Friday, February 15, 2013

Raudhatus Sakinah


Alhamdulillah, saya dan beberapa org rakan berkesempatan ke Raudhatus Sakinah petang tadi. Pernah dengar Raudhatus Sakinah? Boleh klik gambar bwh ni untuk tahu lebih lanjut. 


Ada beberapa pengisian yg kami buat sepanjang di sana. Selesai sesi ta'aruf, ada sedikit tarbiyah mengenai kepentingan ilmu. Kemudian, part paling digemari ialah kelas belajar bahasa jepun oleh kak jimi hihi. Sebenarnya mereka sgt memerlukan support dari kita semua. Bukan dipinggirkan atau dipulaukan spt masyarakat lazim akan buat. Sebab bila didekati kebanyakan antara mereka sebenarnya sedar perbuatan mereka salah, berdosa..taknak buat dah. Alhamdulillah :) Ada sinar taubat buat mereka. Yang penting peluang buat mereka utk kembali ke jalan yg benar.

Semasa sesi salam-salam utk berpisah, seorang dari mereka bisik pada saya, katanya takut untuk menghadapi hari bersalin nanti (dia tau saya juga sedang pregnant). Jangan takut dik, besar pahala ibu yang melahirkan anak; terhapus segala dosa ibarat seperti baru dilahirkan semula. In Shaa Allah. :')

Moga Allah SWT berkati adik2 semua.

Akhir sesi, kami ramai2 menyanyikan lagu tema di Raudhatus Sakinah. Lagu ni sebenarnya ialah doa Rabitah dalam Al Mathurat. Sungguh pilu sebenarnya bila kita hayati doa ni. Kami tangguh pertemuan dengan Tasbih kifarah dan Surah Al Asr.

Hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumi Mu
Hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendukung
Syariat Mu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada tunjukkanlah jalan yang benar
Penuhkanlah dengan cahaya Mu tiada malap terani alam Mu
Hidup suburkanlah dengan makfirat Mu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam  perjuangan menegakkan agama yang mulia


Moga satu hari tiada lagi remaja yang perlu ke tempat seperti Raudhatus Sakinah. Mari kita mengajak semua sahabat-sahabat kita supaya menjauhkan diri daripada zina!


Firman Allah:
"Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang buruk [Al-Israa' : 32]"


No comments: