Wednesday, October 19, 2011

Budi bahasa

Assalamualaikum wbt.,

Saja nak share :)

Semalam dapat email drpd ex-supervisor saya. Actually forwarded email. Email tersebut ditulis oleh seorang student final year dari universiti tempat saya mengajar. Isi utama : student tersebut minta penerangan lanjut mengenai journal yg ditulis oleh supervisor saya. It's also happens to be my paper.

Yang menjadi isu adalah : bahasa yang digunakan oleh pelajar terbabit.

Saya boleh katakan, kurang bahasa, panggilan nama yang totally salah(saya tak maksudkan pangkat) dan paling utama - bukan begitu caranya meminta orang lain menyampaikan/share ilmu kpd kita. Agak mengecewakan, apatah lagi sv saya cakap, "Mawar, this is your student" :(((

Kalau tengok kat negara luar, kebanyakannya tak endah pun pasal panggilan2 nama ni. Diorang kadang tu panggil professor diorang dengan gelaran nama je. Kita kat sini kecoh pulak dengan gelaran2 segala. Saya tak nafikan, kadang2 orang kita terlalu hadap sgt dengan gelaran2 ni. Tapi apa yang saya faham, gelaran ini menunjukkan rasa hormat. Saya rasa itu penting. Bukanlah nak patriotik sangat ke hape, tapi kalau anak korang panggil korang dengan panggilan nama saje, apakah perasaan? Gelaran ni juga untuk tunjukkan rasa sayang, rasa sanjung. Sebab tu kita, rumpun melayu kena ada semua ni. Budi bahasa. Sopan santun.

Nampak macam mudah tapi penting.

Pertama sekali, kena tahu dengan siapa kita berurusan. Jika tak pasti, gunalah gelaran2 yang neutral seperti Encik ke Tuan ke Puan ke. Lepas tu perkenalkan diri dengan hormat. Kalau nak diri dihormati, kena lah juga menghormati orang.

Saya cuba rasional. Kalau saya ditempat sv saya, mungkin saya akan tutup mata dan bantu saja student tersebut. Sebab afterall, apalah sangat dengan gelaran2 ni atau saya akan menganggap student tersebut secara tak sengaja 'berkasar' bahasa dengan saya. Tapi itu tak betul. Orang buat salah, kena tegur supaya boleh diperbetulkan. Supaya selepas ni kesalahan yang sama tak berulang.

Tapi saya faham. Kita sendiri pun. Bukannya kita tak tahu nak berbahasa, tapi tak sedar yang kita 'sedang' tak berbahasa.


Sebab tu orang kata, belajar tingi-tinggi, takde akhlak takde gunanya. Sebab tu kita kena didik anak remaja kita berakhlak dulu baru berilmu. Supaya nanti ilmu yang dia dapat akan digunakan untuk kebaikan, bukan keburukan.

Akhlak jauh lebih penting berbanding ilmu.



1 comment:

UMMI YL said...

Saya pernah membaca dalam satu buku yang saya sudah lupa tajuknya...

memang hal ini nampak remeh tapi buku tersebut memberi panduan bagaimana memberi email terhadap supervisor. Ia memberi contoh ayat2 yang tak harus diguna atau tidak.malah struktur yang proper..buku tu adalah panduan menulis desertasi..

apapun sebenarnya ia adalah ilmu yang patut ada..atau pun lebih kepada common sense...yala..kalau nak email kat kawan2 lain lah..tapi saya sangat setuju dengan awak, pada orang yang tertentu kita harus guna cara/bahasa yang tertentu juga..

sedihnya kalau seorang pelajar universiti tak terfikir untuk lakukan dengan betul....kenapa ye??