Wednesday, March 11, 2015

Tanggungjawab bersama (sharing notes usrah)


Ini kisah Nabi Salih a.s

Baginda diberikan mukjizat untuk mengeluarkan seekor unta betina dari celahan batu, bagi menunjukkan kebesaran Allah swt kepada kaum Tsamud.
Malangnya, sebahagian kaum Tsamud tetap berdegil, malah keluar untuk membunuh unta tersebut sebagai tanda yg mereka ingkar.
Namun keseluruhan kaum Tsamud (kecuali yg benar2 beriman) akhirnya ditimpa azab daripada Allah swt.

Azab nya sangat dasyat..sangat sangat dasyat.

Keseluruhan tubuh mereka berkecai dengan satu tempikan yang tersangat kuat sehingga roh mereka bergetar bergegar dan terkeluar dari jasad lalu hancur. Astaghfirullah.

[Surah Hud : 67]

Sebahagian buat onar, satu kampung kena tempias..

~~

Perkara berhubung kemaksiatan adalah tanggungjawab bersama. Bukan; hal ko hal ko..aku biar hal aku. Lantak kaulah nak melingkup ke apa. Kubur lain-lain.

Makanya, andai kita nampak kemungkaran berlaku depan mata, bertindaklah dengan hikmah (ilmu). Jangan sampai bala Allah turun, kerana kita semua pun terpalit sama. Walau teguran kita mungkin tak menghasilkan apa2, sekurang2nya kita telah membebaskan diri dari dosa menyetujui dan merestui perbuatan mungkar tersebut.

Tapi ya, cabaran zaman semua orang 'cerdik' ni memang agak sukar untuk amar makruf nahi mungkar. Kita akan dituduh perasan baik, diri sendiri pun bengkok ada hati nak tegur orang. Maka oleh itu, sila hadam ini:

Kata Imam Hassan al-Basri:
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh  di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia SEMPURNA, nescaya tidak akan ada pendakwah (kerana tiada manusia yang sempurna). Maka sedikitlah orang yang memebri peringatan"

"Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (Kepada manusia dan janganlah berdukacita sekiranya ada yang menolah) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi peringatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka(menerima  apa yang engkau sampaikan)" [Surah al-Ghashiyyah : 21-22]

Yang perlu digali sekarang adalah adab dan tatacara nya; agar nampak bijaksana #keranakitasemuadaie #peringatanuntukdirisendiri

ps: ada hutang entry sambungan kisah haji. nanti sambung InsyaAllah :)

1 comment:

Anonymous said...

Pada akhir zaman rakyat terengganu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh kaum nabi salih ini.