Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Pengalaman Bersalin..


Walaupun dah lebih 2 bulan, tapi nak jugak buat coretan pasal pengalaman bersalin dalam blog. Heheh sebagai kenangan di masa akan datang. Cewah

Al kisah bermula pada 25 Julai 2013, Khamis. Hari itu saya masih bekerja seperti biasa. Tapi saya ada tugas luar di Kampus Bandar. Ketika itu kandungan sudah masuk 39w (Najla dulu bersalin ketika 39w 4d.. jadi saya masih relek2 gaban). Selesai urusan di Kampus Bandar dalam pukul 1130 pagi, saya singgah Jusco Ayer Keroh untuk beli bra menyusu. Hahahahah sempat lagi. Saya ada rasa contraction, tp mild sahaja. Diingatkan ketika itu adalah bulan Ramadhan, saya juga tidak ketinggalan utk berpuasa. Jadi saya selalu konpius sama ada ianya contraction atau sakit perot lapar. Kikikikik

Balik keje petang saya siap2 kan juadah untuk berbuka. Saya dah rasa contraction sedikit hebat dari pagi tadi. Saya mula track contraction, kejap 5 minit kejap 10 minit. Tapi saya tahan sebab sayang lagi sejam nak berbuka dah :P Lepas berbuka dan solat maghrib, baru saya cakap dengan suami yang saya rasa macam nak bersalin. Hihi.. Siap2 segala, masuk pula azan Isya'. Solat dulu sebab karang takyah susah2 nak solat kat spital kalau dah kena admit kan.

Sampai hospital dalam kol915 malam. Saya rs contraction macam dah hilang pulak, dalam hati macam eh tak jadi kot bersalin harini. Heheh, tapi sebab dah alang2 kat spital, suami suruh gi check jugak. Check2 mmg dah ada bukaan 4 cm pun. Aigoo.. jadi betullah nak bersalin ni?? Saya dah kena masuk labour room. Nurse dah bagi segala borang untuk diisi dan suruh saya tukar baju hospital. Dan bagi ubat 'bolos' untuk saya buang air. Hihi. Suami turun ke kaunter bawah untuk register sambil ditemani kakak Najla. Saya pun sms mak saya kata dah masuk hospital nak bersalin.

Saya kan..konon membayangkan akan bersalin pd waktu siang; waktu Najla ke sekolah. Jadi suami saya boleh masuk ke dalam labour room waktu saya melahirkan. Tapi, kejadian sebenar adalah waktu malam dan Najla ada bersama. Alemaak!! Nasib baik mak saya offer kan diri untuk datang ke Melaka malam itu juga (bersama adik2 saya). Heheh

Pukul 12.00 tgh mlm, Dr Hanisah, datang check bukaan macam biasa. Takde progress sangat katanya. Nurse siap beritahu saya, tidor lah dulu..besok kot awak bersalin ni. Ala yeke, saya dah tak sabar. Hehe. Tapi, saya tak boleh tidur entah kenapa. Contraction datang kejap2. Kiri kanan bilik bersalin saya dengar bunyik baby menangis, huhu org sebelah dah bersalin la tu. Tetiba contraction kuat datang secara mengejut. Oi oi oi tak tahan. Masa tu dah pukul 4 pg macam tu. Saya pun tekan loceng tepi katil panggil nurse. Tapi loceng boleh rosak pulak. Saya jerit panggil tapi mungkin tak dengar sebab bilik saya tu di hujung sekali, jauh sikit dari kaunter tempat nurse duduk. Waaaaa nak capai hndphone pun tak berdaya rasa. Tanpa disangka2, suami saya masuk ketika itu. Terkejut kot dia tengok saya macam menahan sakit yg tersangat. Huhu, barulah nurse datang suami saya panggil. Check bukaan dah 10cm, saya dengar diorang baru call Doc (Doc dah balik rumah mesti tengah siap2 nak bersahur :D). 

Rasa macam nak teran sangat dah masa tu. Macam kepala baby dah terjojol je. Huhu. Nurse suruh tahan, dan bercerita pasal entah apa saya tak berapa ingat. Mungkin nak alihkan perhatian saya supaya tak rasa sakit. Dalam 15 minit kot baru Dr Hanisah masuk labour room dan pecahkan ketuban. Fuhh.. lepas tu terus push sekali dua dan terus bolos. Ya Allah.. Alhamdulillahhh... lega sangat :'))))

Baby diletakkan atas saya, Doctor tanya boy ke girl tu? Saya sengih2 jawab boy... Hihi. Tujuan Doc tanya supaya nak pastikan kita tak pengsan lepas bersalin. Kemudian, baby di bawa pergi dan bermulalah sesi menjahit. Masa bersalin yg pertama dulu, saya tk rasa sakit pun waktu dijahit mungkin kerana dibius. Kali ni terasa teriknya. Doc cakap sikit je ni, saya tak bius lah. Huhuuu sabar2..


beberapa minit selepas keluar 'oven' dan merasa titisan susu ibu yg pertama :P

Dalam kol5 pg, Nurse suruh saya siap2 untuk ditolak ke wad. Walaupun GL suami saya layak utk dapat bilik single, tapi sebab wad tak cukup terpaksalah duduk bilik 4orang. Takpelah tak kisahlah, dan Alhamdulillah takde sebarang problem, petang tu dah keluar hospital lepas baby berak dan kencing.

Apapun, semuanya dah selamat. Terima kasih Allah atas anugerah indah ini... Alhamdulillahhh


Nama: Khalif Anaqi bin Mohd Hafiz Fikri 
Khalif=khalifah, Anaqi=keindahanku yang menawan hati :)
Berat: 2.98kg Panjang: 50 cm
Ada tanda lahir di tengkuk, berupa tahi lalat manis heheh :)


 So, officially. Khalif Anaqi lahir pada 26 Julai 2013, 4:35 am. Bersamaan 17 Ramadhan 1434H, hari berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran. Besar maknanya. Moga anakanda Khalif menjadi generasi al-Quran yang soleh. Aminn..


Khalif sekarang sudah 5.4 kg (checkup 2 bulan).

Sekian.

Saturday, October 12, 2013

Dah 2 bulan takde entry baru .. heheh


Lama tak menulis sini. Ada juga beberapa kali singgah, tapi malas nak mengarang. Hihi hanya blog walking di blog kawan2. 

Najla tak sihat. Kena demam campak. Habis plan nak balik beraya haji di Kedah cancel. Kesian ayah, lama juga tak balik kampung. Masa raya puasa dulu pun tak balik sebab saya bersalin dan dalam pantang. Huhu tak de rezeki. Tapi kami buatkan juga akikah untuk Khalif (anak saya yg ke-2, hahahah tiba2 ada watak baru muncul tak diperkenalkan lagi dalam blog.. hihi). kami wakilkan pada ayah mentua saya untuk akikah kan.

Sekarang Najla kena kuarantin. Takut berjangkit pd Khalif. Itupun Khalif dah selsema sikit. Kesian nak tido asyik terjaga sebab nafas tersekat2 hidung tersumbat. Nasib baik Khalif kuat minum, setiap 3 jam download antibodi dari Ibu :) Bila nak buat entry kisah deliver Khalif? Hahahah macam basi je kalau nak cerita. nantilah kalau rajin nak buat flashback :P


Kakak najla kena demam campak air. 
Walaupun begitu, aktif nya macam biasa, macam tiada apa2 yang berlaku heheh
Ibu je yang selalu risau kalau anak2 ibu tak sihat. huhu


Anak saya yang ke-2. Khalif Anaqi, lahir pada 26 Julai 2013.
Hari ini berusia 2 bulan 16 hari.

Maternity leave saya yang 3 bulan, sudah hampir sampai ke penghujung. Huhuu konon rancang nak siapkan proposal, tulis jurnal (kerja2 yang selalu ter-distracted kalau di office) macam hampeh je. Proposal adala saya draft dalam 21 m/s. Banyak sangat lompong lagi. Journal tak payah cakap. Saya bercadang nak buat journal dari result student saya, lupa plak nak ambil cd yg student saya bg tu (dia letak semua result dalam cd tu). Jadi, tak buat apa lah lagi. Hahahahah . 

Oklah, Selamat Hari Raya AidilAdha. Jom kita puasa 9Zulhijjah (Isnin, 14/10/2013). Saya ada 12 hari puasa Ramadhan nak kena ganti. Sob sob sob.. tapi Alhamdulillah setakat harini dah 7 hari ganti *horaaa!* tinggal 5 hari je lagi chaiyok2

p/s: Salam takziah buat Ena dan keluarga. Kehilangan Eshan Yusuf sangat terkesan. Moga Ena tabah menghadapi dugaan ini. Buat Eshan Yusuf tersayang, syurga abadi menanti mu..InshaAllah. Allah lebih menyayangi dia. ;'(

p/s: Tahniah kepd Take dan Jue; atas kelahiran baby ke-3 (Take) dan baby ke-2 (Jue) :)))

Sekian.


Friday, November 9, 2012

The Collection (Part I)


Ceh.. poyo je tajuk. Siap ada part2 gamaknya :P

Harini, hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang. Heheheh kalah cikgu sekolah kan nak cuti2 panjang time cuti sekolah ni.. kehkehkeh. Takde, saja amik cuti seminggu memandangkan minggu depan ada 2 hari cuti umum (Deepavali & Awal Muharram), malas pulak makcik nak datang keje lompat2 hari macam tu. Pulak time mmg cantek.. students degree tgh midterm break, students diploma pulak tak masuk sem lagi; 12Nov nanti masuk sem baru utk diploma. Jadi, sedang elok lah kan? Hihi. Panjang alasan kan kalu cuti punya pasal :D

Ok, entry kali ni nak reveal collections turun-temurun saya. Old collected coins. kebanyakan duit syiling ni datang dari koleksi nenek saya, ibu saudara dan juga ibu saya sendiri. Sebab tu namanya turun temurun. Hehehe


Rasanya semua orang tahu kot. sekarang ni memang ramai penggemar-penggemar koleksi duit lama ni. Diorang sanggup bayar beribu-ribu untuk dapatkan koleksi duit lama yang bagi diorang berharga. Haritu ada keluar kat paper mengenai koleksi duit-duit lama. Ada pembeli yang sanggup bayar sehingga RM3,000 - RM4,000 untuk duit syiling 1sen keluaran tahun 1979 rasanya. Waaaa

Nak jadikan coins ni satu collections yg berharga, simpan duit syiling yang rare. Maksudnya pengeluaran yang terhad untuk satu2 occasion ke, atau dah habis pengeluarannya. Contoh macam duit seringgit emas malaysia tahun 1995 tak silap. Bank Negara dah tak keluarkan kan? Satu hari mesti tinggi nilai duit syiling tu.. Untuk pengeluaran terhad bagi satu2 occasion tu sekarang ni macam dah tak banyak keluar. Tahun 70-an dan 80-an dulu, Bank Negara selalu keluarkan duit syiling sempena memperingati satu-satu peristiwa. Yang ada dalam simpanan saya kebanyakannya duit syiling seringgit. Pengeluarannya memang terhad dalam 500,00 unit aje. Yang uniknya, duit syiling ni diperbuat dari copper-nickel, dan saiz dia lagi besar dari duit syiling 50sen yg biasa tu.


Duit syiling seringgit. Sempena ulangtahun ke-100 Getah Asli Malaysia 1877-1977. Tahun keluaran 1977. Masa ni Malaysia masih pakai note dollar lagi.


Ni pula duit syiling seringgit keluaran tahun 1986 sempena memperingati ulangtahun ke-35 PATA (Pacific Asia Travel Association). Bhgn depan ada gambar penyu, menggambarkan logo rasmi conference pada tahun tu. Hasil bertanya pada encik google, tahun 1986 tu rupanya Malaysia menjadi tuan rumah persidangan PATA. Malaysia menggunakan tema "Kenali Malaysia, Cintai Malaysia".


Ni pula duit syiling seringgit sempena sambutan MaalHijrah 1401 (1980)

Seterusnya, duit syiling seringgit sempena 20 tahun Bank Negara Malaysia (1959-1979).


Ni pulak duit syiling seringgit keluaran tahun 1977 sempena 20 tahun merdeka. Muka belakang ada potret Tunku Abdul Rahman Putra.

Selain tu, duit syiling yang error macam disalah tempa pun tinggi nilainya. Kawan saya ada simpan duit syiling 50 sen keluaran 2005 yang ada error. Tahun yang tertera kat syiling tu tulis "200".. tertinggal no 5. Sekarang mungkin syiling tu bernilai 50sen, mana tau satu hari bernilai 5000 ke. Wahh tinggi sgt cita-cita kau dik non :D

Selain duit Malaysia, ada juga duit syiling lama negara2 luar. Macam UK, Indonesia, Filipina dan macam-macam lagi. Tapi ada satu duit syiling yang menarik minat saya. Pada mulanya saya pun tak pasti duit syiling tu dari keluaran negara mana. Kemungkinan besar Saudi Arabia memandangkan duit syiling tu menggunakan tulisan jawi/bhs arab.


Tahun yang tertera kat syiling tu 1392 Hijrah, bersamaan tahun 1972. Kat bahagian tengah bulatan tu tertulis "Qirsh A-Nain". A-Nain dalam bahasa arab maksudnya dua. Kat tepi bulatan tu pula tertera nombor sepuluh. Dan ada tulisan arab "'Ashra Halalah". 'Ashra bermaksud sepuluh. Sekali lagi, hasil bertanya kat encik goggle, barulah saya tahu tentang sistem matawang Saudi Arabia ni. Matawang Riyal terbahagi kepada dua sub-unit; iaitu 20 Qirsh dan 100 Halalah. Satu riyal bersamaan 20 Qirsh la. Jadi, 1 Qirsh sama dengan 5 Halalah. So, boleh kira sendirilah kan berapa nilai duit syiling ni. Hehe.

Akhirnya, persoalan saya terjawab yang duit syiling ni adalah duit Saudi Arabia. Lepas tu belek2, baru perasan ada tertulis "Faisal...'Aziz". Beliau adalah pemerintah Arab Saudi sekitar tahun 1970-an, King Faisal bin Abdul 'Aziz; yang mati ditembak oleh sepupu sendiri rasanya. Saya pernah terbaca dulu. Ya, saya memang minat sejarah2.. subjek sejarah je tak score masa SPM dulu. Hihi.


Ok, beralih ke duit kertas pulak. Heh. Tak banyak sangat simpanan duit kertas ni. Macam yang atas ni, duit 100 rupiah Indonesia. Tahun 1968 dan 1958.


Paling berharga. Wang kertas lama zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ni keluaran era 40an ni. Rare bukan? Bernilai 10 dollars ketika itu, dan dikenali sebagai "wang kertas pokok pisang". Ada juga tertera tulisan "promises to pay the bearer on demand". Ada sejarahnya wang kertas ni. Pada ketika itu, jual-beli bersandarkan emas. Contoh kalau kita (orang melayu) dapat kertas ni, kita boleh menukarkannya kepada wang. Wang ketika itu ialah emas. Jadi kertas ini adalah bersandarkan emas. Kertas ni hanya sekadar kertas bernombor yang boleh ditukarkan. In such way, berhutang emas lah sebenarnya. Satu penipuan penjajah (Jepun) kepada orang melayu. Mereka boleh beli apa sahaja dengan wang kertas ni.

Bila kerajaan baru ambil alih (Jepun digulingkan British), mereka keluarkan wang kertas yang baru. Wang kertas lama tak digunapakai, maka orang melayu hilanglah emas-emas mereka. Bijak bukan? Bila British memasukkan Borneo dalam Malaya, barulah sistem kewangan baru dibuat. Emas tidak lagi diwajibkan dalam pertukaran.


Kadang-kadang, dengan mengumpul duit2 lama ni bukan aje menguntungkan, tapi membuka banyak maklumat lain yang kita tak tahu pun sebelum ni. :)

Oklah itu aje nak share. Kita sambung dalam Part II pulak nanti. Kita tenggok collection apa pulak makcik nak reveal. Hahahahah


Wednesday, October 5, 2011

cerita pukal lagi ^__^


Assalamualaikum wbt.,

Lama betul rasanya tak log in blog sendiri. Nasib baik tak lupa password :P

Hampir 2 bulan menyepi dari blogging, banyak mende la nak update kononnya ni. Haha. Tapi, sungguh.. banyak betul kejadian2 yang terjadi tak sempat nak luah kat blog. Eceh

1. Aidilfitri
Ok. Basi. Dah habis Syawal pun :P Skip la ye

2. Besday anakanda sulung

Haha macam dah ada anakanda kedua la pulak. kuikui. Birthday yang ke-satu anakanda Najla Nafeesa pada 15 September haritu. Tiada sambutan apa2 pun. Cuma, ayah bagi ibu duit untuk beli kek Secret Recipe kegemaran ibu. Hahahah sangat tak fair ^___^ Untuk hadiah harijadi, Ibu belikan buku kisah-kisah Nabi (Ok, Ibu memang tak fun, asyik bukuuuu je~! :P) Ayah kata nak belikan basikal untuk Najla, tapi sampai skang tak nampak2 pun lagi. Hahahah, jgn riso Najla..nanti Ibu tuntut oke! :D




Buat anakanda tersayang : Selamat hari jadi yang pertama. Semoga membesar jadi anak yang baik, solehah, sihat2 selalu, dengar ckp ibu ngan ayah, jadi anak yg cerdas, cergas dan bijak! ^___^

Budak mengada nak tarik2 rambut ibu. Adeh letey~!

Sedikit perkembangan. Beliau sudah boleh berjalan sekarang. Maka sudah semakin panjang langkahnya mengekor saya ^_____^ Selain sudah ada kaki, mulut beliau juga sudah semakin riuh! Gigi ada 8 kesemuanya, 4 atas 4 bawah. Belum pandai erti gosok gigi. Setiap kali sua berus gigi, dia akan gigit. ingat kita nak bagi makan. Haiyaa

Sempena masuk setahun ni juga, saya dah hantar beliau ke Taska. Sebelum ni hanya di rumah pengasuh. Saja nak biasakan beliau dengan ramai orang. Bertambah lah juga kawan2 :) Sahabat Najla di Taska namanya Nabila. Mereka berdua sangat macam kembar, sebab sama2 kecil dan berambut haluusss. Mengikut kata mualimah (cikgu), pergi kemana sahaja nak berdua. Hihi

3. Hari konvokesyen Ibu

Usaha bertahun2, akhirnya konvo juga :P Alhamdulillah. Ok lah, gambar-gambar..

Geng Angkasa! Yah!

With the love of my life. Thanks a lot!

Bak kata Fizah, gambar wajib ada. Bersama supervisor yang supportive dan sporting! *Cilok gambar hang Fizah!


Saja letak gambar bagi flashback :P Draf-draf tesis saya yang entah berapa kali di conteng-conteng, diperbetul, dirombak dengan dahsyat sebelum di edit semula menjadi 7 ketul hard cover yang berharga. Hahaha exaggerate lebih. Tapi, sungguh saya puas hati. Sekarang boleh berangan untuk PhD ^___^

4. Pindah rumah


Kira-kira dah seminggu lebih kami berpindah ke rumah baru di Bukit Katil. Masih kelam kabut. Masih banyak box2 tak punggah lagi. Sikit-sikit. Astro baru pasang kelmarin, tunggu streamyx pula masuk nanti. Takpe, sikit-sikit. Najla pun masih blur dan tak familiar. Kalau tak nampak Ibu depan mata, dia tahu jerit saje. Kalau kat rumah lama, memang dia akan cari sendiri. Takpe, sikit-sikit :D

InsyaAllah, kalau ada rezeki saya panggil kawan2 untuk makan2 ye! :)

Ini koleksi novel zaman tok kadok saya. Dalam perkiraan. Samada mahu bagi orang, letak kat library UTeM...atau jual. Sayaaannggnyeerr T_____T Tapi dah banyak sangat smpai tak muat almari. Nak tambah almari, memang tak la kan. Hahahah

Nanti2 lah kalau rajin saya sambung cerita pasal rumah :P

5. Irfan Hariss

Kelahiran si comel pada 23 Ogos yang lepas. Heheheh Imah dah nak habis pantang baru nak update dalam blog. Muihihihi. Imah pun dua kali lima jugak. Blog sampai bersawang-sawang tak reti nak update. Hahahah. Btw, Tahniah Imah for ur new born baby! InsyaAllah jumpe weekend nih :)

Irfan Hariss selepas seminggu dilahirkan. Sekarang mesti dah lain sikit

Oh ya, Irfan lahir pada tarikh yang sama dengan suami saya! :) Happy birthday Ayah. Tahun ni takde hadiah eh sebab besday ibu haritu tak dapat pape pun. Hahahaha


Ok, itu saja. Sekian dulu.

Jumpa lagi di entry yang entah bila la pulak agaknya :D

Wednesday, August 26, 2009

It's all about the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
-Miley Cyrus, The Climb

Aku bukan peminat Miley, mahupun Hannah Montana. Pliss..sangat Lizzy McGuire hoccay. Tapi aku suka lirik lagu The Climb ni. Menggambarkan secara tepat keadaan aku waktu ini.

Aku kan..tak pernah berfikir secara serius tentang masa depan. Maksud aku, secara serius yang betul-betul serius. Serius yang betul punya serius. Adeh susah lah aku nak explain. Tapi tu la, aku tak pernah betul2 fikir pasal tu. Risau jugak kadang-kadang bila tengok orang lain punya plan tentang masa depan. Aku selalunya akan ikut flow aje. That's how I live my life. Aku tak suka nak fikir sampai penat kepala otak. Bak kata The Beatles, Let It Be (Oh I heart The Beatles!) Senang kata aku tak serius la. Aku ada buat, tapi tak serius. Korang faham tak? huhu

Sekarang ni bila duduk sorang2, aku berdebar2. Macam-macam yang aku fikir. Sampai berkerut-kerut dahi, sangat tidak comel suda. HAHA. Terasa dalam 5 bulan akan datang ni, penuh dengan magik! Keajaiban luar biasa! Macam Ting-Ting-Ting! (teringat pulak cerita Charmed)

Lusa aku akan berpindah ke Melaka. Aku harap aku okay di tempat baru. Harapnya juga penerimaan orang di sana juga okay. Nampaknya, aku kena belajar loghat Melaker dengan Fizi, atau mungkin Fiza (eh nama korang dah dekat sama lak..nama orang Melaker memang nak sama eh? tukau lah nama aku jadi Fizo..HAHA). Aku ada azam tahun baru tentang masa depan. Ya, saat ini aku telah mula berfikir secara serius tentang masa depan. Serius tentang kerja, serius tentang study, serius tentang orang sekeliling, serius tentang diri sendiri. Yup, diri sendiri. Mawar, kau jangan nak main-main jer! Serius skang!

Banyaknye perkataan serius. Huhu.

Buat my buddies - Take, Imah, Jue, Hani, Saz, Liza dan Azrin. Terima Kasih atas wish dan doa. Kita akan berjauhan sikit pasni, Hani extra jauh, Imah laaaggiiii jauuhhh. Tapi korang 'kan selalu dekat di hati. Sob sob sob. Eceh macam jauh bebenor aku nak pegi. Hehe. Datang la melawat aku kat Melaker yer. Boleh kiter makan ikan bakau! (Sumpah burok ah loghat melaker haku)

Doakan aku ye kawan-kawan. Terima Kasih kerana membaca luahan hati aku yang sedang sangat berdebar ni.

Sekian. Selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua.