Thursday, May 26, 2016

Catatan seorang pelajar

Biasalah. Menjadi seorang pelajar PhD, ada masa berada di atas iaitu sewaktu hasil eksperimen berjaya, selesai hadiri konferens, dapat terbit jurnal berimpak tinggi dan sebagainya. Tapi, ada masa berada di bawah, tergolek-golek, rasa tercungap-cungap nak lemas di lautan dalam. Buat masa sekarang, saya berada di pertengahan antara dua. Macam di atas tembok, takut-takut tergelincir masuk ke lautan dalam *nangis*

Teruk sangat nih. Sampai kena telan dek komputer

Saya sedang merasa lelahnya belajar. PhD pula tu. Progress belajar sedang slow. Mungkin sebab tengah mengumpul dan memproses data yang banyak. Kerja berbulan-bulan. Sebab tu dirasakan progress slow. Kadang-kadang  saya sendiri rasa apa yang sedang buat ni macam takde hasil. Kalau ada pun, sedikit sangat. Macam tiada siapa pun peduli. Macam hanya 2-3 orang saja yang akan baca paper yang saya tulis. Hanya orang-orang yang dalam bidang saya (tapi, memang pun kan? Huhu). Sukar untuk terus positif dan termotivasi.

Teringat kata ayahanda (penyelia saya), “apa pun kita buat kalau ada ikhlas dan kesungguhan, perkara baik dan kerana Allah swt, insyaAllah ada manfaatnya”.  Saya teruja setiap kali ke Skudai berjumpa penyelia dan rakan-rakan sekapal (teammates) di makmal. Sebab waktu itulah saya rasa kerja-kerja saya bermakna atau ‘di jalan yang betul’ hehe. Inilah dilema orang belajar di rumah. Terkadang rasa nak pindah duduk di sana dan hari-hari datang lab seperti waktu buat masters dulu. Tapi saya juga ada tanggungjawab di sini. Yang lebih utama sebenarnya. Kadang tersepit juga dengan kata-kata tentang berhijrah. Hijrah tempat untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu itu sendiri menuntut pengorbanan. Tetapi, saya juga masih nak melihat anak-anak depan mata dan membesarkan sendiri anak-anak. Saya nak juga menjadi guru buat anak-anak saya. Biar mereka kenal huruf dan belajar Al-Quran dengan saya. Waktu sekarang anak-anak lebih butuhkan saya. Saya fikir begitu.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah mafhumnya, “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan pekerjaan, ia melakukannya dengan bersungguh-sungguh” (Riwayat al-Baihaqi)

Biarlah bersungguh. Jadilah pelajar yang belajar bersungguh-sungguh. Jadilah ibu yang mendidik anak-anak bersungguh-sungguh. Jadilah isteri yang dicintai dan mencintai bersungguh-sungguh. Hehe. InsyaAllah, kena selalu bersyukur. Betapa ramai lagi yang dilanda dugaan dan ujian yang maha hebat. Percaya apa yang Allah berikan pada waktu ini adalah perkara yang terbaik buat masa sekarang. Yang lain dan akan datang, usahakan dengan bersungguh!


p/s: lebih kepada luahan hati sebenarnya, bukan catatan. Hehe. Saya perlu motivasi, jadi saya menulis (sepatutnya membaca) huhu. Oh Allah, make it easy for me! Rabbi yassir wala tu’asir

2 comments:

sarah shafie said...

good luck mawar..chaiyok2..

Faiz Saaid said...

teruskan usaha mawarni,