Biasalah. Menjadi seorang pelajar PhD, ada masa berada di
atas iaitu sewaktu hasil eksperimen berjaya, selesai hadiri konferens, dapat
terbit jurnal berimpak tinggi dan sebagainya. Tapi, ada masa berada di bawah,
tergolek-golek, rasa tercungap-cungap nak lemas di lautan dalam. Buat masa
sekarang, saya berada di pertengahan antara dua. Macam di atas tembok,
takut-takut tergelincir masuk ke lautan dalam *nangis*
Teruk sangat nih. Sampai kena telan dek komputer
Teringat kata ayahanda (penyelia saya), “apa pun kita buat kalau
ada ikhlas dan kesungguhan, perkara baik dan kerana Allah swt, insyaAllah ada
manfaatnya”. Saya teruja setiap kali ke
Skudai berjumpa penyelia dan rakan-rakan sekapal (teammates) di makmal. Sebab
waktu itulah saya rasa kerja-kerja saya bermakna atau ‘di jalan yang betul’
hehe. Inilah dilema orang belajar di rumah. Terkadang rasa nak pindah duduk di
sana dan hari-hari datang lab seperti waktu buat masters dulu. Tapi saya juga
ada tanggungjawab di sini. Yang lebih utama sebenarnya. Kadang tersepit juga
dengan kata-kata tentang berhijrah. Hijrah tempat untuk menuntut ilmu. Menuntut
ilmu itu sendiri menuntut pengorbanan. Tetapi, saya juga masih nak melihat
anak-anak depan mata dan membesarkan sendiri anak-anak. Saya nak juga menjadi
guru buat anak-anak saya. Biar mereka kenal huruf dan belajar Al-Quran dengan
saya. Waktu sekarang anak-anak lebih butuhkan saya. Saya fikir begitu.
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah
mafhumnya, “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu
melakukan pekerjaan, ia melakukannya dengan bersungguh-sungguh” (Riwayat
al-Baihaqi)
Biarlah bersungguh. Jadilah pelajar yang belajar
bersungguh-sungguh. Jadilah ibu yang mendidik anak-anak bersungguh-sungguh.
Jadilah isteri yang dicintai dan mencintai bersungguh-sungguh. Hehe.
InsyaAllah, kena selalu bersyukur. Betapa ramai lagi yang dilanda dugaan dan
ujian yang maha hebat. Percaya apa yang Allah berikan pada waktu ini adalah
perkara yang terbaik buat masa sekarang. Yang lain dan akan datang, usahakan
dengan bersungguh!
p/s: lebih kepada luahan hati sebenarnya, bukan catatan. Hehe.
Saya perlu motivasi, jadi saya menulis (sepatutnya membaca) huhu. Oh Allah,
make it easy for me! Rabbi yassir wala tu’asir
2 comments:
good luck mawar..chaiyok2..
teruskan usaha mawarni,
Post a Comment