka pada buku. Harapnya berkekalan la sampai besau :)))

Lagi satu yang saya perasan, Najla suka Upin Ipin! Cartoon lain termasuk SpongeBob, dia macam tak berapa nak layan (Oh sedih! Ibu sangat suka SpongeBob :D). Petang2 lepas amik dia dari umah pengasuh, dia macam nak melekat ngan saya. Maybe baru tersedar yg kena tinggal ngan ibu seharian. Hehe. So, memang kena buka TV9. Pukul 630 ada Upin Ipin. Baru la Najla diam sikit. Boleh la ibu pergi dapur masak ke angkat kain hujan jemuran ke. :P

Najla juga dah boleh merangkak sikit2. Tak berapa cekap lagi. Melunjur macam askar tuh tere la. Sampai ke dapur sana ikut ibu kenkadang tu. Aigoo~ Akak ipar dah siap2 ingatkan banyakkan baju berseluar panjang untuk Najla since dia dah pandai merangkak ni. Untuk elakkan lutut hitam. Ye ke? Hehe..Takpela, ada la alasan ibu nak shoppiinggg! Kehkehkeh

Ok itu aje :D. Petang ni ayah dia balik. Setelah seminggu berjauhan. Kesian ayah, sejak pindah Melaka ni, workload sgt dahsyat pula. Paling awal balik pun kol9 mlm. Ni ada kursus lak kat bangi. Terpaksalah kerja jugak sebab Selangor tak cuti. Huhu. Itu la kata orang, "Gain some lose some". Takpela, dah dapat duduk dekat ni pun dah bersyukur sangat :)))

Sekian.


Tuesday, March 8, 2011

Quick Update


Saje nak update sikit. Najla will turn to 6th month next week. Tapi saya dah bagi dia try-try makan. So far okay aje. Nampak semangat setiap kali suapan tiba. Hehe.

Saya sudah makan!

Her first solid food is plain bubur. Blended bubur nasi kosong + susu ibu. Saje bagi dia familiar. Habis juga semangkuk. Hehe. Seronok kasi baby makan, lagi-lagi kalau baby suka dan habis makan, kan? (walaupun bubur kosong.. kesian).

Anyway, Selamat Hari Jadi yang ke-2 tahun kpd Umar Rayyan! (cousin Najla)

Umar dah besar sekarang. Dan pandai pun. Cakap pun dah terang.
Cuma ada pelat sana sini terutama huruf 'K'. Bukak jadi butak. Hehe

Pakngah: eh, apa bau busuk ni? Umar berak eh??
Umar: Lom. Tentut je.
ekekekek :D

Semoga membesar menjadi budak yg bijak dan taat kpd mama-ayah.
Dan semoga menjadi abang yang baik kepada adik yang bakal tiba bulan November nantik. Hehe

p/s : saya akan berada di Langkawi dari Rabu-Jumaat. Presentation tak sudah. Angkut sekali Ayah dan Najla. Gerak lepas Maghrib ni, actually balik kampung kat Jitra dulu (untuk tinggalkan kereta). Besok lepas zohor, baru gerak ke jeti Kuala Perlis. Moga semua berjalan lancar


Thursday, January 27, 2011

Susu Ibu, Solat dan Anak

Assalamualaikum wbt.,

Sgt susah mencari masa utk bermanja dgn blog sendiri lately ni. Cewah. Malam lepas makan dan Najla tido, kalau takde cerita menarik kat TV saya hanya blogwalking atau facebooking saje. Kesian blog sendiri terabai. Hehe. Waktu2 lain sibuk dgn urusan kerja. Curi2 time je nih. Sekarang sdg mengusahakan 'sesuatu'. First timer lah katakan. Banyak bende tak reti.. merangkak-rangkak. Nasib baik ramai sifu bermurah hati :) Syukran~ Semoga 'sesuatu' itu membuahkan hasil..

Pagi tadi lepas habis kelas, dapat 5 bijik buah limau. Buah tangan drpd seorang student chinese. Siap berbalut cantik dalam raga lengkap dgn hiasan bunga. Malu pulak ditegur colleagues yg terserempak tgh jalan sblm smpai ke bilik. Hehe. Terima kasih student2ku yg comel :) Minggu dpn cuti 2 hari nak ke mana ye? hmmm..

Berbalik kpd tajuk :P

Susu Ibu

Alhamdulillah. Sehingga skrang, saya masih exclusively BF Najla. Perjuangan yg masih jauh. Hehe. Ini tanggungjawab ibu. Tanggungjawab utk bagi yang terbaik kepada baby, melalui khasiat susu ibu. Kadang2 dtg cabaran produk tenusu merundum. Mulalah mencari milk booster untuk tambahkan susu. Macam Dorin, saya pun ala-ala takut sikit nak mencuba pil-pil yang berada di pasaran utk tambahkan susu. Hehe. Saya lebih percaya kepada jalan 'tradisional' dalam banyak hal. Dalam kes ini saya berpegang kpd BF on demand. Kekerapan penyusuan akan lebih menambahkan hasil susu. Dan yang paling utama adalah positif. Ini saya belajar dari Kump. Ibu Menyusukan bayi di FB (terima kasih kpd Jue sbb invite aku masuk group tu :)). Banyak sgt info berguna boleh dapat kat situ pasal penyusuan ibu. Kadang2 rasa sgt kagum dgn semua mommy2 kat situ. Kebanyakannya semua bekerja sepenuh masa tapi still BF diorang smpai 2 tahun, ada juga yg lebih dari 2 tahun. Smpai 5-6 tahun pun ada. Thumbs up! :)



Ini yang terbaru sy belajar. Power pumping atau hyperstimulation. Apakah?? Secara kasar, power pumping adalah satu cara utk menambahkan susu menggunakan cara mengepam. cara mengepam mcm biasa, cuma yg beza adalah kaedah. Begini. Mulakan sesi mengepam susu seperti biasa dalam 10-15 minit pertama. Lpeas tu, rehat 10 minit, pam 10 minit lagi, lepas tu rehat 10 minit, pam lagi 10 minit. Buat sehingga cukup sejam, sehari sekali. Ini sekali sesi shj tau.. sesi lain, pam lah mcm biasa. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother's supply. Macam yg saya ckp tadi, kekerapan penyusuan akan lebih menambahkan hasil tenusu. Digalakkan bagi ibu-ibu bekerja yg agak2 minggu tu pumping session mcm bercelaru disebabkan kursus lah, kerja luar lah....kan? Tujuannya kdg2 bukan utk increase milk supply saje, tapi utk maintain. Yg penting jgn cepat putus asa dalam BF. Allah tak menjadikan sesuatu itu dgn sia-sia. Perlu usaha dan sabar. InsyaAllah! :)


Solat dan Anak

To date, Najla sudah 4M++. Alhamdulillah. Makin kuat hisap jari. Dulu hisap penumbuk, skang dah pandai hisap jari :D Dah pandai menggaru. Makin manja. Makin banyak bercakap. Makin kuat merengek. Sekarang dia dalam ‘strange anxiety’ stage. Dah kenal orang. So asyik la nak melekaaaaaatt je. Sampaikan nak capai remote bukak TV pun dia dah “ekk..”. Dah pandai meniarap. Tak suka baring. Lately ni nak tukarkan diapers pun mencabar. Letak je terus pusing. Kalau ayah yg tukarkan diapers, memang sengetlah jawabnya. Mana dan katanya. Heh. Lagi satu, dia lagi suka kalau kita dudukkan dia. Kalau dia cranky, saya dudukkan..terus senyap. Susah juga bila asyik nak kita angkat dia. Kalau ayah kerja balik lewat, tak keruan saya nak masak la nak lipat kain la. Yang utama, kalau sdg solat.

Nak cerita mengenai solat dan anak. Pernah diceritakan oleh Fizah lebih setahun yang lalu. Ketika saya masih anak dara, menjadi rujukan buat saya kini yg telah menjadi mak dara. Hehe terima kasih Fizah. Saya quote sedikit ayat dari entry beliau

"letakkanlah anak itu di mana kita boleh melihat dia dan dia juga boleh melihat kita. Kalau saya, saya memilih meletakkan anak di dalam walker. Memang kadang kala dia akan datang kepada saya dan menarik-narik telekung. Saya biarkan, semoga dia faham bahawa saya sedang solat dan tidak akan melayan dia seperti biasa. Supaya dia dapat bezakan ketika sedang solat Allah lebih utama untuk saya dahulukan dan mengaplikasikannya pula dalam kehidupan seharian."

Betul. Saya selalu letak Najla di tepi sejadah. Selalunya dia akan menangis kejap bila saya tinggalkan begitu. Biarkan, teruskan solat. Seperti kata Fizah, untuk tunjukkan Allah lebih utama untuk saya dahulukan. Sekarang Najla tak menangis dah. Dia memerhatikan saje saya solat sehingga selesai. Ini juga salah satu cara untuk mendidik anak tentang solat dan agama di usia rebung begini. Saya percaya itu. Jangan kerana anak menangis menjadikan alasan untuk kita lalai dalam solat seperti melewat-lewatkan dan sebagainya. Baca sini. Moga bermanfaat. :)

Ok, sekian dulu. Masa dah time :P


Wednesday, December 8, 2010

Kenduri Aqiqah Najla

Bismillah walhamdulillah..

Setelah seminggu bercuti dan balik kampung, bukan main banyak di-tag sana sini. Cehh mulalah perasan pemes. Muahaha.. InsyaAllah akan membalas segala tag-tag anda sekalian pada entry yg akan dtg. Sekarang ni nak kongsi ceritera sempena berlangsungnya kenduri aqiqah permata hati sulung sy, Najla Nafeesa pd hari ahad lepas. Jom!

Gambar selingan. Perjalanan jauh dari Melaka-Kedah. Najla tido aje. Hanya celik mata kalau nak menyusu. Itupun saya yg sua jugak nen memandangkan dia tak bangun2. Dia suka naik kereta agaknya. Sampai kelam kabut jadinya kalau berhenti sekejap di RnR. Hehe.
Gambar itu baru lepas menyusu najla. Tengok tu..tidur sudaa

Kenduri aqiqah ni bukan untuk Najla seorang aje. Dikongsi dengan sepupu-sepupu Najla yg juga lahir pd tahun sama, 2010. Campur Najla, empat orang kesemuanya. Tapi yang tiga lagi tu adalah si teruna. Jadi dihitung-hitung kesemuanya 7 ekor kambing (2 ekor untuk lelaki, 1ekor utk perempuan). Setelah berbincang-bincang *serius betul bunyiknya :P* kami cadang utk tumbangkan seekor lembu saje. Sebab haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan dgn 7 ekor kambing.

Haa inilah lembu aqiqah Najla. Jinak dan sihat walafiat. Hehe apa punya ulasan. Selamat diaqiqahkan buat Najla dan tiga orang sepupunya
tepat jam 10.30 pagi, hari sabtu 28 Zulhijjah 1431H
Disembelihkan oleh paklong Najla
Najla juga menyaksikan sendiri penyembelihan lembu aqiqahnya


Alhamdulillah.. selesai tanggungjawab ibu & ayah sediakan tunggangan buat Najla
Semoga si lembu jinak menjadi tunggangan yg terhebat di akhirat nanti.. :)

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

Pagi-pagi ahad tu, rumah sudah kecoh-kecoh dgn kehadiran org kampung. Siap-siap untuk masak kenduri. Kenduri adalah dibuat secara gotong-royong atau 'pakat'. Lembu yang disembelih dibuat sup (sedap marveles!), gulai dan sebahagiannya dimasak manis (ini salah satu sunat aqiqah). Lauk-lauk lain adalah ulam petai, kuah asam dan sebagainya *mcm tak igt lak apa lagi* :D. Pukul 11 pagi, bacaan Yaasin dan doa selamat bermula.


Inilah bayi-bayi yang dirai.
Dari kanan; Muhammad Mu'az. Anak kedua abang no-6. Lahir pada Mei 2010.
Sebelahnya; Muhammad Eizul Hakim. Anak ketiga kakak no-4. lahir Jun 2010. Semangaatt!
yang hujung sekali; Najla Nafeesa. Anak pertama adik no-7. Muahaha. Lahir September 2010.
Seorang lagi masih di bilik mandi ketika ini. Hehe.

Yang keempat; Ummar Rayyan. Anak ke-5 abang no-2. Baru lahir, awal November 2010. Ya, namanya serupa dgn anak menakanku yg di Putrajaya :)

Sepanjang kenduri Najla tido aje. Hehe. Dahsat betol anak dara seorang ni. Sedap agaknya tido kat kampung. Sejuk nyaman je. Orang dah balik, baru nak celik mata. Ajak menyembang-nyembang.

Menghampiri mood nak tido

Neway, Terima Kasih yg tak terhingga kpd rakan2 yg sudi datang :)

Aqiqah itu bukan adat, tetapi ibadat. Bukanlah wajib, tetapi sunat mustahab yakni sunat yang amat dituntut. Semoga majlis kenduri aqiqah ini mendapat keberkatan Allah SWT dan menghilangkan gangguan syaitan pd bayi yg dirai untuk melakukan kebaikan. Aminn..

Thursday, November 25, 2010

Najla, BF dan sebagainya

Assalamualaikum wbt.,

Cerita pasal baby lagi? Miahaha. Betul la org kata bila dah ada anak kecil kt rumah tak cukup rehat jadinya. Tapi sy enjoy! :D Memang kena pantas dan cekap membahagikan masa. Haa time ni la nak praktikkan segala ilmu dari kursus pengurusan masa (selalunya merupakan kursus "terpaksa" pergi.. muahaha). Dengan nak bangun pagi, siapkan baby, siapkan diri utk gi kerja pulak, balik nak msk lagi, berjaga malam utk susukan baby lg. Pulak dok berdua saje tanpa ayah disisi oh rindu! Tapi betullah. Badan yang sihat, otak yg cergas datangnya dari hati yg tenang (Wah dah mcm Dato Fadzilah Come-to-me lak rasanya :P). Sehingga ke hari ini sy tak rasa penat atau bosan atau rasa tak boleh nak handle..Alhamdulillah. yg penting positif! :)

BF di atas adalah bermaksud breast feeding ye kawan2, bukannya bestfriend mahupun boyfriend. Hehe. Kepada semua ibu-ibu mommy-mommy mama-mama yg masih menyusukan baby anda sehingga ke hari ini..tahniah saya ucapkan. Anda telah memberikan yg terbaik buat baby anda! :))

Dalam Al-Quran juga ada disebutkan tentang penyusuan ibu;


“…. dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Janganlah menjadikan seorang ibu menderita kerana anaknya. Dan waris-waris juga menanggung kewajipan tersebut jika si bapa tiada”
Surah Al-Baqarah :233

Hormatlah kamu kepada ibu bapa kamu yang telah bersusah (dan bertambah lemah) mengandungkan kamu dan menyusukan kamu selama 2 tahun.
Surah Lukman :14

Disini dapat dilihat Allah SWT sangat-sangat menyuruh kita menyusukan baby, malah diberi kelonggaran kpd mereka yg kurang berkemampuan. Jadi sy simpulkan penyusuan ibu adalah sgt dituntut dlm Islam dan InsyaAllah besar khasiat dan ganjaran yg menanti kelak.

Tapi, nak dpt hadiah mesti ada cabaran kan? Huhu. Sejak lebih 2 bulan sy menyusukan Najla, banyak juga cabaran yg dah dihadapi. Baru 2 bulan tu. Hehe. Dari kejadian tak reti nak latch-on, kesukaran mengepam sehinggalah kejadian bengkak susu. Kejadian ketiga adalah yg terbaru. Isnin lepas. Haiisyyhh

Mula-mula rasa mcm sengal2 je lepas tu rasa berat. Itu biasalah, kalau breast tgh penuh kan. Tapi bila pam, susu tak keluar2. Uwaa sudah pelik bin ajaib! Tp sy teruskan mengepam bagi stimulate dgn harapan susu akan keluar jgk nanti. Tapi, nan ado! Rasa dah tak tertahan sudah.. seperti ada satu batu besar sana duduk! Akhirnya, sy bertanya pada Encik google..

Katanya; kejadian ini mungkin disebabkan oleh kesilapan pelekapan atau penghasilan susu yang berlebihan. Sbg cth kebiasaannya sy menyusukan anak adalah sebanyak 4oz sebelah breast setiap hari. Tapi pd suatu hari yg tak berapa nak indah T____T, Najla hanya minum 3oz atau kurang. jadi ada 1oz berbaki di breast. Maksudnya breast tak kosong habis slps feeding. Perkara ini berulang2 utk 3-4hri dan menyebabkan berlakunya "mendapan" di pangkal breast. Mendapan ini tidak akan keluar walopun susu di pam atau baby hisap, sebaliknya yg keluar hanyalah susu di hujung breast. Ini sudah masuk fasa bengkak degil takmau surut!

Sebaik2nya apabila baby menyusu tak sehingga kempis, anda perlu mengepam breast sehingga kosong. Jika tidak, jadilah spt sy. Muahaha. Apa yg perlu dilakukan adalah tuam dengan kain suam urut² breast dan perah – dengan tangan sahaja! Jangan guna pam kerana pam akan memaksa kelenjar susu di depan mengeluarkan susu atau menghasilkan susu baru sedangkan saya seharusnya mengeluarkan susu yg dipangkal breast. Alhamdulillah, ptg tu bengkak sudah surut.

Selepas habis pantang haritu, sy hanya manage utk simpan stok sebanyak 42 botol. Stiapnya berisi 3.5-4 oz. Boleh dikatakan sikit la berbanding otai2 BF yang boleh kumpul stok 100++ lepas habis pantang. Tapi, ok lah kan dari takde langsung. Huhu. Makcik budak baru belajar :P My pumping session kat office bermula as soon as I arrived. Sebab kebiasaan before hantar Najla kat rumah pengasuh, saya susukan dia dulu. 2nd session adalah waktu rehat tengahri. Dalam pukul 1. Kemudian yang terakhir adalah dalam pukul4 ptg. So setiap hari di office sahaja boleh dapat dalam 15-20 oz.

Slps pumping session pagi tadi
Serasa mahu saja ku upgrade ke double-pumping. Boleh tak, ayah? :P

Ok la kot. Not bad kan for a beginner like me. Hahaha puji diri sendiri boleh. Muahaha. Bukan senang tau! Tapi lama-lama biasa la kot kan. Mula-mula je rasa macam leceh dan kabut. Hehe. Once dah dapat rhythm pasti senang. Chaiyok! Chaiyok! :P

Ok, seperti biasa untuk pentutup entry: wajah kesayangan ibu.


Oh rindu sudah!

Friday, November 12, 2010

Back on track

Assalamualaikum wbt,

Wah pagi2 sudah apdet blog. Hehe. Sebenarnya sedang mengemas beg. Bosan pula melipat baju2 yg banyak itu. Rehat kejap. Kejap je.

Sedar tak sedar sudah hampir 60hari. Huwaa cepat sungguh masa berlalu. Minggu depan dah nak masuk keje dah. Segala urat-urat M kena buang jauh2..banyak kerja bertimbun kat ofis sana. Student pulak baru lepas abis exam, bertimbunlah jg paper menanti utk dimarking. Ditambah dengan segala research, paperwork malahan tesis yg habis diconteng arang pen merah menanti utk di-correct-kan, langsung dilupakan sudah. Huhu harus bingkas bangun! Gentlemen, start your engine!

Besok akan pulang ke Melaka. Set up apa2 yg patut. Rumah sana pun lama dah ditinggalkan, ntahapajadintah. Ayah orang yg paling sedih, nak tinggalkan Najla. Ibu tak ape, selalu dah kena tinggal ngan ayah *ceh ayat sedih :D* . Jangan risau ayah, kitakan ada 3g. Eheh. Neway, agak lega telah jumpa pengasuh yg dicari. Sebelah rumah aje. Wahh kemain survey smpai Bukit Katil sana..padahal akak sebelah rumah je. Ces. Alhamdulillah, takdelah kalut sangat pagi2. 'Campak' saje Najla ke pagar sebelah. Hehe. Nama pengasuh Najla adalah Kak Eda. Sekarang sedang buat preparation untuk tinggalkan Najla dengan pengasuhnya. Almaklum 1st time tak bersama ngn ibu. Risau juga. Alhamdulillah juga Kak Eda takde masalah nak handle EBM. Berpengalaman. :))) Seribu kali lega.

Najla sudah nak masuk 2 bulan. Pejam celik pejam celik je. Cepat betul. Rasa baru semalam dok puuusshh kat labor room. Haha. Nah ibu tempekkan gambar Najla. Sedikit sebanyak. Ragam-ragam Najla. Hehe.

Muka happy. Senang hati.

Baru lepas mandi. Cepat bu, teejuukkk~!

Baru lepas minum. Kekenyangan. Burp. Syiok..terus tido atas bahu ibu.

Ok, sudah. Sambung kemas beg.

Wednesday, September 29, 2010

One of the best experiences in life!

Asm. wbt. Haa, baru ada kesempatan nak menghapdet blog. Cewahh. Bukan takde kesempatan masa..takde kesempatan mood saje. Heheh..Entry kali ni adalah berkisar psl birth story haritu. :)

Bila org bercakap psl beranak atau bersalin ke, kita mesti imagine yg ngeri2. Sakit yg TERpaling sakit. Huhu. Setelah dri sendiri m'alami proses bersalin tu, sakit tu mmg sakit..tp sgt indah utk ingat balik 'sakit' tu. Serious..the best experience! Jadi, mari mengandung dan beranak lagi! (?!) Hohoho OK, berbalik kpd birth story.

Semuanya bermula pd 14 September, Selasa dalam pukul 9mlm. Time tuh sdg beristirehat bersama keluarga menengok Spiderman 3. Heheh. Tetibe rasa sakit. Sakit macam nk peod ada, rasa nak tercirit pun ada. Since this is first time, sy sndr xsure if I was in labor atau hanya false alarm. So, sy pun track the contraction. Sakit je tgk jam, sakit je tgk jam. Masa tu contraction dlm 15-20 mnt. Baru teringat beg satu hape tak packing lagi. Ngehngeh..after done packing, sambung tengok Spiderman 3. Tak lama pastu, rasa sakit contraction dah ilang. Sedikit hampa la time tuh sbb mcm dah semangat nak jumper si comel kan. Huhu, masuk tido dlm kol12 mlm.

Dlm plus minus 4pg, contraction tu dtg lg. Kali ni lebih kuat sakitnya dan lebih kerap. Selang 5-10mnt. Ok, masa tu dlm hati "Aku dah nak beranak nih..sempat ke nak gi Bangi?" Hahaha. Masa tu hubby baru nak lelap slps berjaga menengok bola. Hubby kata kita tunggu smpai pagi, kalau sakit sgt lagi, kita gi hospital. Ok. Mata takleh lelap sbb sgt sakit. Sy smpt bc Surah Maryam sementara menunggu pg. After Subuh, sakit still tak ilang. So, hubby decide utk twos pegi Annur pagi tu.

Before pegi, smpt aku jamah Nasi Lemak Mak buat. 2 pinggan. Tapi tanpa sambal. Apakah?? Entah kenapa taklalu tgk sambal.. Hubby siap buat lawak sakit hati "Woh rogi wohh..ntah2 ni last dpt makan best2 before pantang" Cisss..

Sampai hospital dalam kol9. Nurse terus bwk sy masuk labor room. Dia check bukaan. Dah 4 cm! Ok, cuak sudah +___+ Pastu Nurse monitor baby's heart rate. Semuanya ok. "Skang kita tunggu Doc naik, ramai patient kat klinik harini", kata Nurse. Nurse juga tanya kot2 kalau sy nak epidural. Masih boleh bertahan, jd sy geleng-geleng. :P

Dlm 10-15mnt, Dr. Anita masuk labor room (Suppose my O&G adalah Dr.Fatimah, tapi beliau masih bercuti hari raya..Ciss). Dr.Anita pecahkan air ketuban utk cepatkan proses bersalin. Lepas je air ketuban dipecahkan, sakit semakin kuat. Subhanallah!! Tak dpt digambarkan sakitnya. Hubby ajak berzikir sama, dalam hati sy ikut. Sumpah tak bermaya. Air ketuban mencurah2 keluar. Rasanya tak lama lps tu dh terlelap kot. :P

Dlm kol12 tghr, terjaga. Super strong contraction! Sgt sakit. Rasa mcm sudah tumpas. Sy pndg muka hubby dan membuat drama swasta sekejap. Mintak maaf segala salam-salam cium-cium . Hubby tanya nak epidural tak? Sy angguk perlahan (sbb mcm tak tahan!). Hubby pun paggil Nurse. Nurse check bukaan. Sudah 9cm! Tak boleh amik epidural lagi. Ok, sudah tak kisah psl epidural ke ape ke..sudah semakin hampir! It was really happening! Cuak +___+

Nurse siapkan segala senjata utk keluarkan baby. Cuak lagi +___+ The next thing yg sy ingat adalah sy sdg push..push..push! Sekejap2 terasa hubby pegang kepala dan usap rmbut. Pastu terdgr suara Nurse "1...2...3..Puuuussshhhh.. pandai dia push, dh nmpak kepala baby tu". Nafas terasa sgt pendek. Dkt sejam lebih jugak proses pushh tersebut berjalan. Huh Huh Huh

Alhamdulillah. Pd pukul 1.12 ptg, my baby girl was born.

Najla Nafeesa slps diiqamatkan oleh ayah.

What a relief! Alhamdulillah. Segalanya normal. Berkat doa spnjang bulan Ramadhan kot. Sy tak putus2 minta dipermudahkan proses bersalin. Terima Kasih Ya Allah! :)

Keesokan harinya, sy dan baby Najla dah boleh keluar wad. Terima kasih lagi skali kpd sumer for the wish dan hadiah2 yg comel2 itew. Hehe

I now feel complete. Our new life begins :))))

Saturday, September 18, 2010

A Bundle of Joy!

Assalamualaikum wbt..
Salam Aidilfitri..Salam 1Malaysia..Salam semuanya :)))))

Alhamdulillah..si comel ini selamat dilahirkan pada 15 September 2010 (6 Syawal) pukul 1.12 ptg di Hospital Pakar AnNur Bangi.


Cerita pasal delivery akan disambung nanti. Skang ni sy berada di rumah mak di Shah Alam sedang berpantang-larang. Heheh.. Terima Kasih kepada sumer kengkawan yg dtg melawat di hospital dan di rumah. Perasaan sy ketika ini adalah sgt gembira. dan sgt enjoy ber-breast-feeding! Hiiiii.. Terima Kasih kepada Kak Sarah utk entry yg sgt useful ini.. :))) dan juga rakan2 blogger @ ibu2 BF lain terutamanya ibu imaan. Heheh.. Suke!

Ok, sehingga bertemu lagi nantik di entry yg lain!

Op lupa..si comel ini kami namakan
Najla Nafeesa. Najla bermaksud bright/wide/beautiful eyes. Nafeesa pula maksudnya yang amat bernilai. Here we goes..si mata yang cantik dan amat bernilai. Moga menjadi anak yang baik dan solehah. Aminn

p/s : mcm kene tukar je tema kaler blog ni. eheh