Friday, April 15, 2011

Jumaat di Melaka


Assalamualaikum wbt.,

Harini rasa macam hari sabtu. Sebab apa? Sebab saya cotiiii!! Hehe..saje gedix. Cuti sempena sambutan ulangtahun pengisyhtiharan melaka sbg bandar bersejarah. Plan konon nak buat itu ini la kan cuti ni..nak siapkan marking lab report + key in markah supaya hari senin leh setel senarai tampal, buat correction thesis (sumpah kat office tak leh nak focus, melambak keje lain!), nak buat laksa la, kek pisang la.. Ni dah setengah hari, ape pun tak buat lagi. Update blog pulak hey! Kihkihkih

Anakanda

Harini juga genap anak dara saya berusia 7 bulan. ^__^ Semakin besar. Semakin lasak. Dan juga dah semakin bijak. Najla dah boleh recognize her own name. Kalau saya panggil "Najla...", dah tersengih2 dah cik adik ni sambil depa2 tangan (ingat kita nak amik dia la tu..heheh).


Sukaaaaaaaaa sangat baca buku. Kalau longgok banyak2 mainan depan dia including her books, dia memang akan capai buku dulu. Even buku tu ditimpa-timpa dengan benda lain. Kalau merengek, senang je. Amik buku, pangku, bacakan. Setel. Senyap terus. Faham ke tak faham ke belakang kira. Cuma nak kenalkan dia erti minat membaca. Suka pada buku. Harapnya berkekalan la sampai besau :)))

Lagi satu yang saya perasan, Najla suka Upin Ipin! Cartoon lain termasuk SpongeBob, dia macam tak berapa nak layan (Oh sedih! Ibu sangat suka SpongeBob :D). Petang2 lepas amik dia dari umah pengasuh, dia macam nak melekat ngan saya. Maybe baru tersedar yg kena tinggal ngan ibu seharian. Hehe. So, memang kena buka TV9. Pukul 630 ada Upin Ipin. Baru la Najla diam sikit. Boleh la ibu pergi dapur masak ke angkat kain hujan jemuran ke. :P

Najla juga dah boleh merangkak sikit2. Tak berapa cekap lagi. Melunjur macam askar tuh tere la. Sampai ke dapur sana ikut ibu kenkadang tu. Aigoo~ Akak ipar dah siap2 ingatkan banyakkan baju berseluar panjang untuk Najla since dia dah pandai merangkak ni. Untuk elakkan lutut hitam. Ye ke? Hehe..Takpela, ada la alasan ibu nak shoppiinggg! Kehkehkeh

Ok itu aje :D. Petang ni ayah dia balik. Setelah seminggu berjauhan. Kesian ayah, sejak pindah Melaka ni, workload sgt dahsyat pula. Paling awal balik pun kol9 mlm. Ni ada kursus lak kat bangi. Terpaksalah kerja jugak sebab Selangor tak cuti. Huhu. Itu la kata orang, "Gain some lose some". Takpela, dah dapat duduk dekat ni pun dah bersyukur sangat :)))

Sekian.


5 comments:

~ US *_* ~ said...

Hannah baru ade 2 buku jee...dua2 die wt masok mulut je lebih.kdg2 xsempat bace da kene rampas hihi nnt da 7 bln pndai bace buku cm najla jgk kot ;)

Unknown said...

same cm darwish lh ABC tu.. :)

MiSs iiMa said...

cuba bagi dia novel..mesti dia boleh baca terus..ekeke mak dia kan suka sgt baca novel :P

Fatima Saiful said...

Ya Allah...siyes Najla mcm Agnes dalam Despicable me...comel giler!!!hehe...ngesot p dapo ek??nk tolong ibu msk laa tuh..eh budak2 mmg suke laa upin ipin. apsal ek?tp anak aku spongebob pon die layan. kalo ko tkr channel, ngamuk ler!!seb bek aku pon layan je!!aqil panggil ponbob!!;)

juelee said...

hahaha rayyan katun pun tak kenal.. janji tv sume die layan paling suke bila iklan.. hehehe.. adess rindu la ngan najla..