Tuesday, November 5, 2013

Hijrah - Lelaki Kacak


Ini cerita usrah minggu lepas; khas sempena maal hijrah. Kisah mengenai sahabat Rasulullah, Mus'ab bin Umair- seorang da'i mujahid yg terkenal dengan kekacakkannya :)

Bagaimana seseorang dari golongan bangsawan yg terkenal, yang kacak dan menjadi kegilaan gadis2 Makkah, seorang anak sgt disayangi oleh ibu&ayah nya - melakukan penghijrahan terbesar dlm hidup. iaitu memeluk Islam. Sampaikan dia dibuang keluarga dan dihalau dari rumah. Tinggallh Mus'ab bersama2 Rasulullah dan sahabat2 lain yg sangat da'if ketika itu. 

Untuk meneruskan kehidupan Mus'ab menjual kayu api, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan pakaian compang-camping. Mmg bertukar 360drjh. Beza dulu pakai pakaian mahal2, hidup mewah, anak bangsawan kan, kacak pulak tu :) Rasulullah sendiri sedih melihatkan sahabatnya itu; itulah penghijrahan Mus'ab yg meninggalkan kehebatan dunia demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Mus'ab terus berjuang menegakkan Islam sehingga akhirnya gugur semasa peperangan uhud. 

Agak2 kita boleh tak jadi seperti Mus'ab? Tinggal semuanya? Allah.. saya tak pasti lagi sekuat itu. Apalah sgt pengorbanan yang pernah kita buat dalam dunia yg sementara ni, sikit sangat peranannya. Huhu muhasabah diri. Cari ruang mana2 untuk kita baiki. Mari berhijrah utk terus buat kebaikan; dekatkan diri kepada Allah SWT. InshaAllah..

Satu lagi point yg dikupaskan, tentang betapa yakinnya Mus'ab dengan Allah. Beliau tinggalkan semuanya tanpa tahu apa akan pd masa depannya. Padahal dahulu hidup senang. Ada kisah mengenai Abu Hurairah yg menyimpan sebiji tamar utk hari esok keudian ditegur oleh Nabi, kerana baginda berkata seolah2 Abu Hurairah ini tidak yakin pada Allah yg akan memberi rezeki pada esok hari. Pokok pangkalnya, kena yakin Allah itu pemberi rezeki; tapi jangan la tak berusaha pulakkan :D

Itulah kisah Mus'ab. Dah la kacak, cantik pekerti pulak tu. :) Ada ramai lagi lelaki kacak yg jadi sahabat Nabi, antaranya Suhayb, Abu Bakar As-Siddiq.. malah Rasulullah sendiri pun lelaki kacak yang terkacak antara lelaki2 kacak.. Hahahah bape banyak kacaakkk daaa..

 Bukit Uhud. Menjadi saksi gugurnya Mus'ab sebagai syuhada 'Uhud. 
Ada satu perasaan gerun masa ziarah sini, disinilah berlakunya pertempuran sengit antara tentera Islam dengan musyrikin Makkah.

Saya dan suami, berlatarbelakangkan Jabal Rumah (Bukit Pemanah).
Semasa peperangan Uhud, bukit inilah yg ditinggalkan oleh pemanah2 untuk turun mengambil harta2 yg ditinggalkan musuh (yg sebenarnya umpan), yang akhirnya menyebabkan kekalahan mereka.

Sekian. Salam Maal Hijrah buat semua.

No comments: