Friday, October 18, 2013
Pengalaman Bersalin..
Friday, November 11, 2011
Kehadiran orang baru ^__^
Thursday, January 27, 2011
Susu Ibu, Solat dan Anak

Ini yang terbaru sy belajar. Power pumping atau hyperstimulation. Apakah?? Secara kasar, power pumping adalah satu cara utk menambahkan susu menggunakan cara mengepam. cara mengepam mcm biasa, cuma yg beza adalah kaedah. Begini. Mulakan sesi mengepam susu seperti biasa dalam 10-15 minit pertama. Lpeas tu, rehat 10 minit, pam 10 minit lagi, lepas tu rehat 10 minit, pam lagi 10 minit. Buat sehingga cukup sejam, sehari sekali. Ini sekali sesi shj tau.. sesi lain, pam lah mcm biasa. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother's supply. Macam yg saya ckp tadi, kekerapan penyusuan akan lebih menambahkan hasil tenusu. Digalakkan bagi ibu-ibu bekerja yg agak2 minggu tu pumping session mcm bercelaru disebabkan kursus lah, kerja luar lah....kan? Tujuannya kdg2 bukan utk increase milk supply saje, tapi utk maintain. Yg penting jgn cepat putus asa dalam BF. Allah tak menjadikan sesuatu itu dgn sia-sia. Perlu usaha dan sabar. InsyaAllah! :)

To date, Najla sudah 4M++. Alhamdulillah. Makin kuat hisap jari. Dulu hisap penumbuk, skang dah pandai hisap jari :D Dah pandai menggaru. Makin manja. Makin banyak bercakap. Makin kuat merengek. Sekarang dia dalam ‘strange anxiety’ stage. Dah kenal orang. So asyik la nak melekaaaaaatt je. Sampaikan nak capai remote bukak TV pun dia dah “ekk..”. Dah pandai meniarap. Tak suka baring. Lately ni nak tukarkan diapers pun mencabar. Letak je terus pusing. Kalau ayah yg tukarkan diapers, memang sengetlah jawabnya. Mana dan katanya. Heh. Lagi satu, dia lagi suka kalau kita dudukkan dia. Kalau dia cranky, saya dudukkan..terus senyap. Susah juga bila asyik nak kita angkat dia. Kalau ayah kerja balik lewat, tak keruan saya nak masak la nak lipat kain la. Yang utama, kalau sdg solat.
Nak cerita mengenai solat dan anak. Pernah diceritakan oleh Fizah lebih setahun yang lalu. Ketika saya masih anak dara, menjadi rujukan buat saya kini yg telah menjadi mak dara. Hehe terima kasih Fizah. Saya quote sedikit ayat dari entry beliau
"letakkanlah anak itu di mana kita boleh melihat dia dan dia juga boleh melihat kita. Kalau saya, saya memilih meletakkan anak di dalam walker. Memang kadang kala dia akan datang kepada saya dan menarik-narik telekung. Saya biarkan, semoga dia faham bahawa saya sedang solat dan tidak akan melayan dia seperti biasa. Supaya dia dapat bezakan ketika sedang solat Allah lebih utama untuk saya dahulukan dan mengaplikasikannya pula dalam kehidupan seharian."
Betul. Saya selalu letak Najla di tepi sejadah. Selalunya dia akan menangis kejap bila saya tinggalkan begitu. Biarkan, teruskan solat. Seperti kata Fizah, untuk tunjukkan Allah lebih utama untuk saya dahulukan. Sekarang Najla tak menangis dah. Dia memerhatikan saje saya solat sehingga selesai. Ini juga salah satu cara untuk mendidik anak tentang solat dan agama di usia rebung begini. Saya percaya itu. Jangan kerana anak menangis menjadikan alasan untuk kita lalai dalam solat seperti melewat-lewatkan dan sebagainya. Baca sini. Moga bermanfaat. :)
Ok, sekian dulu. Masa dah time :P
Thursday, November 25, 2010
Najla, BF dan sebagainya
Cerita pasal baby lagi? Miahaha. Betul la org kata bila dah ada anak kecil kt rumah tak cukup rehat jadinya. Tapi sy enjoy! :D Memang kena pantas dan cekap membahagikan masa. Haa time ni la nak praktikkan segala ilmu dari kursus pengurusan masa (selalunya merupakan kursus "terpaksa" pergi.. muahaha). Dengan nak bangun pagi, siapkan baby, siapkan diri utk gi kerja pulak, balik nak msk lagi, berjaga malam utk susukan baby lg. Pulak dok berdua saje tanpa ayah disisi
BF di atas adalah bermaksud breast feeding ye kawan2, bukannya bestfriend mahupun boyfriend. Hehe. Kepada semua ibu-ibu mommy-mommy mama-mama yg masih menyusukan baby anda sehingga ke hari ini..tahniah saya ucapkan. Anda telah memberikan yg terbaik buat baby anda! :))
Dalam Al-Quran juga ada disebutkan tentang penyusuan ibu;
Surah Al-Baqarah :233
“Hormatlah kamu kepada ibu bapa kamu yang telah bersusah (dan bertambah lemah) mengandungkan kamu dan menyusukan kamu selama 2 tahun.”
Surah Lukman :14
Tapi, nak dpt hadiah mesti ada cabaran kan? Huhu. Sejak lebih 2 bulan sy menyusukan Najla, banyak juga cabaran yg dah dihadapi. Baru 2 bulan tu. Hehe. Dari kejadian tak reti nak latch-on, kesukaran mengepam sehinggalah kejadian bengkak susu. Kejadian ketiga adalah yg terbaru. Isnin lepas. Haiisyyhh
Mula-mula rasa mcm sengal2 je lepas tu rasa berat. Itu biasalah, kalau breast tgh penuh kan. Tapi bila pam, susu tak keluar2. Uwaa sudah pelik bin ajaib! Tp sy teruskan mengepam bagi stimulate dgn harapan susu akan keluar jgk nanti. Tapi, nan ado! Rasa dah tak tertahan sudah.. seperti ada satu batu besar sana duduk! Akhirnya, sy bertanya pada Encik google..
Katanya; kejadian ini mungkin disebabkan oleh kesilapan pelekapan atau penghasilan susu yang berlebihan. Sbg cth kebiasaannya sy menyusukan anak adalah sebanyak 4oz sebelah breast setiap hari. Tapi pd suatu hari yg tak berapa nak indah T____T, Najla hanya minum 3oz atau kurang. jadi ada 1oz berbaki di breast. Maksudnya breast tak kosong habis slps feeding. Perkara ini berulang2 utk 3-4hri dan menyebabkan berlakunya "mendapan" di pangkal breast. Mendapan ini tidak akan keluar walopun susu di pam atau baby hisap, sebaliknya yg keluar hanyalah susu di hujung breast. Ini sudah masuk fasa bengkak degil takmau surut!
Sebaik2nya apabila baby menyusu tak sehingga kempis, anda perlu mengepam breast sehingga kosong. Jika tidak, jadilah spt sy. Muahaha. Apa yg perlu dilakukan adalah tuam dengan kain suam urut² breast dan perah – dengan tangan sahaja! Jangan guna pam kerana pam akan memaksa kelenjar susu di depan mengeluarkan susu atau menghasilkan susu baru sedangkan saya seharusnya mengeluarkan susu yg dipangkal breast. Alhamdulillah, ptg tu bengkak sudah surut.
Ok, seperti biasa untuk pentutup entry: wajah kesayangan ibu.
Friday, November 12, 2010
Back on track
Wah pagi2 sudah apdet blog. Hehe. Sebenarnya sedang mengemas beg. Bosan pula melipat baju2 yg banyak itu. Rehat kejap. Kejap je.
Sedar tak sedar sudah hampir 60hari. Huwaa cepat sungguh masa berlalu. Minggu depan dah nak masuk keje dah. Segala urat-urat M kena buang jauh2..banyak kerja bertimbun kat ofis sana. Student pulak baru lepas abis exam, bertimbunlah jg paper menanti utk dimarking. Ditambah dengan segala research, paperwork malahan tesis yg habis diconteng
Besok akan pulang ke Melaka. Set up apa2 yg patut. Rumah sana pun lama dah ditinggalkan, ntahapajadintah. Ayah orang yg paling sedih, nak tinggalkan Najla. Ibu tak ape, selalu dah kena tinggal ngan ayah *ceh ayat sedih :D* . Jangan risau ayah, kitakan ada 3g. Eheh. Neway, agak lega telah jumpa pengasuh yg dicari. Sebelah rumah aje. Wahh kemain survey smpai Bukit Katil sana..padahal akak sebelah rumah je. Ces. Alhamdulillah, takdelah kalut sangat pagi2. 'Campak' saje Najla ke pagar sebelah. Hehe. Nama pengasuh Najla adalah Kak Eda. Sekarang sedang buat preparation untuk tinggalkan Najla dengan pengasuhnya. Almaklum 1st time tak bersama ngn ibu. Risau juga. Alhamdulillah juga Kak Eda takde masalah nak handle EBM. Berpengalaman. :))) Seribu kali lega.
Najla sudah nak masuk 2 bulan. Pejam celik pejam celik je. Cepat betul. Rasa baru semalam dok puuusshh kat labor room. Haha. Nah ibu tempekkan gambar Najla. Sedikit sebanyak. Ragam-ragam Najla. Hehe.
Baru lepas minum. Kekenyangan. Burp. Syiok..terus tido atas bahu ibu.Wednesday, September 29, 2010
One of the best experiences in life!
Bila org bercakap psl beranak atau bersalin ke, kita mesti imagine yg ngeri2. Sakit yg TERpaling sakit. Huhu. Setelah dri sendiri m'alami proses bersalin tu, sakit tu mmg sakit..tp sgt indah utk ingat balik 'sakit' tu. Serious..the best experience! Jadi, mari mengandung dan beranak lagi! (?!) Hohoho OK, berbalik kpd birth story.
Semuanya bermula pd 14 September, Selasa dalam pukul 9mlm. Time tuh sdg beristirehat bersama keluarga menengok Spiderman 3. Heheh. Tetibe rasa sakit. Sakit macam nk peod ada, rasa nak tercirit pun ada. Since this is first time, sy sndr xsure if I was in labor atau hanya false alarm. So, sy pun track the contraction. Sakit je tgk jam, sakit je tgk jam. Masa tu contraction dlm 15-20 mnt. Baru teringat beg satu hape tak packing lagi. Ngehngeh..after done packing, sambung tengok Spiderman 3. Tak lama pastu, rasa sakit contraction dah ilang. Sedikit hampa la time tuh sbb mcm dah semangat nak jumper si comel kan. Huhu, masuk tido dlm kol12 mlm.
Dlm plus minus 4pg, contraction tu dtg lg. Kali ni lebih kuat sakitnya dan lebih kerap. Selang 5-10mnt. Ok, masa tu dlm hati "Aku dah nak beranak nih..sempat ke nak gi Bangi?" Hahaha. Masa tu hubby baru nak lelap slps berjaga menengok bola. Hubby kata kita tunggu smpai pagi, kalau sakit sgt lagi, kita gi hospital. Ok. Mata takleh lelap sbb sgt sakit. Sy smpt bc Surah Maryam sementara menunggu pg. After Subuh, sakit still tak ilang. So, hubby decide utk twos pegi Annur pagi tu.
Before pegi, smpt aku jamah Nasi Lemak Mak buat. 2 pinggan. Tapi tanpa sambal. Apakah?? Entah kenapa taklalu tgk sambal.. Hubby siap buat lawak sakit hati "Woh rogi wohh..ntah2 ni last dpt makan best2 before pantang" Cisss..
Sampai hospital dalam kol9. Nurse terus bwk sy masuk labor room. Dia check bukaan. Dah 4 cm! Ok, cuak sudah +___+ Pastu Nurse monitor baby's heart rate. Semuanya ok. "Skang kita tunggu Doc naik, ramai patient kat klinik harini", kata Nurse. Nurse juga tanya kot2 kalau sy nak epidural. Masih boleh bertahan, jd sy geleng-geleng. :P
Dlm 10-15mnt, Dr. Anita masuk labor room (Suppose my O&G adalah Dr.Fatimah, tapi beliau masih bercuti hari raya..Ciss). Dr.Anita pecahkan air ketuban utk cepatkan proses bersalin. Lepas je air ketuban dipecahkan, sakit semakin kuat. Subhanallah!! Tak dpt digambarkan sakitnya. Hubby ajak berzikir sama, dalam hati sy ikut. Sumpah tak bermaya. Air ketuban mencurah2 keluar. Rasanya tak lama lps tu dh terlelap kot. :P
Dlm kol12 tghr, terjaga. Super strong contraction! Sgt sakit. Rasa mcm sudah tumpas. Sy pndg muka hubby dan membuat drama swasta sekejap. Mintak maaf segala salam-salam
Nurse siapkan segala senjata utk keluarkan baby. Cuak lagi +___+ The next thing yg sy ingat adalah sy sdg push..push..push! Sekejap2 terasa hubby pegang kepala dan usap rmbut. Pastu terdgr suara Nurse "1...2...3..Puuuussshhhh.. pandai dia push, dh nmpak kepala baby tu". Nafas terasa sgt pendek. Dkt sejam lebih jugak proses pushh tersebut berjalan. Huh Huh Huh
Alhamdulillah. Pd pukul 1.12 ptg, my baby girl was born.
Keesokan harinya, sy dan baby Najla dah boleh keluar wad. Terima kasih lagi skali kpd sumer for the wish dan hadiah2 yg comel2 itew. Hehe
I now feel complete. Our new life begins :))))
Saturday, September 18, 2010
A Bundle of Joy!
Alhamdulillah..si comel ini selamat dilahirkan pada 15 September 2010 (6 Syawal) pukul 1.12 ptg di Hospital Pakar AnNur Bangi.

Cerita pasal delivery akan disambung nanti. Skang ni sy berada di rumah mak di Shah Alam sedang berpantang-larang. Heheh.. Terima Kasih kepada sumer kengkawan yg dtg melawat di hospital dan di rumah. Perasaan sy ketika ini adalah sgt gembira. dan sgt enjoy ber-breast-feeding! Hiiiii.. Terima Kasih kepada Kak Sarah utk entry yg sgt useful ini.. :))) dan juga rakan2 blogger @ ibu2 BF lain terutamanya ibu imaan. Heheh.. Suke!
Ok, sehingga bertemu lagi nantik di entry yg lain!
Op lupa..si comel ini kami namakan Najla Nafeesa. Najla bermaksud bright/wide/beautiful eyes. Nafeesa pula maksudnya yang amat bernilai. Here we goes..si mata yang cantik dan amat bernilai. Moga menjadi anak yang baik dan solehah. Aminn
p/s : mcm kene tukar je tema kaler blog ni. eheh





