Wednesday, June 9, 2010

Update

Hai blog! kesian kau. hihihi

Minggu ini kandunganku masuk 25 minggu sudah. Memang super cepat macam magik! 6 bulan bagai 6 minggu. Banyak bnd perlu setel sebelum menjelang tibanya saat itu. huh huh kayuh kayuh


Baby's weight (25w 4d) = 700 gm
Mommy's weight = 51 kg (peningkatan mendadak bukan..? eheh)

Heartbeat = Good. Alhamdulillah
Movement = Hyper. Huu-haa

Gender = ehemm.. :P

EDD = 18th Sept 2010


Aku buat research (?) sikit pasal baby's weight. Entah kenapa aku suka risau benda2 pelik. Mengikut kata BabyCentre.com, at this time my baby's weight should b
e almost 1.46 pounds, dalam 660gm. Ohh tertembam rupanya beliau! Hehe. Aku ingat ringan sangat.

Kalau tengokkan perut aku ni, semua dok kata aku mengandung 4 bulan. Sangat kecil kah perutku? Sebab tu aku risau baby ku kecil. Kalau ikutkan aku, semakin maju ke hadapan aje aku tengok. Tapi maybe sebab aku tengok perutku hari-hari. So, perubahan tu memang aku rasa. Doctor kata, saiz perut ibu mengandung perlu bersesuaian dengan badan ibu. Mungkin sebab aku kecil, my baby bump turut kecil. Nothing to worry about. Ok tenang sekarang, jangan risau. Eheh.


Doctor juga pesan, awak perlu positif. Check up sebelum ni, masa minggu 21 kalau tak silap. Dr kata aku anemic. Iaitu kekurangan darah. Blood Test aku menunjukkan 10.8, sepatutnya normal Hb>11. Seperti biasa aku buat research pada encik google. Anemia memberi kesan tidak baik juga kepada ibu dan anak. Aku risau lagi. Kena makan besi banyak2. Huhu. Macam2 aku makan untuk tambahkan zat besi. Alhamdulillah, dah ok skang. Test hari tu 12.4. See, kena positif! hehe.

Satu perkara yang dapat menghilangkan rasa risau ni ialah pabila beliau membuat tendangan kasih sayang. Walaupun senak dan menterkejutkan sometimes, tapi sangat indah perasaan itew. Eheh. Tak apa sayang, tendanglah. Biarlah ibu ke toilet tanpa henti sekali pun. Ya betul, setiap kali beliau membuat tendangan, automatically memang rasa nak kencin.

Doctor kata, air ketuban aku mencukupi. Paras normal. Alhamdulillah. Tapi doctor nasihatkan supaya tambahkan lagi air ketuban utk elak baby lemas. Salah satu cara adalah dengan tido mengiring. Aku taktau secara saintifiknya macamana kaedah ni boleh menambahkan air ketuban. Tapi mungkin sebab bila kita tido mengiring, baby mudah bergerak or something. Sebab
baby yg akan produce air ketuban ni. Rasanya la. It comes naturally. Aku memang starting tido mengiring ke kiri, ambil sunnah Nabi. Tapi bila dah nyenyak, posisi mungkin berubah. eheheh ganash. Doctor kata, kamu hadanglah dengan bantal2 lain, supaya posisi tidur kamu statik mengiring sepanjang malam! Oh comel sungguh Dr beri nasihat begitu! Hehe. Baik Dr, saya diam sekarang

Ok lah, masa membebel sudah tamat. Mata pun dah mengantuk. Masa untuk tidur mengiring :P

Umar: Bila kita nak dapat cousin nih?

Selamat malam semua!

5 comments:

Imaan09 said...

alalaaaa..it's such a very sweeet moment..record..record everything!! wlupun ada peluang untuk kali kedua n seterusnya..y pertama tetap y terindah!!

Fatima Saiful said...

umar kalo dpt cousin 'awek' mesti malu2 nanti kan???hehehe...btol cakap Imaan09...rekod everything.yg pertama tetap yg terindah!!!;)
tuhla,mawa...jgn riso sgt pasal berat bdn!just think positif...;)bile riso, bb pon akan riso!

Anna Da Lady said...

Salam Mawar..hehe..walaupun aku takde pnglaman lagi, tapi aku sokong jugak kata2 wanita2 yang di atas...setiap detik memang berharga..hargailah ia...

Megat said...

eh cepatnya dah 6 bulan...
tinggal 3 bulan lagi...

juelee said...

comelnye rayyan eceh.. nama bakal anakku nanti.. HAHHA