Ini yang terbaru sy belajar. Power pumping atau hyperstimulation. Apakah?? Secara kasar, power pumping adalah satu cara utk menambahkan susu menggunakan cara mengepam. cara mengepam mcm biasa, cuma yg beza adalah kaedah. Begini. Mulakan sesi mengepam susu seperti biasa dalam 10-15 minit pertama. Lpeas tu, rehat 10 minit, pam 10 minit lagi, lepas tu rehat 10 minit, pam lagi 10 minit. Buat sehingga cukup sejam, sehari sekali. Ini sekali sesi shj tau.. sesi lain, pam lah mcm biasa. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother's supply. Macam yg saya ckp tadi, kekerapan penyusuan akan lebih menambahkan hasil tenusu. Digalakkan bagi ibu-ibu bekerja yg agak2 minggu tu pumping session mcm bercelaru disebabkan kursus lah, kerja luar lah....kan? Tujuannya kdg2 bukan utk increase milk supply saje, tapi utk maintain. Yg penting jgn cepat putus asa dalam BF. Allah tak menjadikan sesuatu itu dgn sia-sia. Perlu usaha dan sabar. InsyaAllah! :)
To date, Najla sudah 4M++. Alhamdulillah. Makin kuat hisap jari. Dulu hisap penumbuk, skang dah pandai hisap jari :D Dah pandai menggaru. Makin manja. Makin banyak bercakap. Makin kuat merengek. Sekarang dia dalam ‘strange anxiety’ stage. Dah kenal orang. So asyik la nak melekaaaaaatt je. Sampaikan nak capai remote bukak TV pun dia dah “ekk..”. Dah pandai meniarap. Tak suka baring. Lately ni nak tukarkan diapers pun mencabar. Letak je terus pusing. Kalau ayah yg tukarkan diapers, memang sengetlah jawabnya. Mana dan katanya. Heh. Lagi satu, dia lagi suka kalau kita dudukkan dia. Kalau dia cranky, saya dudukkan..terus senyap. Susah juga bila asyik nak kita angkat dia. Kalau ayah kerja balik lewat, tak keruan saya nak masak la nak lipat kain la. Yang utama, kalau sdg solat.
Nak cerita mengenai solat dan anak. Pernah diceritakan oleh Fizah lebih setahun yang lalu. Ketika saya masih anak dara, menjadi rujukan buat saya kini yg telah menjadi mak dara. Hehe terima kasih Fizah. Saya quote sedikit ayat dari entry beliau
"letakkanlah anak itu di mana kita boleh melihat dia dan dia juga boleh melihat kita. Kalau saya, saya memilih meletakkan anak di dalam walker. Memang kadang kala dia akan datang kepada saya dan menarik-narik telekung. Saya biarkan, semoga dia faham bahawa saya sedang solat dan tidak akan melayan dia seperti biasa. Supaya dia dapat bezakan ketika sedang solat Allah lebih utama untuk saya dahulukan dan mengaplikasikannya pula dalam kehidupan seharian."
Betul. Saya selalu letak Najla di tepi sejadah. Selalunya dia akan menangis kejap bila saya tinggalkan begitu. Biarkan, teruskan solat. Seperti kata Fizah, untuk tunjukkan Allah lebih utama untuk saya dahulukan. Sekarang Najla tak menangis dah. Dia memerhatikan saje saya solat sehingga selesai. Ini juga salah satu cara untuk mendidik anak tentang solat dan agama di usia rebung begini. Saya percaya itu. Jangan kerana anak menangis menjadikan alasan untuk kita lalai dalam solat seperti melewat-lewatkan dan sebagainya. Baca sini. Moga bermanfaat. :)
Ok, sekian dulu. Masa dah time :P
4 comments:
heheh...suke tgk gmbr najla yg last!;)...anyway, cakap pasal ank dan solat...teringt arituh mase kat JB, Din demam...so, die rehatjer. Aku tengah solat..dtg si Aqil berdiri depan aku tengah solat...waktu berdiri aku ok lagi..die dok cakap2 ape ntah...time aku rukuk...selambe die main2 hidung laa, dagu..(sambil bgtahu..HIDUNG,DAGU)...mak aih!!siyes aku tak tahan!!aku tergelak....abeh solat aku..uwaaa~!!so, kesimpulan aku...time mcm Najla bolehlaa kot nk letak sebelah..kalo da bole berjalan aku rs kene alternatif lain laa...any idea?hermmmm~
haha..lawak la take..kalau aku pon tak tahan nak gelak..
mawar...ape kah 'sesuatu' itu?? hahaha..sebok menjebon nak tau jugak...mmg betul pn bila dh pandai meniarap lagi mencabar nk pki kan diapers..hihi
take:hehe..comey aqil. leh bayang dia dok "hidung...dagu"..hehehe. kalu dlm kes gitu, maybe sblm solat ko ralitkan dia ngn bende len la kot.. ataupun..thn gelak. kusyuuukkk :P
dorin:mmg jebon :P kalau 'sesuatu' itu berjaya..insyaAllah akan diceritakan disini. hehe.. ala, psl kije la.. kalu ko tau kot kang..mesti macam.. "ala, bosan.." ~ :P
akak mawar: sy kn seorg yg pemalu :)
ala, darwish tak leh meniarap pon susah gk nk pakai kn diapers..huhu..lasak toi ank teruna ini!!!
Post a Comment