Monday, May 16, 2011

Bukan cerita biasa

Atau lebih tepat.. bukan cerita Hindustan biasa. :D

Tiada nyanyi-nyanyi guling-guling atas rumput. Tiada aksi tembak-menembak tumbuk-menumbuk tapi hero tak mati-mati. Tiada kisah cinta tiga segi; kena paksa kawin ngan mak bapak segala. Tiada.

Yang mungkin tetap ada, adalah penonton (read : saya lah.. siapa lagi hoho) berjuraian air mata di akhir cerita. Ceh

Taare Zameen Par

Atau terjemahannya "Stars on Earth" (Bahasa Melayu: "Bintang kecil di bumi Tuhan", tambahan 'kecil' kerana merujuk kepada watak utama filem ini iaitu seorang kanak-kanak)


Every child is special.

Kisah ini bermula dengan perkenalan kepada watak utama, iaitu Ishaan Awasty. Ishaan berusia 8 tahun, hidup dalam dunianya sendiri, dilihat seperti sentiasa diawang-awangan. Menangguk ikan dalam longkang, bermain lumpur, membuat catan air, dan layang-layang antara perkara yang menarik dalam kehidupannya. Ishaan sentiasa tidak memberi tumpuan semasa belajar di sekolah. Selalu gagal dalam Ujian. Selalu mendapat aduan dari guru-guru atau jiran2. Ayahnya menyangka dia malas, nakal dan gurunya fikir dia bodoh. Tapi, apa yang tak diketahui (atau tak mahu mengaku) adalah Ishaan mengalami Dyslexia.

Kerana dyslexia, Ishaan sentiasa melihat huruf menari-nari. Ini membuatkan dia sukar untuk membaca. Kebanyakan masa, Ishaan melihat setiap huruf secara terbalik atau dalam imej cermin. Ishaan juga sentiasa membayangkan sesuatu yang lebih dari orang lain. Imaginasi Ishaan bagai tak dapat dibendung.

Kesedihan Ishaan bermula disaat dia dihantar ke sekolah berasrama oleh ayahnya. Untuk mendisiplinkannya dan sekali gus menghukumnya atas sikapnya yg seolah2 malas belajar. Namun, keadaan tidak berubah sama sekali. Ishaan masih tidak tahu membaca, tidak tahu menulis malah masih gagal dalam peperiksaan. Lama kelamaan, Ishaan menjadi sangat tertekan dan berubah menjadi pendiam dan bermasalah. Sehinggalah Cikgu Nikumbh (guru Pendidikan Seni) datang ke sekolah Ishaan sebagai guru ganti.


Cikgu Nikumbh adalah orang pertama mengesan masalah yang dihadapi Ishaan. Malah Cikgu Nikumbh lah yang berjaya menemukan jalan keluar dan mengembalikan keceriaan kepada Ishaan :)

Banyak scene yang simple tapi berkesan. 1) Scene dalam kelas masa Cikgu Nikumbh bercerita mengenai orang2 ternama yang berjaya tapi ada masalah dyslexia. 2) Scene semasa pertandingan melukis; Ishaan melihat lukisan Cikgu Nikumbh. 3) Bagaimana Cikgu Nikumbh menyuruh ayah Ishaan membaca kotak game bertulisan Jepun, tapi ayah Ishaan tak dapat membacanya kerana tak faham (sebagai sindiran supaya ayah Ishaan mengerti bahawa anaknya tidak boleh membaca kerana tidak faham tulisan bukan kerana malas). 4) Juga scene tentang Pulau Solomon. ^__^ Boleh tak saya nak kata, tamparan hebat buat filem melayu yang &(^#&%^@$!! :D

Ini betul bukan cerita biasa. Ada ilmu. Untuk semua. Sebagai ibubapa, rakan, atau lebih dekat untuk para pendidik. Jangan mudah me-label seseorang tanpa kita mengenal seseorang itu. Bagaimana kita harus mengubah pandangan kita tentang sesuatu kepada yang lebih positif. Bentuk optimis begini indah. Setiap manusia ada peluang untuk berubah jika kena gaya pengajarannya. Dengan izin Allah SWT, InsyaAllah.

Cerita ini tidak ada hero. Mungkin saya boleh kategorikan Cikgu Nikumbh sebagai hero ^___^ Kerana beliau yang menemukan jalan cerah buat Ishaan. Seorang guru. Paling kurang, pendekatan Cikgu Nikumbh mendidik Ishaan menulis, membaca dan mengira benar-benar memperkayakan pengetahuan saya dalam memahami cara pendidikan kreatif.

Penghargaan buat guru. Sempena sambutan Hari Guru hari ini, 16 Mei.


Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu Malaysia!

Hiii :)


Sekian. Cerita ini harus tengok!



10 comments:

cerita-gadis-ini said...

bole donlod filem ni ka?

mawar said...

cube try carik. ada kot. aku tengok kat astro. eheh

UmmiUmmar said...

oh..seriyes tersangat2 best..dah penah tgk kat tv xlama dahulu..mmg berjurai2 keluar sesuatu dari mata..haha

Selamat Hari Guru,Mawar!

amie said...

saya mempunyai anak saudara yang macam malas jugak.ajar soalan sama berulang2 tapi still tak faham.auntie plak garang bagai singa.mungkin boleh mengambil pengajaran dari cerita ni..nak tgk jugak.copy copy mawar.hehehe

ummie said...

sy ada sepupu (kembar)..2-2 dikesan dyslexia..tahu sebelum masuk sekolah...kt Malaysia ni bagus(yeke bagus??ke kt sekolah tu je bagus?)..diorang ade test sblm daftar sek..result kuar..kena refer hospital dulu...nasib baik ade test camtu..kalo x mmg xtau...semua benda yg diorang buat mmg rasa pelik..skang dah darjah 3..dah masuk sek biasa smula..

sy pon tgk cerita nih kt astro..lps makcik tepon bgtau soh tgk sbb sama ngan ank dia...lg sedih sbb terbayang org yg dekat dgn kita alami benda tuh..

Fatima Saiful said...

haruslaa tgk!!mesti bengkak mate..:P~weh astro channel ape??

mawar said...

astro channel 108 Zee :)

aliadijamina said...

Dah tonton cerita ni, malah sudah 3 kali menonton cerita ini, tak pernah jemu. Anak saya juga mengalami masalah yang sama.Cerita yang banyak memberi manafaat.

Love this story very much.

werdah said...

Assalamu'alaikum Mawarni

Cikgu ada menontonnya di TV, kisah yang dipaparkan melalui filem ini berkesan kepada ibu bapa yang mungkin ada anak-anak yang mengalami dileksia ni.. boleh contohi cikgu Nikumbh tu.. amat malang jika ada ayah seperti ayah Ishaan yang tak mahu meneliti sebab anaknya jadi begitu lalu tindakan yang diambil menjauhkan anak daripada dirinya.

Siti Aziz said...

nak kena tengok jugak nie...