Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

cerita pukal lagi ^__^


Assalamualaikum wbt.,

Lama betul rasanya tak log in blog sendiri. Nasib baik tak lupa password :P

Hampir 2 bulan menyepi dari blogging, banyak mende la nak update kononnya ni. Haha. Tapi, sungguh.. banyak betul kejadian2 yang terjadi tak sempat nak luah kat blog. Eceh

1. Aidilfitri
Ok. Basi. Dah habis Syawal pun :P Skip la ye

2. Besday anakanda sulung

Haha macam dah ada anakanda kedua la pulak. kuikui. Birthday yang ke-satu anakanda Najla Nafeesa pada 15 September haritu. Tiada sambutan apa2 pun. Cuma, ayah bagi ibu duit untuk beli kek Secret Recipe kegemaran ibu. Hahahah sangat tak fair ^___^ Untuk hadiah harijadi, Ibu belikan buku kisah-kisah Nabi (Ok, Ibu memang tak fun, asyik bukuuuu je~! :P) Ayah kata nak belikan basikal untuk Najla, tapi sampai skang tak nampak2 pun lagi. Hahahah, jgn riso Najla..nanti Ibu tuntut oke! :D




Buat anakanda tersayang : Selamat hari jadi yang pertama. Semoga membesar jadi anak yang baik, solehah, sihat2 selalu, dengar ckp ibu ngan ayah, jadi anak yg cerdas, cergas dan bijak! ^___^

Budak mengada nak tarik2 rambut ibu. Adeh letey~!

Sedikit perkembangan. Beliau sudah boleh berjalan sekarang. Maka sudah semakin panjang langkahnya mengekor saya ^_____^ Selain sudah ada kaki, mulut beliau juga sudah semakin riuh! Gigi ada 8 kesemuanya, 4 atas 4 bawah. Belum pandai erti gosok gigi. Setiap kali sua berus gigi, dia akan gigit. ingat kita nak bagi makan. Haiyaa

Sempena masuk setahun ni juga, saya dah hantar beliau ke Taska. Sebelum ni hanya di rumah pengasuh. Saja nak biasakan beliau dengan ramai orang. Bertambah lah juga kawan2 :) Sahabat Najla di Taska namanya Nabila. Mereka berdua sangat macam kembar, sebab sama2 kecil dan berambut haluusss. Mengikut kata mualimah (cikgu), pergi kemana sahaja nak berdua. Hihi

3. Hari konvokesyen Ibu

Usaha bertahun2, akhirnya konvo juga :P Alhamdulillah. Ok lah, gambar-gambar..

Geng Angkasa! Yah!

With the love of my life. Thanks a lot!

Bak kata Fizah, gambar wajib ada. Bersama supervisor yang supportive dan sporting! *Cilok gambar hang Fizah!


Saja letak gambar bagi flashback :P Draf-draf tesis saya yang entah berapa kali di conteng-conteng, diperbetul, dirombak dengan dahsyat sebelum di edit semula menjadi 7 ketul hard cover yang berharga. Hahaha exaggerate lebih. Tapi, sungguh saya puas hati. Sekarang boleh berangan untuk PhD ^___^

4. Pindah rumah


Kira-kira dah seminggu lebih kami berpindah ke rumah baru di Bukit Katil. Masih kelam kabut. Masih banyak box2 tak punggah lagi. Sikit-sikit. Astro baru pasang kelmarin, tunggu streamyx pula masuk nanti. Takpe, sikit-sikit. Najla pun masih blur dan tak familiar. Kalau tak nampak Ibu depan mata, dia tahu jerit saje. Kalau kat rumah lama, memang dia akan cari sendiri. Takpe, sikit-sikit :D

InsyaAllah, kalau ada rezeki saya panggil kawan2 untuk makan2 ye! :)

Ini koleksi novel zaman tok kadok saya. Dalam perkiraan. Samada mahu bagi orang, letak kat library UTeM...atau jual. Sayaaannggnyeerr T_____T Tapi dah banyak sangat smpai tak muat almari. Nak tambah almari, memang tak la kan. Hahahah

Nanti2 lah kalau rajin saya sambung cerita pasal rumah :P

5. Irfan Hariss

Kelahiran si comel pada 23 Ogos yang lepas. Heheheh Imah dah nak habis pantang baru nak update dalam blog. Muihihihi. Imah pun dua kali lima jugak. Blog sampai bersawang-sawang tak reti nak update. Hahahah. Btw, Tahniah Imah for ur new born baby! InsyaAllah jumpe weekend nih :)

Irfan Hariss selepas seminggu dilahirkan. Sekarang mesti dah lain sikit

Oh ya, Irfan lahir pada tarikh yang sama dengan suami saya! :) Happy birthday Ayah. Tahun ni takde hadiah eh sebab besday ibu haritu tak dapat pape pun. Hahahaha


Ok, itu saja. Sekian dulu.

Jumpa lagi di entry yang entah bila la pulak agaknya :D

Tuesday, January 11, 2011

Cerita pelbagai

Bismillah walhamdulillah

Pertama. Sgt lega tujuh ketul itu sudah berada di tgn CheWah (org kuat fakulti yg uruskan hal2 siswazah itu lah). Walaupun pd awalnya berlaku sedikit salah faham dengan PPS mengenai yuran. Saya mahu mencadangkan pd PPS; anda perlu buat satu flow-diagram yg jelas psl proses menghantar tesis segala (mungkin spt yang ditulis oleh Kak Sarah) atau mungkin explanation psl hidden-hidden perkara yg complicated itu. takdelah setiap kali kemusykilan dtg, nak kena telefon PPS yang maha selalu tak angkat call itu. Atau mungkin org2 PPS perlu mengikuti Kursus Pengurusan Emosi. atau mungkin saya juga perlu masuk kursus tersebut. Ha ha ha &%#%^@! Sekarang adalah dlm mode waiting. Saya harap sy dapat menempuh 'hari besar' itu dgn cemerlang! Ya Allah, permudahkan segala urusan..

Walaupun begitu, masih ada saki baki kerja yg belum beres lagi, iaitu Jurnal. Sy ada satu result yang saya tak pernah hantar ke mana-mana jurnal atau konferen lagi. Sebenarnya, tak berapa konfiden dgn result itu walaupun supervisor saya, Dr.B selalu cakap "good work, mawar". Haihh. Perlu masa utk merangka jalan ceritanya. Dr.B sgt mementingkan flow cerita hokeh. Tesis sy sudah berapa kali dirombak dgn dahsyat hanya kerana flow cerita. Tapi saya suka, sbb saya jadi faham dgn hebat (Apekah, sendiri tulis sendiri tak faham) Ha ha ha. Dr.B asyik bertanya bila nak submit jurnal yg itu, jurnal yg sekian2 dah dpt feedback ke belum, haihh haih. Ya Allah permudahkan segala urusan.. Aminn

Dalam kekusutan yg tiada berkesudahan ni, ada juga berita gembira. Heheh. Alhamdulillah, loan rumah pertama sudah approve! Akhirnya, setelah survey segala dapat juga kami memiliki rumah sendiri. Yela, drpd duduk menyewa mcm sekarang bayar bulan-bulan. Bagi untung kat tuan rumah aje baik beli rumah sendiri. Pulak kat Melaka ni memang banyak rumah2 baru sedang naik. Sebenarnye byk rumah yg menjadi target asal kami, terutama kat area Ayer Keroh ni. Tapi kenalah juga pertimbangkan semua sudut kan, dari segi long-term terutamanya. Penat juga mentelaah psl loan bagai. Almaklum, sebelum2 ni sgt cetek ilmu mengenai hal jual-beli rumah. Ni baru nak ambil tahu heheh. rumah itu sudah siap. Cuma menunggu CF aje. Mungkin dalam 2-3 bulan lagi dapatlah kami kunci. Mulai skarang, sy perlu berbelanja dgn hemat. Bnyk perkara dah difikirkan dlm kepala ni.. Wahh. Sebagai teaser, ini rumah yg kami beli itu. Bukit Katil Damai 2a. Rumah kembar setingkat.


Alhamdulillah, rumah ini menepati citarasa kami. Cewah. Apakah citarasa itu? Besar? bukan. Saya hanya meletakkan syarat, bukan rumah 2 tingkat. Sya tak kira besar atau kecil. Alasan paling kukuh adalah kalau rumah 2 tingkat (macam rumah mak saya), saya tidak akan menggunakan salah satu tingkat dgn sempurna. Contoh kalau mengemas, sudah tentu saya akan malas untuk mengemas kedua2 tingkat. Ha aha ha boleh? Suami pulak dia nak rumah bertanah. Nak berkebun katanya. Heh

Oh ya, mungkin ada yg belum tahu. Berita gembira juga. Suami sudah dapat pindah ke TNB AM Melaka. Alhamdulillah. Hadiah tahun baru. Hubby sgt gembira hari-hari dapat tengok Najla. Hii. Kalau tak, sehari tu dalam 15-20minit aje dpt tengok, itupun secara 3-g. Heheh. Alhamdulillah, ringan sikit beban kat bahu ibu. Muahaha terutama pagi2 la kan..sangat tak cukup tgn nak menyiapkan segala.

Minggu ini, kelas bermula secara official. Eheh sebenarnya sem baru dah start dari minggu lepas lagi. Sem ni saya perlu assist dua subjek yang saya-memang-totally-lupa. Bukanlah maksud lupa sebenarnya, lebih kepada tak berapa mahir atau kurang pandai. Ha ha aha. Kita kan selalu mengeluh bila dapat sesuatu yang kita kurang pandai atau kurang suka. Saya teringat nasihat seseorang (supervisor saya rasanya), "Baguslah dapat apa yang kita kurang. Allah nak bagi lebih pandai lah tu. Kalau bagi yang dah pandai, nanti tak bersyukur pulak."

Alhamdulillah.. Bersyukur dengan segala apa yang Allah beri. Pasti ada sesuatu yang DIA nak kita belajar kan? :)

Untuk pentutup entry, wajah ceria Najla. Pengubat rindu. Cewah :P


Sekian.