Friday, November 9, 2012

The Collection (Part I)


Ceh.. poyo je tajuk. Siap ada part2 gamaknya :P

Harini, hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang. Heheheh kalah cikgu sekolah kan nak cuti2 panjang time cuti sekolah ni.. kehkehkeh. Takde, saja amik cuti seminggu memandangkan minggu depan ada 2 hari cuti umum (Deepavali & Awal Muharram), malas pulak makcik nak datang keje lompat2 hari macam tu. Pulak time mmg cantek.. students degree tgh midterm break, students diploma pulak tak masuk sem lagi; 12Nov nanti masuk sem baru utk diploma. Jadi, sedang elok lah kan? Hihi. Panjang alasan kan kalu cuti punya pasal :D

Ok, entry kali ni nak reveal collections turun-temurun saya. Old collected coins. kebanyakan duit syiling ni datang dari koleksi nenek saya, ibu saudara dan juga ibu saya sendiri. Sebab tu namanya turun temurun. Hehehe


Rasanya semua orang tahu kot. sekarang ni memang ramai penggemar-penggemar koleksi duit lama ni. Diorang sanggup bayar beribu-ribu untuk dapatkan koleksi duit lama yang bagi diorang berharga. Haritu ada keluar kat paper mengenai koleksi duit-duit lama. Ada pembeli yang sanggup bayar sehingga RM3,000 - RM4,000 untuk duit syiling 1sen keluaran tahun 1979 rasanya. Waaaa

Nak jadikan coins ni satu collections yg berharga, simpan duit syiling yang rare. Maksudnya pengeluaran yang terhad untuk satu2 occasion ke, atau dah habis pengeluarannya. Contoh macam duit seringgit emas malaysia tahun 1995 tak silap. Bank Negara dah tak keluarkan kan? Satu hari mesti tinggi nilai duit syiling tu.. Untuk pengeluaran terhad bagi satu2 occasion tu sekarang ni macam dah tak banyak keluar. Tahun 70-an dan 80-an dulu, Bank Negara selalu keluarkan duit syiling sempena memperingati satu-satu peristiwa. Yang ada dalam simpanan saya kebanyakannya duit syiling seringgit. Pengeluarannya memang terhad dalam 500,00 unit aje. Yang uniknya, duit syiling ni diperbuat dari copper-nickel, dan saiz dia lagi besar dari duit syiling 50sen yg biasa tu.


Duit syiling seringgit. Sempena ulangtahun ke-100 Getah Asli Malaysia 1877-1977. Tahun keluaran 1977. Masa ni Malaysia masih pakai note dollar lagi.


Ni pula duit syiling seringgit keluaran tahun 1986 sempena memperingati ulangtahun ke-35 PATA (Pacific Asia Travel Association). Bhgn depan ada gambar penyu, menggambarkan logo rasmi conference pada tahun tu. Hasil bertanya pada encik google, tahun 1986 tu rupanya Malaysia menjadi tuan rumah persidangan PATA. Malaysia menggunakan tema "Kenali Malaysia, Cintai Malaysia".


Ni pula duit syiling seringgit sempena sambutan MaalHijrah 1401 (1980)

Seterusnya, duit syiling seringgit sempena 20 tahun Bank Negara Malaysia (1959-1979).


Ni pulak duit syiling seringgit keluaran tahun 1977 sempena 20 tahun merdeka. Muka belakang ada potret Tunku Abdul Rahman Putra.

Selain tu, duit syiling yang error macam disalah tempa pun tinggi nilainya. Kawan saya ada simpan duit syiling 50 sen keluaran 2005 yang ada error. Tahun yang tertera kat syiling tu tulis "200".. tertinggal no 5. Sekarang mungkin syiling tu bernilai 50sen, mana tau satu hari bernilai 5000 ke. Wahh tinggi sgt cita-cita kau dik non :D

Selain duit Malaysia, ada juga duit syiling lama negara2 luar. Macam UK, Indonesia, Filipina dan macam-macam lagi. Tapi ada satu duit syiling yang menarik minat saya. Pada mulanya saya pun tak pasti duit syiling tu dari keluaran negara mana. Kemungkinan besar Saudi Arabia memandangkan duit syiling tu menggunakan tulisan jawi/bhs arab.


Tahun yang tertera kat syiling tu 1392 Hijrah, bersamaan tahun 1972. Kat bahagian tengah bulatan tu tertulis "Qirsh A-Nain". A-Nain dalam bahasa arab maksudnya dua. Kat tepi bulatan tu pula tertera nombor sepuluh. Dan ada tulisan arab "'Ashra Halalah". 'Ashra bermaksud sepuluh. Sekali lagi, hasil bertanya kat encik goggle, barulah saya tahu tentang sistem matawang Saudi Arabia ni. Matawang Riyal terbahagi kepada dua sub-unit; iaitu 20 Qirsh dan 100 Halalah. Satu riyal bersamaan 20 Qirsh la. Jadi, 1 Qirsh sama dengan 5 Halalah. So, boleh kira sendirilah kan berapa nilai duit syiling ni. Hehe.

Akhirnya, persoalan saya terjawab yang duit syiling ni adalah duit Saudi Arabia. Lepas tu belek2, baru perasan ada tertulis "Faisal...'Aziz". Beliau adalah pemerintah Arab Saudi sekitar tahun 1970-an, King Faisal bin Abdul 'Aziz; yang mati ditembak oleh sepupu sendiri rasanya. Saya pernah terbaca dulu. Ya, saya memang minat sejarah2.. subjek sejarah je tak score masa SPM dulu. Hihi.


Ok, beralih ke duit kertas pulak. Heh. Tak banyak sangat simpanan duit kertas ni. Macam yang atas ni, duit 100 rupiah Indonesia. Tahun 1968 dan 1958.


Paling berharga. Wang kertas lama zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ni keluaran era 40an ni. Rare bukan? Bernilai 10 dollars ketika itu, dan dikenali sebagai "wang kertas pokok pisang". Ada juga tertera tulisan "promises to pay the bearer on demand". Ada sejarahnya wang kertas ni. Pada ketika itu, jual-beli bersandarkan emas. Contoh kalau kita (orang melayu) dapat kertas ni, kita boleh menukarkannya kepada wang. Wang ketika itu ialah emas. Jadi kertas ini adalah bersandarkan emas. Kertas ni hanya sekadar kertas bernombor yang boleh ditukarkan. In such way, berhutang emas lah sebenarnya. Satu penipuan penjajah (Jepun) kepada orang melayu. Mereka boleh beli apa sahaja dengan wang kertas ni.

Bila kerajaan baru ambil alih (Jepun digulingkan British), mereka keluarkan wang kertas yang baru. Wang kertas lama tak digunapakai, maka orang melayu hilanglah emas-emas mereka. Bijak bukan? Bila British memasukkan Borneo dalam Malaya, barulah sistem kewangan baru dibuat. Emas tidak lagi diwajibkan dalam pertukaran.


Kadang-kadang, dengan mengumpul duit2 lama ni bukan aje menguntungkan, tapi membuka banyak maklumat lain yang kita tak tahu pun sebelum ni. :)

Oklah itu aje nak share. Kita sambung dalam Part II pulak nanti. Kita tenggok collection apa pulak makcik nak reveal. Hahahahah


7 comments:

Fizah said...

kawe tok pehe ttg duit kertas daun pisang tu..maknanya kalu org melayu nak beli-belah kena tukar emas diorang dgn duit ni dulu baru blh beli brg ke? emas tu jepun amek ke or bank amek ke?

mawar said...

Bukan. Contoh macam aku jual nasi lemak kat orang jepun, patut orang jepun bagi emas la kan kat aku (masa tu jual-beli pakai emas, bukan duit). Tapi Jepun bijak ni dia buat la "wang kertas daun pisang" as if nanti aku boleh tukar dengan emas. Walhal, takdek pun. Sbb tak sempat tukar, British dah gulingkan Jepun kat tanah melayu. So, burn la emas aku tu T____T

Imaan09 said...

wahhh.. aku pun ada jugek coin n notes collection.. tp ko punya lg hebat, gila antik. yang den xpuas ati, en somi simpan note RM100..Rm50 dulu2 kini dan selamanya.. dlm album tu saja ntah berapa ribu.. duit y stil bleh dapat dgn mudahnya ada pekdah lg klu simpan ke bank..hehe

Fizah said...

oh faham2..kesian org melayu masa tu..ish2

lea, zarip berpandangan terlebih jauh tuu...hehe

Aisyah Nabila said...

Syiling Arab Saudi kat atas tu mcm pernah nampak. Tapi tak tahu tahun bila. Tak faham sangat bahasa arab. Nak cari balik ni. TQ atas info yg diberikan.

irwan hakimi said...

saya ada duit arab tahun 1408 hijrah. syiling perak 100 dinar. saya nak tahu nilai wang tersebut sekarang

mieyzi dhia said...

duit seringgit maalhijrah brpa market harga