Friday, July 1, 2011

Meng-ertikan kehidupan


Assalamualaikum wbt.,

Wah. Rasa macam berat je tajuk. Hehe. Saya cuba. Bak kata tagline blog ni, live and learn. InsyaAllah.

Dua hari lepas, saya menghadiri satu majlis ilmu di UTeM. Sempena Israk Mi'raj. Penceramah adalah Ustazah Salbiah Omar. Very inspired. I can say, very-very-very inspired! Saya syorkan kepada semua, kalau ada rezeki untuk menuntut ilmu dengan ustazah ni, pergilah. Thumbs up! :)))))

Tajuk utama majlis ini ialah "Wahai wanita, seksanya azab neraka!". Tajuk pun sudah cukup gerun. Cuba gambarkan, lagi geruunn. Saya fikir semua orang (wanita terutama) mesti pernah tahu, baca atau sekurang-kurangnya pernah dengar tentang seksaan-seksaan dalam neraka yang RSAW sendiri saksikan, kan? Ramainya wanita dalam sana. Gerun. Sangat-sangat gerun. Kita sembahyang, puasa, bersedekah, tutup aurat (ke tutup kepala je?) - banyak lagi ibadah lain, sekadar menamakan beberapa. Tapi, adakah semua ibadah kita ni Allah terima? Bila sembahyang, sempurnakah wuduk? Bila puasa, ikhlaskah puasa? Atau hanya menahan lapar sahaja..? (tak kira lagi dosa mata, mulut sepanjang berpuasa). Bila sedekah juga, ikhlaskah kita? Tutup aurat lagilah...sempurnakah? Belum kira tabaruj dan sebagainya. MasyaAllah takutnya nak fikir. Saya rasa sangat banyak kekosongan dalam kehidupan saya. :'(

Satu point yang saya rasa paling berkesan kepada saya sepanjang majlis ilmu tersebut adalah tentang berkat. Selama ni saya rasa ruang lingkup kefahaman saya tentang berkat sangat kecil. Saya faham berkat itu adalah rahmat dari Allah SWT. Betul, takde salahnya. Tapi apa yang kita perlu faham adalah berkat itu perlu berpanjangan atau bertambah.

Kalau dapat sesuatu ganjaran, selalunya kita akan kata "Alhamdulillah, berkat...". Buat kerja bagus, berkat.. dapat bonus. Alhamdulillah. Yang utamanya ialah, bila seseorang itu dihadiahkan Allah kerana berkat, maka dia akan bertambah. Iman bertambah, ibadah bertambah. Kerja pun mesti lagi bagus. Baru betul konsep berkat. Ada juga kan yang semakin riak, kedekut, malah membelanjakannya bukan ke jalan Allah. Walaupun hasilnya adalah dari sumber yang baik, tapi kalau digunakan ke jalan maksiat, jalan yang tidak baik, tak guna juga. Ada lagi ke keberkatan kat situ? Itu dinamakan istidraj (saya baru belajar ni :D). Sebab itu agaknya ramai cari jalan mudah, nak senang tak kira apa caranya. Kaya tapi sombong, kaya tapi bersedih, kaya tapi orang dengki dll.

Kalau dilihat kepada kehidupan seharian kita, bagaimana nak lihat keberkatan yang Allah beri pada kita? Adakah berpanjangan? Adakah kebaikan bertambah? Apa yang saya lalui, selalu lepas balik keje; penatnya, nak masak pulak lepas ni, lepas tu lipat kain, lepas tu basuh pinggan, bla-bla-bla-bla. Rasa macam tak cukup je 24 jam. Huhu. Sembahyang macam nak pergi berperang. Baca Al-Quran, tapi sekadar baca saja. Hari-hari saya doa, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Lepas tu kelam kabut jugak, mengejar dateline sebagainya. Huhu. Itu dari segi berkat masa. Yang paling senang, kita lihat berkat rezeki. Selalu je rasa gaji tak cukup. Orang gaji RM10 ribu pun kata gaji tak cukup. Perkara yang sama berlaku. Tiada nikmat rasa mencukupi.

Perkara ni lumrah. Kadang-kadang kita tak sedar. Kadang-kadang kita sedar, tapi buat-buat tak sedar :P Jadi, mari kita sama-sama check semula ibadah kita, amalan kita. Tambahkan perasa apa yang kurang. Mantapkan dan perkasakan. Sama-sama kita isi kekosongan dalam kehidupan :)

Anda yang mana? sumber

Satu lagi pesan ustazah. Untuk mencari keberkatan masa, luangkanlah sedikit masa mencari ilmu dengan menghadiri majlis-majlis Allah SWT. InsyaAllah, akan ada ganjaran masa :) Jadi, untuk itu.. kepada semua orang-orang Melaka, mari turun ke program ini. InsyaAllah. Jom Fiza!

Ok, sekian dulu. Semoga apa yang saya share-kan memberi manfaat kepada semua.


5 comments:

FARHANA said...

gud info..sesungguhnya dalam hidup ini perlu ada keberkatan kan?

Fizah said...

very right entry at the very right time. nak pegi! insyaAllah..!!

Fatima Saiful said...

wow ustaz zaharuddin?bes2...;)

Din said...

Bila dah berumur dan mempunyai zuriat ni, hati dah mula memikirkan apa yang kurang dan apa yang perlu ditambah baik dalam amalan seharian. Sekarang umur dah 27 tahun. Dah lebih suku abad. Secara logik, 27 tahun tu sudah cukup untuk kita menjadi muslim sejati. Tapi realitinya? Jom sama-sama tambah amalan! Cari pencen kubur bak kata Prof Dr Muhaya :)

MiSs iiMa said...

rindunya nk hadir majlis2 ilmu..malangnya si dia xberapa supportive bab2 ni :( hmm..