Thursday, November 25, 2010

Najla, BF dan sebagainya

Assalamualaikum wbt.,

Cerita pasal baby lagi? Miahaha. Betul la org kata bila dah ada anak kecil kt rumah tak cukup rehat jadinya. Tapi sy enjoy! :D Memang kena pantas dan cekap membahagikan masa. Haa time ni la nak praktikkan segala ilmu dari kursus pengurusan masa (selalunya merupakan kursus "terpaksa" pergi.. muahaha). Dengan nak bangun pagi, siapkan baby, siapkan diri utk gi kerja pulak, balik nak msk lagi, berjaga malam utk susukan baby lg. Pulak dok berdua saje tanpa ayah disisi oh rindu! Tapi betullah. Badan yang sihat, otak yg cergas datangnya dari hati yg tenang (Wah dah mcm Dato Fadzilah Come-to-me lak rasanya :P). Sehingga ke hari ini sy tak rasa penat atau bosan atau rasa tak boleh nak handle..Alhamdulillah. yg penting positif! :)

BF di atas adalah bermaksud breast feeding ye kawan2, bukannya bestfriend mahupun boyfriend. Hehe. Kepada semua ibu-ibu mommy-mommy mama-mama yg masih menyusukan baby anda sehingga ke hari ini..tahniah saya ucapkan. Anda telah memberikan yg terbaik buat baby anda! :))

Dalam Al-Quran juga ada disebutkan tentang penyusuan ibu;


“…. dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Janganlah menjadikan seorang ibu menderita kerana anaknya. Dan waris-waris juga menanggung kewajipan tersebut jika si bapa tiada”
Surah Al-Baqarah :233

Hormatlah kamu kepada ibu bapa kamu yang telah bersusah (dan bertambah lemah) mengandungkan kamu dan menyusukan kamu selama 2 tahun.
Surah Lukman :14

Disini dapat dilihat Allah SWT sangat-sangat menyuruh kita menyusukan baby, malah diberi kelonggaran kpd mereka yg kurang berkemampuan. Jadi sy simpulkan penyusuan ibu adalah sgt dituntut dlm Islam dan InsyaAllah besar khasiat dan ganjaran yg menanti kelak.

Tapi, nak dpt hadiah mesti ada cabaran kan? Huhu. Sejak lebih 2 bulan sy menyusukan Najla, banyak juga cabaran yg dah dihadapi. Baru 2 bulan tu. Hehe. Dari kejadian tak reti nak latch-on, kesukaran mengepam sehinggalah kejadian bengkak susu. Kejadian ketiga adalah yg terbaru. Isnin lepas. Haiisyyhh

Mula-mula rasa mcm sengal2 je lepas tu rasa berat. Itu biasalah, kalau breast tgh penuh kan. Tapi bila pam, susu tak keluar2. Uwaa sudah pelik bin ajaib! Tp sy teruskan mengepam bagi stimulate dgn harapan susu akan keluar jgk nanti. Tapi, nan ado! Rasa dah tak tertahan sudah.. seperti ada satu batu besar sana duduk! Akhirnya, sy bertanya pada Encik google..

Katanya; kejadian ini mungkin disebabkan oleh kesilapan pelekapan atau penghasilan susu yang berlebihan. Sbg cth kebiasaannya sy menyusukan anak adalah sebanyak 4oz sebelah breast setiap hari. Tapi pd suatu hari yg tak berapa nak indah T____T, Najla hanya minum 3oz atau kurang. jadi ada 1oz berbaki di breast. Maksudnya breast tak kosong habis slps feeding. Perkara ini berulang2 utk 3-4hri dan menyebabkan berlakunya "mendapan" di pangkal breast. Mendapan ini tidak akan keluar walopun susu di pam atau baby hisap, sebaliknya yg keluar hanyalah susu di hujung breast. Ini sudah masuk fasa bengkak degil takmau surut!

Sebaik2nya apabila baby menyusu tak sehingga kempis, anda perlu mengepam breast sehingga kosong. Jika tidak, jadilah spt sy. Muahaha. Apa yg perlu dilakukan adalah tuam dengan kain suam urut² breast dan perah – dengan tangan sahaja! Jangan guna pam kerana pam akan memaksa kelenjar susu di depan mengeluarkan susu atau menghasilkan susu baru sedangkan saya seharusnya mengeluarkan susu yg dipangkal breast. Alhamdulillah, ptg tu bengkak sudah surut.

Selepas habis pantang haritu, sy hanya manage utk simpan stok sebanyak 42 botol. Stiapnya berisi 3.5-4 oz. Boleh dikatakan sikit la berbanding otai2 BF yang boleh kumpul stok 100++ lepas habis pantang. Tapi, ok lah kan dari takde langsung. Huhu. Makcik budak baru belajar :P My pumping session kat office bermula as soon as I arrived. Sebab kebiasaan before hantar Najla kat rumah pengasuh, saya susukan dia dulu. 2nd session adalah waktu rehat tengahri. Dalam pukul 1. Kemudian yang terakhir adalah dalam pukul4 ptg. So setiap hari di office sahaja boleh dapat dalam 15-20 oz.

Slps pumping session pagi tadi
Serasa mahu saja ku upgrade ke double-pumping. Boleh tak, ayah? :P

Ok la kot. Not bad kan for a beginner like me. Hahaha puji diri sendiri boleh. Muahaha. Bukan senang tau! Tapi lama-lama biasa la kot kan. Mula-mula je rasa macam leceh dan kabut. Hehe. Once dah dapat rhythm pasti senang. Chaiyok! Chaiyok! :P

Ok, seperti biasa untuk pentutup entry: wajah kesayangan ibu.


Oh rindu sudah!

8 comments:

Fatima Saiful said...

heheh...upgrade laa ibu~cepat sikit.lgpun dulu aku kalo pam kiri, kanan bocor suda..so, baik dikeluarkan both side;).baru tmbh rm70(ms aku beli dulu sekali ngn pam tmbh rm50 je)...
bagus2 sehari dpt 20oz..stok 42botol tuh pon it's a good start.tahniah mawar!!!tak reti nk tmbh lebey2 sebab saye tak berjaye BF sampai 2thn..:(

Imaan09 said...

tahniah mawar..keep it up!

sisanizu said...

gud gud mawar.semoga berjaya..oh tabahnya dua beranak tanpa ayah :p

FARHANA said...

gud mawar..tiap hari aku nk tau cite hot mummy ni......semoga berjaya!

UmmiUmmarMuaz said...

berdua saja?saya sgt kagum!

eenasuzira abdullah said...

banyak mawar.ena dua belah baru dapat 4-5oz.any petua nak share?plss

dorin said...

mawar, tgk beg pump tu mcm beli pakej?? tak ek? sbb ms aku beli pakej dulu mmg dah siap dpt set utk buat double pumping..kalau najla minum tak byk sempat je nk buat stok nnt..hehe..kalau mcm anak aku..5botolx4oz +3 botolx3oz tetiap hari memang tak sempat dh nk buat frozen..huhu..berjuang+berdoa je la utk lagi sebulan stgh...

yati said...

hoh mawar..yt bru jadi mcm ni mlm td..sampai skrg x surut..sakitnye nk urut dgn tgn sndiri xtau..cemane nk wat ni hadeish