Friday, March 25, 2011

Perjuangan itu manis

Assalamualaikum wbt.,

Alhamdulillah, di sebalik semua rintangan, kelmarin berakhir satu urusan terpenting dalam pengajian. Rasa macam satu batu besar telah lepas dari bahu.. Fuuhhh

23/3/2011. 230 petang. Saya dah siap sedia di bilik viva siswazah. Dah siap setting slide dlm laptop segala. Internal examiner saya, Dr. Mandeep juga sudah sampai. Sejurus kemudian, penyelia saya sampai. Diikuti penyelia bersama. Masing-masing senyum dan angguk-angguk je kat saya. Tau kot saya cuak tahap gaban. huhu. Tak lama, Dr.Rosdiadee pula smpai. Beliau mewakili jabatan. External examiner, Prof Yusof dari UTHM tak hadir, tapi terdapat seketul report dan tesis saya yang sudah diconteng arang pen merah berada di atas meja bilik viva. Akhir sekali, Prof Amir dari JKKP selaku pengerusi pun sampai.

Perkara yang paling ditakuti ketika viva ialah terlebih masa, dan kemudian dipotong oleh tuan pengerusi ketika sedang meng-present sedangkan ada se-bundle slide lagi utk dibentangkan. Saya dah try test present beberapa kali dan kesemuanya sekitar 40-45 minit. Masa yang diperuntukkan hanyalah 15-20 minit. Puhh tang mana nak buang? Semua rasanya penting okeh. Tapi Alhamdulillah everything went well. Ada beberapa slide yang saya tutup mata dan go through saje. Heheheh..

Sesi Q&A dimulakan oleh Dr. Mandeep. Rasa lega juga bila beliau kata soalan yang beliau sudah prepare untuk saya, semua sudah saya terangkan dalam presentation. Hihi.. tapi Dr. Mandeep tanya juga beberapa soalan mengenai project dan yang lainnya lebih kepada comment mengenai tesis. Kemudian Dr. Mandeep baca report dari pemeriksa luar. Alhamdulillah dapat review yang baik drpd Prof Yusof. Ada juga soalan yang ditanya, dan Alhamdulillah saya dapat jawab dgn baik. Entah mana datang semua idea itu. Huhu syukur diberi kekuatan dan ketenangan utk menjwb semua soalan. Wakil jabatan, Dr.Rosdiadee hanya bertanya dua soalan secara umum. Mengenai kelebihan dan limitation project. Prof Amir selaku pengerusi hanya beri comment dan pendapat untuk penambahbaikan project masa akan datang. Kemudian beliau ada juga bertanya mengenai perancangan research saya. Walaupun tak detail, beliau nampak impress dan minta saya sambung PhD secepat mungkin. Katanya "nanti dah tua macam saya, dah malas". Heheheh.

Kemudian saya diminta keluar dari bilik itu untuk mereka ber-discuss. Dalam 10minit, saya dipanggil masuk semula. Prof Amir berceloteh secebis dua mengenai perkara yang saya tak berapa nak paham, dan kemudian beritahu yang saya lulus sarjana dengan minor correction. Alhamdulillah. Saya ucap terima kasih kepada semua panel yang ada dan dibalas dgn ucapan tahniah drpd mereka. Fuuhhh rasa nak lompat-lompat-lompat! Pastu sesi penghargaan dan ambil gambar bersama supervisor2 kesayangan. Hehe. Supervisor2 saya hanya diam membatu sepanjang viva saya berlangsung, sesekali saya jeling juga pada mereka utk lihat expression muka (huehue nak pastikan saya di track yg betul).

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sudah selesai. Tapi masih semput juga hendak mengejar senat. Che Wah kata next senate meeting adalah pada early June. InsyaAllah saya cuba setel corection dan bind hardcover sebelum tarikh tersebut. Bergantung kpd rezeki, InsyaAllah.

Mengenai PhD, saya tak fikir lagi. Kalau ikut kat sini, saya perlu queue dan mungkin masa saya akan tiba sekitar 2017. Mana tau ada rezeki lebih, dapat saya sambung awal :P Semua bergantung kpd rezeki.

Apapun..Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Segala pujian untuk-Mu.



8 comments:

juelee said...

tahniah mawar.. bagus la, ntah bila lah aku nak sambung master.. PHD? hurmmmmmmm

cerita-gadis-ini said...

minggu ni asyik dengar kawan2 hbskan master dengan minor correction..TAHNIAH mawar..u deserve fo it!lepas ni boleh sambung pHD pulak...doakan aku untuk viva sem depan..aminnn

Imaan09 said...

tahniah..masyaALLAH, indahnya dah selesai..
dengar2 nak dikuatkuasakan, sv xbleh masuk viva..huwaaaaaa.. lagi laa, rasa 'alone'..wlupun drang xbleh kata apa2 pun klu derang ada pun...

sisanizu said...

mueheheheh,,lepas ni letak gmbar bersama tesis hardcover yerk..hehe he..anyway, TAHNIAH!!!!!!!!

M a W a D D a H said...

tahniah mawar...akhirnya penderitaan dah selesai...tahniah skali lgi...prepare utk phd lak...hehe

Lia Akma said...

congrats kak mawar..:)

MiSs iiMa said...

tahniah ibu najla!ibarat naek pangkat la ni kan..ape lagi kena open table lah hehe

miss said...

tahniah mawar !!! bestntye...nak jugak !! hehe tp malas... :p