Thursday, January 27, 2011

Susu Ibu, Solat dan Anak

Assalamualaikum wbt.,

Sgt susah mencari masa utk bermanja dgn blog sendiri lately ni. Cewah. Malam lepas makan dan Najla tido, kalau takde cerita menarik kat TV saya hanya blogwalking atau facebooking saje. Kesian blog sendiri terabai. Hehe. Waktu2 lain sibuk dgn urusan kerja. Curi2 time je nih. Sekarang sdg mengusahakan 'sesuatu'. First timer lah katakan. Banyak bende tak reti.. merangkak-rangkak. Nasib baik ramai sifu bermurah hati :) Syukran~ Semoga 'sesuatu' itu membuahkan hasil..

Pagi tadi lepas habis kelas, dapat 5 bijik buah limau. Buah tangan drpd seorang student chinese. Siap berbalut cantik dalam raga lengkap dgn hiasan bunga. Malu pulak ditegur colleagues yg terserempak tgh jalan sblm smpai ke bilik. Hehe. Terima kasih student2ku yg comel :) Minggu dpn cuti 2 hari nak ke mana ye? hmmm..

Berbalik kpd tajuk :P

Susu Ibu

Alhamdulillah. Sehingga skrang, saya masih exclusively BF Najla. Perjuangan yg masih jauh. Hehe. Ini tanggungjawab ibu. Tanggungjawab utk bagi yang terbaik kepada baby, melalui khasiat susu ibu. Kadang2 dtg cabaran produk tenusu merundum. Mulalah mencari milk booster untuk tambahkan susu. Macam Dorin, saya pun ala-ala takut sikit nak mencuba pil-pil yang berada di pasaran utk tambahkan susu. Hehe. Saya lebih percaya kepada jalan 'tradisional' dalam banyak hal. Dalam kes ini saya berpegang kpd BF on demand. Kekerapan penyusuan akan lebih menambahkan hasil susu. Dan yang paling utama adalah positif. Ini saya belajar dari Kump. Ibu Menyusukan bayi di FB (terima kasih kpd Jue sbb invite aku masuk group tu :)). Banyak sgt info berguna boleh dapat kat situ pasal penyusuan ibu. Kadang2 rasa sgt kagum dgn semua mommy2 kat situ. Kebanyakannya semua bekerja sepenuh masa tapi still BF diorang smpai 2 tahun, ada juga yg lebih dari 2 tahun. Smpai 5-6 tahun pun ada. Thumbs up! :)



Ini yang terbaru sy belajar. Power pumping atau hyperstimulation. Apakah?? Secara kasar, power pumping adalah satu cara utk menambahkan susu menggunakan cara mengepam. cara mengepam mcm biasa, cuma yg beza adalah kaedah. Begini. Mulakan sesi mengepam susu seperti biasa dalam 10-15 minit pertama. Lpeas tu, rehat 10 minit, pam 10 minit lagi, lepas tu rehat 10 minit, pam lagi 10 minit. Buat sehingga cukup sejam, sehari sekali. Ini sekali sesi shj tau.. sesi lain, pam lah mcm biasa. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother's supply. Macam yg saya ckp tadi, kekerapan penyusuan akan lebih menambahkan hasil tenusu. Digalakkan bagi ibu-ibu bekerja yg agak2 minggu tu pumping session mcm bercelaru disebabkan kursus lah, kerja luar lah....kan? Tujuannya kdg2 bukan utk increase milk supply saje, tapi utk maintain. Yg penting jgn cepat putus asa dalam BF. Allah tak menjadikan sesuatu itu dgn sia-sia. Perlu usaha dan sabar. InsyaAllah! :)


Solat dan Anak

To date, Najla sudah 4M++. Alhamdulillah. Makin kuat hisap jari. Dulu hisap penumbuk, skang dah pandai hisap jari :D Dah pandai menggaru. Makin manja. Makin banyak bercakap. Makin kuat merengek. Sekarang dia dalam ‘strange anxiety’ stage. Dah kenal orang. So asyik la nak melekaaaaaatt je. Sampaikan nak capai remote bukak TV pun dia dah “ekk..”. Dah pandai meniarap. Tak suka baring. Lately ni nak tukarkan diapers pun mencabar. Letak je terus pusing. Kalau ayah yg tukarkan diapers, memang sengetlah jawabnya. Mana dan katanya. Heh. Lagi satu, dia lagi suka kalau kita dudukkan dia. Kalau dia cranky, saya dudukkan..terus senyap. Susah juga bila asyik nak kita angkat dia. Kalau ayah kerja balik lewat, tak keruan saya nak masak la nak lipat kain la. Yang utama, kalau sdg solat.

Nak cerita mengenai solat dan anak. Pernah diceritakan oleh Fizah lebih setahun yang lalu. Ketika saya masih anak dara, menjadi rujukan buat saya kini yg telah menjadi mak dara. Hehe terima kasih Fizah. Saya quote sedikit ayat dari entry beliau

"letakkanlah anak itu di mana kita boleh melihat dia dan dia juga boleh melihat kita. Kalau saya, saya memilih meletakkan anak di dalam walker. Memang kadang kala dia akan datang kepada saya dan menarik-narik telekung. Saya biarkan, semoga dia faham bahawa saya sedang solat dan tidak akan melayan dia seperti biasa. Supaya dia dapat bezakan ketika sedang solat Allah lebih utama untuk saya dahulukan dan mengaplikasikannya pula dalam kehidupan seharian."

Betul. Saya selalu letak Najla di tepi sejadah. Selalunya dia akan menangis kejap bila saya tinggalkan begitu. Biarkan, teruskan solat. Seperti kata Fizah, untuk tunjukkan Allah lebih utama untuk saya dahulukan. Sekarang Najla tak menangis dah. Dia memerhatikan saje saya solat sehingga selesai. Ini juga salah satu cara untuk mendidik anak tentang solat dan agama di usia rebung begini. Saya percaya itu. Jangan kerana anak menangis menjadikan alasan untuk kita lalai dalam solat seperti melewat-lewatkan dan sebagainya. Baca sini. Moga bermanfaat. :)

Ok, sekian dulu. Masa dah time :P


5 comments:

Fatima Saiful said...

heheh...suke tgk gmbr najla yg last!;)...anyway, cakap pasal ank dan solat...teringt arituh mase kat JB, Din demam...so, die rehatjer. Aku tengah solat..dtg si Aqil berdiri depan aku tengah solat...waktu berdiri aku ok lagi..die dok cakap2 ape ntah...time aku rukuk...selambe die main2 hidung laa, dagu..(sambil bgtahu..HIDUNG,DAGU)...mak aih!!siyes aku tak tahan!!aku tergelak....abeh solat aku..uwaaa~!!so, kesimpulan aku...time mcm Najla bolehlaa kot nk letak sebelah..kalo da bole berjalan aku rs kene alternatif lain laa...any idea?hermmmm~

dorin said...

haha..lawak la take..kalau aku pon tak tahan nak gelak..
mawar...ape kah 'sesuatu' itu?? hahaha..sebok menjebon nak tau jugak...mmg betul pn bila dh pandai meniarap lagi mencabar nk pki kan diapers..hihi

mawar said...

take:hehe..comey aqil. leh bayang dia dok "hidung...dagu"..hehehe. kalu dlm kes gitu, maybe sblm solat ko ralitkan dia ngn bende len la kot.. ataupun..thn gelak. kusyuuukkk :P

dorin:mmg jebon :P kalau 'sesuatu' itu berjaya..insyaAllah akan diceritakan disini. hehe.. ala, psl kije la.. kalu ko tau kot kang..mesti macam.. "ala, bosan.." ~ :P

syuhaila binti mustafa said...

akak mawar: sy kn seorg yg pemalu :)
ala, darwish tak leh meniarap pon susah gk nk pakai kn diapers..huhu..lasak toi ank teruna ini!!!

armouris said...

info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi