Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Pengalaman Bersalin..


Walaupun dah lebih 2 bulan, tapi nak jugak buat coretan pasal pengalaman bersalin dalam blog. Heheh sebagai kenangan di masa akan datang. Cewah

Al kisah bermula pada 25 Julai 2013, Khamis. Hari itu saya masih bekerja seperti biasa. Tapi saya ada tugas luar di Kampus Bandar. Ketika itu kandungan sudah masuk 39w (Najla dulu bersalin ketika 39w 4d.. jadi saya masih relek2 gaban). Selesai urusan di Kampus Bandar dalam pukul 1130 pagi, saya singgah Jusco Ayer Keroh untuk beli bra menyusu. Hahahahah sempat lagi. Saya ada rasa contraction, tp mild sahaja. Diingatkan ketika itu adalah bulan Ramadhan, saya juga tidak ketinggalan utk berpuasa. Jadi saya selalu konpius sama ada ianya contraction atau sakit perot lapar. Kikikikik

Balik keje petang saya siap2 kan juadah untuk berbuka. Saya dah rasa contraction sedikit hebat dari pagi tadi. Saya mula track contraction, kejap 5 minit kejap 10 minit. Tapi saya tahan sebab sayang lagi sejam nak berbuka dah :P Lepas berbuka dan solat maghrib, baru saya cakap dengan suami yang saya rasa macam nak bersalin. Hihi.. Siap2 segala, masuk pula azan Isya'. Solat dulu sebab karang takyah susah2 nak solat kat spital kalau dah kena admit kan.

Sampai hospital dalam kol915 malam. Saya rs contraction macam dah hilang pulak, dalam hati macam eh tak jadi kot bersalin harini. Heheh, tapi sebab dah alang2 kat spital, suami suruh gi check jugak. Check2 mmg dah ada bukaan 4 cm pun. Aigoo.. jadi betullah nak bersalin ni?? Saya dah kena masuk labour room. Nurse dah bagi segala borang untuk diisi dan suruh saya tukar baju hospital. Dan bagi ubat 'bolos' untuk saya buang air. Hihi. Suami turun ke kaunter bawah untuk register sambil ditemani kakak Najla. Saya pun sms mak saya kata dah masuk hospital nak bersalin.

Saya kan..konon membayangkan akan bersalin pd waktu siang; waktu Najla ke sekolah. Jadi suami saya boleh masuk ke dalam labour room waktu saya melahirkan. Tapi, kejadian sebenar adalah waktu malam dan Najla ada bersama. Alemaak!! Nasib baik mak saya offer kan diri untuk datang ke Melaka malam itu juga (bersama adik2 saya). Heheh

Pukul 12.00 tgh mlm, Dr Hanisah, datang check bukaan macam biasa. Takde progress sangat katanya. Nurse siap beritahu saya, tidor lah dulu..besok kot awak bersalin ni. Ala yeke, saya dah tak sabar. Hehe. Tapi, saya tak boleh tidur entah kenapa. Contraction datang kejap2. Kiri kanan bilik bersalin saya dengar bunyik baby menangis, huhu org sebelah dah bersalin la tu. Tetiba contraction kuat datang secara mengejut. Oi oi oi tak tahan. Masa tu dah pukul 4 pg macam tu. Saya pun tekan loceng tepi katil panggil nurse. Tapi loceng boleh rosak pulak. Saya jerit panggil tapi mungkin tak dengar sebab bilik saya tu di hujung sekali, jauh sikit dari kaunter tempat nurse duduk. Waaaaa nak capai hndphone pun tak berdaya rasa. Tanpa disangka2, suami saya masuk ketika itu. Terkejut kot dia tengok saya macam menahan sakit yg tersangat. Huhu, barulah nurse datang suami saya panggil. Check bukaan dah 10cm, saya dengar diorang baru call Doc (Doc dah balik rumah mesti tengah siap2 nak bersahur :D). 

Rasa macam nak teran sangat dah masa tu. Macam kepala baby dah terjojol je. Huhu. Nurse suruh tahan, dan bercerita pasal entah apa saya tak berapa ingat. Mungkin nak alihkan perhatian saya supaya tak rasa sakit. Dalam 15 minit kot baru Dr Hanisah masuk labour room dan pecahkan ketuban. Fuhh.. lepas tu terus push sekali dua dan terus bolos. Ya Allah.. Alhamdulillahhh... lega sangat :'))))

Baby diletakkan atas saya, Doctor tanya boy ke girl tu? Saya sengih2 jawab boy... Hihi. Tujuan Doc tanya supaya nak pastikan kita tak pengsan lepas bersalin. Kemudian, baby di bawa pergi dan bermulalah sesi menjahit. Masa bersalin yg pertama dulu, saya tk rasa sakit pun waktu dijahit mungkin kerana dibius. Kali ni terasa teriknya. Doc cakap sikit je ni, saya tak bius lah. Huhuuu sabar2..


beberapa minit selepas keluar 'oven' dan merasa titisan susu ibu yg pertama :P

Dalam kol5 pg, Nurse suruh saya siap2 untuk ditolak ke wad. Walaupun GL suami saya layak utk dapat bilik single, tapi sebab wad tak cukup terpaksalah duduk bilik 4orang. Takpelah tak kisahlah, dan Alhamdulillah takde sebarang problem, petang tu dah keluar hospital lepas baby berak dan kencing.

Apapun, semuanya dah selamat. Terima kasih Allah atas anugerah indah ini... Alhamdulillahhh


Nama: Khalif Anaqi bin Mohd Hafiz Fikri 
Khalif=khalifah, Anaqi=keindahanku yang menawan hati :)
Berat: 2.98kg Panjang: 50 cm
Ada tanda lahir di tengkuk, berupa tahi lalat manis heheh :)


 So, officially. Khalif Anaqi lahir pada 26 Julai 2013, 4:35 am. Bersamaan 17 Ramadhan 1434H, hari berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran. Besar maknanya. Moga anakanda Khalif menjadi generasi al-Quran yang soleh. Aminn..


Khalif sekarang sudah 5.4 kg (checkup 2 bulan).

Sekian.

Monday, January 28, 2013

Tahun baru


Hari ni dah 28 haribulan. Makcik baru nak update cerita tahun baru.. hihihi better late than never

Salam tahun baru kepada semua. tahun ni seperti tahun2 yang sebelumnya, amik balik semua azam2 tahun lepas yg tak dapek capai. byk juga kalu nak dikirakan :P cuma tahun ni, saya harap saya lebih ter-organize dalm setiap urusan seharian. ;) supaya tak semput buat satu2 keje.. hoho

Oklah, makcik ada berita nak disampaikan. Minggu ni masuk minggu ke 13 pregnancy. Alhamdulillah. kalu nak diikutkan, jarak antara gugur haritu, sebulan lebih je. Hihi. Dr ada pesan, at least 2 kali period..tak sangka pulak lekat lepas 1st period after gugur haritu. Rezekiiii :D Kalau nak ikutkan juge, kali ni mabuk dan alahan sangat dahsyat. pening kepala senantiasa dan asyik mual. rasa loya, tapi tak muntah pun. Haduiii.. kemuncaknya masa minggu ke 8. seminggu tu sangat teruk, asyik terbaring aje. tekanan darah sangat rendah dan hampir nak kena admit ward. tapi since blood test read saya ok, dr suruh balik dulu tengok kesan ubat macamane. saya pun paksa diri supaya sembuh. tanak duduk spital kekdahnya hahahah. Alhamdulillah skang alahan dan semakin berkurangan dan dah kembali cergas. :)

Kawan2, doakan kehamilan saya kali ni ye...


Tuesday, September 25, 2012

Kisah Pregnant dan Miscarriage



Ya, saya pregnant. Dan telah pun miscarriage :'(

Haritu, 18/9/2012 saya checkup untuk minggu ke-14. Masa Dr scan baby, saya dah rasa tak sedap hati bila tengok kat monitor usia kandungan baru 11w. Kemudian, Dr kata dia tak dapat detect jantung baby. Memang rasa berdebar sangat, macam-macam dalam fikiran saya. Dr refer saya ke pakar O&G; Dr Hanisah di Hospital Pantai Melaka. Dr Hanisah sahkan baby saya telah meninggal dalam kandungan, dan beritahu apa yang saya alami adalah "missed-abortion".

Dr terangkan, missed-abortion ni adalah satu jenis keguguran yang berlaku tanpa sedar, berlaku secara spontan. Biasanya disebabkan oleh kromosom yang luar biasa pada janin, menyebabkan janin tak boleh membesar. Suddenly stop growing. Puncanya mungkin disebabkan oleh kekurangan hormon atau jangkitan kuman. Tapi kebanyakan kes, Dr kata memang tidak tahu pun apa puncanya.

Saya redha. Mungkin belum rezeki Najla nak beradik. Huhu.

Saya di-induce pada esoknya; Rabu 19/9/2012. Oleh sebab saya tak bleeding, mahupun rasa sakit; jadi Dr sarankan saya 'bersalin' normal tanpa D&C. 12 jam selepas dua bijik ubat induce dimasukkan, barulah saya 'bersalin'. Alhamdulillah, semuanya ok. Saya discharge pada esoknya dan diberi 2 minggu cuti.

Semoga ada rezeki baby lagi untuk kami nanti. InsyaAllah


p/s: Ngeri tengok kemalangan dahsyat di traffic-lite junction Ayer Keroh depan Mydin semalam. Membabitkan 3 lori, 4 motor dan 2 kereta. Paling saya ngeri, mangsa bermotorsikal yg terperosok bawah lori kontena. Astaghfirullah. Dah lah itu laluan saya lalu hari-hari, pergi dan balik kerja. Dan juga laluan hari-hari student-student saya yang bermotorsikal. Malang memang tak berbau. Semoga Allah SWT lindungi kita semua. Aminn



Wednesday, September 29, 2010

One of the best experiences in life!

Asm. wbt. Haa, baru ada kesempatan nak menghapdet blog. Cewahh. Bukan takde kesempatan masa..takde kesempatan mood saje. Heheh..Entry kali ni adalah berkisar psl birth story haritu. :)

Bila org bercakap psl beranak atau bersalin ke, kita mesti imagine yg ngeri2. Sakit yg TERpaling sakit. Huhu. Setelah dri sendiri m'alami proses bersalin tu, sakit tu mmg sakit..tp sgt indah utk ingat balik 'sakit' tu. Serious..the best experience! Jadi, mari mengandung dan beranak lagi! (?!) Hohoho OK, berbalik kpd birth story.

Semuanya bermula pd 14 September, Selasa dalam pukul 9mlm. Time tuh sdg beristirehat bersama keluarga menengok Spiderman 3. Heheh. Tetibe rasa sakit. Sakit macam nk peod ada, rasa nak tercirit pun ada. Since this is first time, sy sndr xsure if I was in labor atau hanya false alarm. So, sy pun track the contraction. Sakit je tgk jam, sakit je tgk jam. Masa tu contraction dlm 15-20 mnt. Baru teringat beg satu hape tak packing lagi. Ngehngeh..after done packing, sambung tengok Spiderman 3. Tak lama pastu, rasa sakit contraction dah ilang. Sedikit hampa la time tuh sbb mcm dah semangat nak jumper si comel kan. Huhu, masuk tido dlm kol12 mlm.

Dlm plus minus 4pg, contraction tu dtg lg. Kali ni lebih kuat sakitnya dan lebih kerap. Selang 5-10mnt. Ok, masa tu dlm hati "Aku dah nak beranak nih..sempat ke nak gi Bangi?" Hahaha. Masa tu hubby baru nak lelap slps berjaga menengok bola. Hubby kata kita tunggu smpai pagi, kalau sakit sgt lagi, kita gi hospital. Ok. Mata takleh lelap sbb sgt sakit. Sy smpt bc Surah Maryam sementara menunggu pg. After Subuh, sakit still tak ilang. So, hubby decide utk twos pegi Annur pagi tu.

Before pegi, smpt aku jamah Nasi Lemak Mak buat. 2 pinggan. Tapi tanpa sambal. Apakah?? Entah kenapa taklalu tgk sambal.. Hubby siap buat lawak sakit hati "Woh rogi wohh..ntah2 ni last dpt makan best2 before pantang" Cisss..

Sampai hospital dalam kol9. Nurse terus bwk sy masuk labor room. Dia check bukaan. Dah 4 cm! Ok, cuak sudah +___+ Pastu Nurse monitor baby's heart rate. Semuanya ok. "Skang kita tunggu Doc naik, ramai patient kat klinik harini", kata Nurse. Nurse juga tanya kot2 kalau sy nak epidural. Masih boleh bertahan, jd sy geleng-geleng. :P

Dlm 10-15mnt, Dr. Anita masuk labor room (Suppose my O&G adalah Dr.Fatimah, tapi beliau masih bercuti hari raya..Ciss). Dr.Anita pecahkan air ketuban utk cepatkan proses bersalin. Lepas je air ketuban dipecahkan, sakit semakin kuat. Subhanallah!! Tak dpt digambarkan sakitnya. Hubby ajak berzikir sama, dalam hati sy ikut. Sumpah tak bermaya. Air ketuban mencurah2 keluar. Rasanya tak lama lps tu dh terlelap kot. :P

Dlm kol12 tghr, terjaga. Super strong contraction! Sgt sakit. Rasa mcm sudah tumpas. Sy pndg muka hubby dan membuat drama swasta sekejap. Mintak maaf segala salam-salam cium-cium . Hubby tanya nak epidural tak? Sy angguk perlahan (sbb mcm tak tahan!). Hubby pun paggil Nurse. Nurse check bukaan. Sudah 9cm! Tak boleh amik epidural lagi. Ok, sudah tak kisah psl epidural ke ape ke..sudah semakin hampir! It was really happening! Cuak +___+

Nurse siapkan segala senjata utk keluarkan baby. Cuak lagi +___+ The next thing yg sy ingat adalah sy sdg push..push..push! Sekejap2 terasa hubby pegang kepala dan usap rmbut. Pastu terdgr suara Nurse "1...2...3..Puuuussshhhh.. pandai dia push, dh nmpak kepala baby tu". Nafas terasa sgt pendek. Dkt sejam lebih jugak proses pushh tersebut berjalan. Huh Huh Huh

Alhamdulillah. Pd pukul 1.12 ptg, my baby girl was born.

Najla Nafeesa slps diiqamatkan oleh ayah.

What a relief! Alhamdulillah. Segalanya normal. Berkat doa spnjang bulan Ramadhan kot. Sy tak putus2 minta dipermudahkan proses bersalin. Terima Kasih Ya Allah! :)

Keesokan harinya, sy dan baby Najla dah boleh keluar wad. Terima kasih lagi skali kpd sumer for the wish dan hadiah2 yg comel2 itew. Hehe

I now feel complete. Our new life begins :))))

Friday, September 3, 2010

update. sikit.

sila tengok timeline kat atas tu. oh sudah masuk minggu 38! anda sudah bersedia? hohoho. barang baby sudah pack? hohoho. kau memang macam tu T_____T

hari ni juga sudah masuk 24 hari kita berpuasa. yey! semoga tahun ini menjadi sejarah di mana saya tidak perlu menggantikan puasa! InsyaAllah. rasa sgt best walopun ada hari-harinya yg mcm sudah tumpas langsung tak berdaya. heheh thank you sayang sbb tolong ibu! :D

update .sikit. pasal baby. baby sudah 2.65kg. last check up, sudah bt ctg. heartbeat normal. belum ada tanda-tanda contraction. everything's fine. baby juga sudah engage. sangat ngilu di bhgn 'situ'. jalan sikit pun terus rasa terkincit. hehe. oh dan juga sudah melawat labour room. ayah suruh ibu berlakon konon macam dh nak beranak. cuak. T____T doakan semua berjalan dengan selamat ye. dan doakan juga saya bersalin pd hari raya kedua onwards. ibu nak makan lemang dulu. eheh.

ayah dan ibu love u too, baby! tak sabar menunggu :)))
*hint colour*

sy akan mula bercuti panjang mulai esok. hooorraaa~!! tak sabar menunggu suami pulang ke melaka petang ni!

p/s: ramadhan masih berbaki beberapa hari lagi. mari terus membuat kebajikan walau sebesar zarah. manakan tau terjumpa kita dengan malam indah itu. aminn

Wednesday, June 9, 2010

Update

Hai blog! kesian kau. hihihi

Minggu ini kandunganku masuk 25 minggu sudah. Memang super cepat macam magik! 6 bulan bagai 6 minggu. Banyak bnd perlu setel sebelum menjelang tibanya saat itu. huh huh kayuh kayuh


Baby's weight (25w 4d) = 700 gm
Mommy's weight = 51 kg (peningkatan mendadak bukan..? eheh)

Heartbeat = Good. Alhamdulillah
Movement = Hyper. Huu-haa

Gender = ehemm.. :P

EDD = 18th Sept 2010


Aku buat research (?) sikit pasal baby's weight. Entah kenapa aku suka risau benda2 pelik. Mengikut kata BabyCentre.com, at this time my baby's weight should b
e almost 1.46 pounds, dalam 660gm. Ohh tertembam rupanya beliau! Hehe. Aku ingat ringan sangat.

Kalau tengokkan perut aku ni, semua dok kata aku mengandung 4 bulan. Sangat kecil kah perutku? Sebab tu aku risau baby ku kecil. Kalau ikutkan aku, semakin maju ke hadapan aje aku tengok. Tapi maybe sebab aku tengok perutku hari-hari. So, perubahan tu memang aku rasa. Doctor kata, saiz perut ibu mengandung perlu bersesuaian dengan badan ibu. Mungkin sebab aku kecil, my baby bump turut kecil. Nothing to worry about. Ok tenang sekarang, jangan risau. Eheh.


Doctor juga pesan, awak perlu positif. Check up sebelum ni, masa minggu 21 kalau tak silap. Dr kata aku anemic. Iaitu kekurangan darah. Blood Test aku menunjukkan 10.8, sepatutnya normal Hb>11. Seperti biasa aku buat research pada encik google. Anemia memberi kesan tidak baik juga kepada ibu dan anak. Aku risau lagi. Kena makan besi banyak2. Huhu. Macam2 aku makan untuk tambahkan zat besi. Alhamdulillah, dah ok skang. Test hari tu 12.4. See, kena positif! hehe.

Satu perkara yang dapat menghilangkan rasa risau ni ialah pabila beliau membuat tendangan kasih sayang. Walaupun senak dan menterkejutkan sometimes, tapi sangat indah perasaan itew. Eheh. Tak apa sayang, tendanglah. Biarlah ibu ke toilet tanpa henti sekali pun. Ya betul, setiap kali beliau membuat tendangan, automatically memang rasa nak kencin.

Doctor kata, air ketuban aku mencukupi. Paras normal. Alhamdulillah. Tapi doctor nasihatkan supaya tambahkan lagi air ketuban utk elak baby lemas. Salah satu cara adalah dengan tido mengiring. Aku taktau secara saintifiknya macamana kaedah ni boleh menambahkan air ketuban. Tapi mungkin sebab bila kita tido mengiring, baby mudah bergerak or something. Sebab
baby yg akan produce air ketuban ni. Rasanya la. It comes naturally. Aku memang starting tido mengiring ke kiri, ambil sunnah Nabi. Tapi bila dah nyenyak, posisi mungkin berubah. eheheh ganash. Doctor kata, kamu hadanglah dengan bantal2 lain, supaya posisi tidur kamu statik mengiring sepanjang malam! Oh comel sungguh Dr beri nasihat begitu! Hehe. Baik Dr, saya diam sekarang

Ok lah, masa membebel sudah tamat. Mata pun dah mengantuk. Masa untuk tidur mengiring :P

Umar: Bila kita nak dapat cousin nih?

Selamat malam semua!

Tuesday, March 16, 2010

Regalo de amor

Uhh kesiannya kat blog ni. Sape punya ntah. Hehe.

Perasaan malas (aku rasa semua ibu mengandung memang ada simptom ni kan?) memang tak dapat dibendung. Jadi, bolehkan aku bagi alasan itu kenapa blog ini sunyi? Haha. Ok, aku kembali menulis. Moga terus bertahan.

Eh jap tuiitt, mengandung? Hehe. Mungkin ramai yang dah tau. Yes, I'm 13 weeks pregnant. Sekejap je rasa. Terasa macam baru semalam aku buat HCG test. Hehe. Alhamdulillah, kami dikurniakan Allah hadiah yang terindah ini. Tak tersangka seawal begini. Rezeki Allah siapa jangka. Harapan aku dan suami pastinya tidak lain, untuk melihat baby ini sihat dan membesar dengan baik. Insyaallah.

Alhamdulillah, my 1st trimister almost done. Sangat melegakan. Mabuk dan pening pun serasa semakin hilang. Selama 3 bulan ni, walaupun aku boleh dikategorikan sebagai tidak mabuk teruk, tapi perubahan terhadap tubuh, minda dan emosi tu tetap ada. Masa minggu ke 7 kalau tak silap, aku mengalami vaginal discharge. Tak banyak, hanya setompok dalam sebesar ibu jari aje. Tapi cukup mencemaskan. Berdebar tak usah cakap, dalam hati aku redha. Apa pun terjadi, anak itu rezeki Allah. Alhamdulillah, semua masih OK. Mungkin ketika itu aku banyak travel.

Kelmarin, 3rd check up. Baby dah semakin besar. 67mm. Dah nampak kepala, kaki dan tangan. Sungguh cute! My little precious :) Masa Dr scan tu, berpusing-pusing dia. Dr kata baby aku sihat dan aktif. Sangat melegakan. Patut la aku asyik terasa nak terkucil je, dia dok berjoget dalam perut. Hehe. For the next few months, bersedialah untuk menjadi gemokk! Hehe

Anak-anak…anugerah dan AMANAH Allah SWT…
Bukan untuk diberi makan, minum dan pakaian sahaja….
Bukan diberi tugas mendidik pada guru dan
ajaran feqah dan tauhid pada uztaz semata…

Didik, belai dan pupuklah ia menjadi insan yang berkualti
di dunia dan akhirat juga.


Insyaallah. Dengan izin Allah. Doakan semuanya selamat dan baik-baik aje ye!