Friday, September 11, 2009

Sharing is Caring

Assalamualaikum wbt
Salam Jumaat yang barakah..
Salam Ramadhan Al-Mubarak..
dan Salam Satu Malaysia~! eceh :P

Sedar tak sedar dah masuk 21 Ramadhan harini. Nextweek dah nak raya. Woah cepat giler! Nextweek weh..nextweek! Rasa macam baru semalam je start berpuasa kan? Hmm

Haritu, 17 Ramadhan bersamaan hari isnin adalah hari cuti sempena Nuzul Quran. Tapi, Melaka tak cuti. Huhuu. UTeM ada menganjurkan satu ceramah sempena sambutan Nuzul Al-Quran. Aku sebagai 'orang baru' almaklum diwajibkan ke ceramah tersebut. Takpe, aku suka sebab penceramahnya adalah Al-Fadhil Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Heheh. Ustaz ni adalah penceramah agama kegemaran aku, selain Ustaz Zawawi, Ustaz Akhil Hayy, dan Ustazah Siti Nor Bahyah. :)

Ceramah ni bertajuk Memahami hakikat Nuzul Al-Quran dalam perspektif Sains dan Teknologi. Antara isi yang boleh dikongsi bersama,
  • Al-Quran itu menjadi ikutan, bukan mengikut. Walaupon orang kata, zaman dah berubah..teknologi semakin maju (teringat iklan "dunia dah berubah" hehe) segala hal sepatutnya dirujuk kepada AlQuran yang utamanya. Niat tidak menghalalkan cara, kan?
  • Al-Quran adalah Kalamullah, Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW. Maksud mukjizat itu sendiri dah menunjukkan kehebatannya. Mukjizat bermaksud melawan atau kuat. Al-Quran mempunyai kekuatan yang akan melemahkan semua benda lain. Tiada tandingannya. Al-Quran adalah kalam Allah, walaupun ianya di dalam Bahasa Arab namun tiada seorang bangsa Arab pun yang dapat menandingi keindahan bahasa Al-Quran. Walau cendiakawan sasterawan Arab sekalipun. Miracle bukan? Sayang betul kita orang melayu tidak faham bahasa Arab. Terpaksa mentengok terjemahan untuk faham isi kandungan Al-Quran.
  • Tetapkan niat dalam mengkaji sains. Ada dua keadaan yang dinyatakan. Pertama, adalah mengkaji sains untuk menambah keimanan. INI HEBAT kata ustaz. Contoh, kita tahu dalam Islam mengatakan haram memakan babi. Kita percaya. Tapi kenapa? Sains membuktikan bahawa di dalam badan haiwan itu terdapatnya darah kotor yang boleh menjejaskan kesihatan manusia yang memakannya. Kedua,mengkaji sains untuk percaya dan beriman kepada Allah swt. Ustaz cerita, ada seorang Proffesor dari Jepun mengkaji tentang air zam-zam. Selepas menjalankan kajian tersebut, beliau sangat terkejut melihat molekul-molekul air zam-zam itu umpama berlian, berkilau secara hebat dan molekulnya tersusun rapat (seperti pepejal). Walhal, molekul air biasa sepatutnya tidaklah tersusun rapat dan serapi begitu. Yang mengkagumkan adalah kilauan cahaya yang datang dari air zam-zam itu umpama berlian sebenar. Sambung ustaz lagi. Dikhabarkan, Professor itu telah memeluk Islam tidak lama selepas peristiwa itu. Macam miracle-lah bukan? :)
  • Ada seorang sahabat memberitahu kepada Rasulullah, dia sangat kagum dengan iman yang ada pada para Malaikat. Tetapi,Rasulullah memberi kan respon yang sebaliknya kerana baginya tentulah Malaikat itu mempunyai iman yang kuat sebab mereka boleh berhubung secara terus dengan Allah yang Esa. Lalu ditanya oleh sahabat Nabi tersebut, maka siapakah yang mempunyai iman yang terhebat? Baginda menjawab "aku kagum dengan iman yang ada pada umatku selepas ketiadaan ku nanti, walaupun aku tiada tetapi mereka tetap percaya dan beriman kepada ku serta tidak mensyirikkan Allah". Betapa sayangnya Nabi pada kita kan? Kita tak lahir lagi, tapi kepercayaan Nabi pada kita sudah setinggi gunung. *sigh* T____________T
Aku ambil point sikit-sikit je yang mana aku ingat dan yang menarik hati aku dari keseluruhan isi ceramah tersebut. Almaklum, banyak tertelan semut..cepat lupa. HAHA. Ustaz pun kadang-kadang termasuk bab jual ubat la, beli karpet la, politik dan kuih talam. Habis terliur-liur aku dalam dewan tu. HEHE.

Bukan apa, kadang-kadang kita terlupa hakikat sebenar kehidupan. Al-Quran itu panduan. Kita jarang memahami secara betul panduan tersebut. Peringatan ni adalah untuk tuan penulis juga. Kadang-kadang leka sangat. Astaghfirullah. Dalam majlis ilmu macam ini terhantuk juga kepala bila mengenang amal ibadat yang tak seberapa nih. T______T

Ok, sekian dulu.

Jangan lupa sembahyang Terawih ye makcik-makcik dan pakcik-pakcik!

Selamat menyambung ibadah puasa kepada semua..dan sama-samalah kita mengejar kenikmatan 10 malam terakhir Ramadhan! InsyaAllah :)

3 comments:

Fathiyah said...

mawar dah pndh melaka ye skg.ok kat sana? btw,very informative topik nih.thanks 4 sharing.eh,ustaz faveret akak gak ni.hehe.comelnye baby tuh.anak sapa?

Werdah said...

Salam mawar,

Semoga kita adalah antara orang2 yang Nabi Muhammad saw katakan itu. Memang al-Quran tu penuh dengan mukjizat sehinggakan berbilion manusia membaca walaupun tak tahu bahasa Arab, ramai juga pengkaji2 terdiri dp org2 kafir akhirnya memeluk Islam dan Islamnya lebih hebat dp kita yg sedia Muslim ni..itulah juga salah satu kemukjzatan Al-quran

Fatima Saiful said...

Umar:Allahuakbar....ehehehe...
cumel giler!!!!muke SEBIJIK...takde plus minus nyer...dgn muke mak ko weh!!!