Friday, December 26, 2014

Dugaan itu Pelajaran

Today hari jumaat, bermakna hari cuti di Johor. Juga bermakna hari untuk saya rehat dari kerja2 lab dan hanya buat 'light reading' sahaja. Walaupun sebenarnya tak aci sebab semalam dah off-day 'sambut' krismas :P Reupdate: saya sudah bergelar mahasiswi UTM sejak 4bulan yang lalu. Tolak 2 bulan sebab cuti haji, maka sebenarnya saya baru mula pengajian PhD lebih kurang 2 bulan. Nothing much to expect on these 2 months, tapi sedikit sebanyak saya dah serabut :P (typical me)

So far, dah dua kali group meeting progress (under same sv) yang dah saya hadiri. Meeting ni sebenarnya banyak membantu saya walaupun up to this moment masih banyak perkara berkaitan projek yang belum really identified. Banyak sangat term yang masih baru bagi saya. To make it more difficult, teammates saya semua expertss *nangis*. Ada yang memang dah bertahun berkecimpung dalam bidang ni (has been working at satellite company in Beijing for several years), ada yg excellent student dan buat master dalam bidang ni jugak. Saya seorang je yang terhegeh2, pulak i'm the youngest, perempuan tunggal and the only malaysian. Tapi, saya amik kata2 suami saya sebagai rangsangan,"itulah cabaran dan dugaan pertama, cuba atasi perasaan takut tu. Allah nak kita sabar dan usaha lebih." InsyaAllah.. insyaAllah

Oh ya, kita bakal menjengah tahun baru 2015 tak lama lagi. Hajat dihati nak menulis mengenai kenangan menunaikan haji. Sebagai sharing dan panduan untuk mereka2 yang bakal pergi tahun depan dan seterusnya. InsyaAllah kalau ada rezeki masa saya cuba imbas kembali dan share untuk manfaat bersama. 



Harini juga hujan masih tak berhenti sejak pagi. Apakhabar mereka2 di pantai timur, perlis dan beberapa tempat lain yang dilanda banjir. Seorang sahabat saya merupakan mangsa banjir di Tanah Merah, kali terakhir contact diorang sedang menunggu bot untuk ke pusat sementara. Air dah masuk rumah sampai betis, anak meragam sejak semalam. Harini langsung tak dapat hubungi, mungkin line dah kena cut-off atau battery hp dah habis. Hati gundah memikirkan keselamatan sahabat disana. Apatah lagi mereka yg mungkin ada keluarga, saudara rapat yg juga menjadi mangsa banjir. Allahu, doakan keselamatan mereka :'(

Kita betul-betul diduga kali ni.. diduga denga air yang pernah kita kekeringan kontang pada awal tahun dulu, Allah itu Maha Mengetahui. Ada sesuatu hikmah yang Allah nak kita pelajari, mungkin.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan di sebalik hikmah yang terjadi. Bersabarlah kawan2ku.. Betapa Allah menyayangi  kita.

Semoga kita semua kuat dan tabah


1 comment:

ily♥ said...

Mawar sambung PhD....Wahhhh..All the best my friend..InsyaAllah, you can do it mawar... Jelesnye..Tapi aku xde niat nak sambung for the mean time..huhu..

Mawar, aku tunggu kisah haji tau..Yang ni lagilah jeles..Dpt pergi haji di usia muda..serius aku jeles..

:)