Friday, December 4, 2015

Kandil di Kaki Gunung



By Roza Roslan.

Alhamdulillah, done reading. 'Peneman' during confinement. Tapi, confinement tak habis lagi, buku dah habis baca. Macam biasa.. keterujaan melampau, memang kena baca terus sampai habis kalau tak, teringat-ingat hihi. Hubungan dari satu chapter ke chapter yg seterusnya menimbulkan debaran, menyebabkan tak sabar-sabar nak tahu lepas tu apa jadi. Dan macam biasalah, knowing kak Roza punya tulisan macam Prof Kamil jugak.. dan tau pulak mak ni emo sikit, ada part gelak mengekeh-ngekeh, dan ada part memang berjurai-jurai air mata. Huhu


Kenapa kandil? Bila dah sampai ke muka surat terakhir, baru dapat saya relatasikan maksud kandil pada tajuk buku ini. Betapa hanya dengan pertolongan drpd Allah dan berbekalkan sedikit pengalaman berserta ilmu yg dapat melorongkan kita ke jalan yang cerah. Sebenarnya buku ini adalah kisah perjalanan hidup kak Roza dari kecil hingga sekarang, sebuah travelog kehidupan. I love reading travelog, travelog tauhid terutamanya. sebab pertamanya adalah kerana ia berdasarkan kisah benar bukan khayalan reka-reki penulis, keduanya, pasti ada pengajaran di sebalik kisah, dan yang ketiganya sebab bersandarkan hikmah Allah swt. Bagus juga sebagai motivasi, sebab dalam tiap satu kisah, mengajar kita mengenali diri sebagai hamba-Nya, tujuan kehidupan. Benda ni kena selalu diingatkan, melayu manusia mudah lupa kann.. (at least for me, mudah sgt terjerumus dengan perkara-perkara yg melekakan +__+ Astaghfirullah..)

Gaya penulisan Kak Roza dalam buku ini sangat santai dan bersahaja, dan juga comel. Hehee.. Ada cerita yang menyebabkan kita terkenang zaman kanak-kanak, kenakalan masa kecil, betapa garangnya ayah, betapa duit bekal 20sen ke sekolah dulu sangat berharga.. membuatkan kita mengimbau kenangan sendiri. Tenggelam dalam kenangan silam, dalam lucu ada marah, ada geram.. ada rindu.. sesekali terpaksa menyeka air mata yg tumpah tanpa sedar. Jika diamati sebenarnya ia merupakan kisah 'semua' orang. Diselitkan juga doa dan kata-kata kiasan yang buat kita renung untuk memahami dalamnya makna. Teguran serta dakwah secara halus.

Recommended. Moga beroleh manfaatnya, InsyaAllah.

Dan hari ini genap 30 hari mak dalam pantang. Rasa seperti lambatnya masa berjalan, huhu.. tak sabar nak habis "souls'-breakie" ni

Wednesday, November 25, 2015

20 days of life


Alhamdulillah.. dah 20 hari. Tapi sehingga ke hari ini, Rifqi masih belum dapat jumpa atok. Atok pun belum dapat tengok cucu baru dia ni :'(

Atok masih di PPUM. Doakan atok kuat dan cepat sembuh ye.

اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ اَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ فَأَنْتَ الشَّافيِ
 لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَماً
“Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala penyakit, sembuhkanlah, Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan suatu penyakitpun.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Wednesday, November 18, 2015

Blessed.. Alhamdulillah


Alhamdulillah, I have safely delivered my '3rd edition' on 5th Nov at 8.06 am.  Syukur sangat. Semoga hadiah ini lebih mendekatkan kami sekeluarga kepada-Nya. LahawlawalaQuwataillabillah.
The delivery pain is indescribable painful.. but it's gone in a second i saw his face ;')  

Alhamdulillah, pushing event was less than 10 minutes walaupun baby agak besar 3.5 kg (nangis!!). Mak cukup berdebar takut kena jahit banyak, tapi doc kata sikit je. Alhamdulillah, as long as it is less pressure, comfortable and relax..me and baby in safe condition; adalah sudah sangat memadai. Tiada daya selain Allah. Alhamdulillah.

And today, he is already two weeks young.





Sayang sangat dengan adik. Hari-hari cium +___+

update:
Hari ke-7; Sudah dicukur rambutnya, dikikahkan and we named him Rifqi Iman.
Rifqi= lemah lembut, kawan pendamping.
Moga menjadi anak soleh dan penyejuk hati ibu ayah. Amin

Tuesday, October 27, 2015

Rewriting


Ok, lama tak menulis. Perasaan nak menulis tu ada, tapi selalu dihalang dengan perasaan 'ahh baik buat benda lain, banyak lagi kerja lain tak siap'. Huhu. 

Baru-baru ni ada baca buku tulisan Ustaz Pahrol yang buat saya terfikir-fikir semula untuk menulis di sini. Antara bait tulisannya (yang saya olah semula ikut apa yg saya ingat sebab buku tu dah dipulangkan ke library huhu) ; "kisah-kisah kita akan pergi seperti angin lalu, tapi andai ditulis akan dibaca dengan jiwa dan rasa, bukan untuk siapa, tapi untuk kita dan saudara kita; mengisi kekosongan jiwa dengan rasa cinta". :))) InsyaAllah, kembali menulis.

Sekadar update, status saya sekarang adalah menunggu waktu untuk bersalin. Wahh tetibe je kan? Hihi, my 4th pregnancy, tapi baby yg ke-3 InsyaAllah. Sekarang approaching 39weeks (Najla dan Khalif lahir on 39w). Ada juga berasa2 contraction, tapi dengan pengalaman 2x bersalin, u can tell 'belum lagi ni'. Heheh Semoga dipermudahkan InsyaAllah. Mohon doa kawan2 semua.

As for PhD study, progress Alhamdulillah. Baru selesai 1st evaluation (proposal defense). Panels looks satisfied, sv pun so far happy dengan progress walaupun ada beberapa perkara yg still unidentified lagi sampai sekarang. Huhu. Hopefully by time things will become more clear. Harap nya lah. Alhamdulillah juga sv saya adalah seseorang yg sangat memahami. Father-ly type, so dia yg selalu risaukan saya sebab saya sedang pregnant. Kadang2 saya pula yg serba salah sbb taksuka jadikan pregnant as an excuse (tak boleh buat tu, tak boleh buat ini), tapi kadang we need that excuse jugak kan. Tihihiiihii.. Apapun moga perjalanan PhD terus dipermudahkan, bukan saja untuk sampai ke penghujung (graduate), tapi untuk pengalaman dan ilmu yg bercambah sepanjang menempuh perjalanan ini. InsyaAllah. 



So, sekadar perkongsian. I read surah Maryam the other day. Bila baca part yg dia nak bersalin tu terus rasa sebak nak terjurai air mata. Maryam, yang dijaga Allah SWT, ditenteramkan Jibrail, dan dijanjikan syurga; pun merasa sakit yang teramat sangat sehingga dia merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita melahirkan kandungan itu. Masya-Allah. Dalam hadis Rasulullah ada mengatakan sebaik-baik amalan adalah jihad. Inilah antara jihad kita kaum wanita ibu-ibu semua, mengandung dan melahirkan. Cantiknya Allah letakkan kita untuk menghadapi 'jihad' ini untuk ke syurga-Nya. Allahuakbar. Walhamdulillah. *mood berdebar*

Doakan saya ye kawan-kawan. InsyaAllah.

Tuesday, April 14, 2015

Study leave - maximizing the time


Satu perkara yang saya suka mengenai 'study leave' adalah masa. Alhamdulillah, buat masa sekarang masa adalah lebih terurus dan terisi dengan perkara-perkara yang 'sepatutnya'. Rutin saya hampir sama setiap hari, cuma sedikit berbeza pada hari-hari yang saya perlu ke Skudai untuk membentangkan progress pada supervisor. 

Rutin saya bermula awal-awal pagi, waktu pagi adalah waktu cergas saya. Dan terima kasih kepada 'study leave', saya sudah mula adjust waktu saya untuk keeping up the momentum memperbanyakkan solat malam dan solat-solat sunat pagi (isyraq dan dhuha) yang kebiasaannya dulu selalu endah tak endah je nak buat ke taknak buat ke. Alhamdulillah. Teringat pesan Ustazah Hafizah Musa dalam antara slot usrati di IKIM, regardless siapa pun kita. Jaga solat. Solat awal waktu. Masuk je waktu, terus solat. Setengah jam sebelum masuk waktu, saya cuba untuk kosongkan aktiviti untuk mencapai solat awal waktu itu. Pesannya lagi, jaga solat (jaga hubungan dengan Allah) dan Allah akan jagakan yang lain untuk kita. Masya-Allah. 

Setiap hari, beberapa jam saya akan fokus kepada study. Waktu paling efisien adalah dalam jangka waktu yang pendek. Saya cuba pastikan bila-bila momentum belajar sedang baik, saya menggunakan waktu itu secara efisien. Hari minggu, saya usahakan untuk keluar dari zone study. Saya bawa anak-anak ke taman, zoo atau membuat aktiviti-aktiviti bersama mereka. Hujung minggu juga adalah waktu untuk mencuba resepi-resepi baru. Hihi. Kadang, kami sambut tetamu yang ingin bertandang atau balik ke rumah mak bawa anak-anak jumpa nenek dan atuk mereka.

Putaran masa bergerak pantas, Setiap putaran masa sebenarnya mendekatkan pertemuan kita dengan Allah SWT. Semoga Dia masih memberi usia kepada kita semua untuk terus mengumpul bekalan ke sana, berbakti kepada ibubapa dan menuntut ilmuNya yang amat luas. InsyaAllah.


Friday, April 3, 2015

Stanley Ka Dabba


Kawan-kawan yang suka menonton Taare Zameen Par harus menonton filem ini juga. Saya ada buat review pasal TZR lebih kurang 4 tahun lepas (klik sini untuk baca). Seperti TZR, Stanley Ka Dabba juga antara filem hindi yang kita akan setia menonton hingga tamat. Jalan cerita yang simple tapi sarat dengan mesej.

Saya sebenarnya dah lama tak tengok tv. Antara resolusi sejak beberapa tahun yang lepas adalah less tv, and less gadget. Sejak dah terminate astro awal tahun lepas, resolusi itu semakin menampakkan kejayaan hihi :P Tapi saya still tengok rancangan2 yg saya rasa ada manfaatnya. Cuma limit kan masa depan tv; kurangkan menonton rancangan2 yg 'membuang masa' itu. Ohh, lontar belakang.. betapa banyak masa saya dibuangkan untuk perkara tak berfaedah. Huhu. 

Ok dah tu, balik kat cerita.


Plot utama cerita ni adalah mengenai Stanley dan 'dabba' yg bermaksud lunch box. Simple je, pasal lunch box je pun boleh berjurai-jurai airmata. Hehe. Stanley anak yatim piatu, selepas sekolah dia akan bekerja di sebuah kedai makan dengan seorang pakcik. Teruk kerjanya untuk kanak2 seusia Stanley. Nasib Stanley tidak sebertuah rakan-rakannya di sekolah yang hidup senang lenang dengan ibu ayah masing-masing. Cuba bayangkan, time waktu rehat di sekolah; Stanley hanya tengok saje kawan-kawannya makan bermacam-macam jenis makanan. Padahal waktu itu dia sangat lapar tapi tiada duit nak beli makanan.

Walaumacamanepun, Stanley seorang yg sangat baik hati dan pelajar yang bijak. Dia disenangi kawan2 dan menjadi kegemaran cikgu2 terutama cikgu Bahasa Inggeris, Miss Rosy. Menonton filem ni, ada ketika saya tersenyum2 dan ketawa mengekek2 hihi, ada masa berjurai2 airmata hingus semua huhu. Recommended! Untuk kita sedar diri dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Look around us...Alhamdulillahhh

Rasa macam ada suara-suara berbisik, "tell me again how hard your life is?" T______T

 

Monday, March 23, 2015

Catatan Perjalanan Haji 1435H : Mabit di Muzdalifah, Mina dan Melontar Jamrah


Alhamdulillah, bersambung lagi  :)

Kami sampai di Muzdalifah pada waktu malam. Di sini hanya tanah kosong yang luas, tiada khemah disediakan. Berlantaikan tanah, berbumbungkan langit. Waktu untuk mabit di Muzdalifah adalah selepas wukuf waktu Maghrib sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Jadi hanya sekejap sahaja berada di sini. Tak banyak aktiviti yg boleh dibuat di sini. Dengan keadaan yg gelap (hanya ada lampu jalan dan torch light kalau ada). Kami hanya mengutip batu2 yang akan digunakan untuk melontar jamrah, berzikir dan selebihnya beristirehat sementara menunggu bas datang untuk berangkat ke Mina pula. 

Keadaan sedikit huru hara sewaktu menunggu bas datang mengambil kami. Mungkin jalanraya sesak dengan bas yg membawa jemaah yg ramai dalam masa yg serentak, ditambah kadar waktu yg singkat untuk bas mengulang2 perjalanan untuk mengambil jemaah. Berlaku sedikit tolak-menolak dan berebut2 setiap kali bas datang (walaupun sudah diberikan no bas, tapi jemaah tidak mengikut pun aturan yg TH dah sediakan. Entah, mungkin masing2 tidak sabar2 untuk sampai ke Mina). Teringat pesan Ustaz TH sebelum memulakan ibadah haji haritu, katanya di Muzdalifah lah jemaah banyak di uji. Kami beristighfar.. dan sambung tidur (hihi). Sambung istirehat sementara menunggu keadaan tenang untuk menaiki bas ke Mina.



Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Mina lebih kurang sejam sebelum masuk subuh. Mina sebuah kawasan yang luas dan sesak dengan khemah-khemah. Berjuta-juta jemaah haji dari seluruh dunia berada di sini, di sinilah kita perlu melontar batu. Khemah untuk rombongan kami diletakkan mengikut maktab tertentu. Papantanda maktab terdapat pada setiap pangkal lorong khemah untuk memudahkan jemaah mengecam khemah. Tapi masih ada juga yang asyik tersesat. Kadang saya juga keliru kerana setiap khemah dan lorong nampak sama. Dan kerap kali juga saya terpaksa menolong makcik2 yang tersesat mencari khemah mereka semula, asalkan nametag yang TH sediakan tidak ditanggal..insyaAllah akan jumpa. Kerana pada nametag tersebutlah terdapat no khemah dan kumpulan.

Setiap khemah menempatkan lebih kurang 40 orang jemaah. Berbeza dengan khemah di Arafah, khemah di Mina ada aircond. Wuuuu. Tapi janganlah membayangkan aircond seperti di hotel sana. Sekadarnya sahaja. Alhamdulillah. Soket elektrik juga disediakan tetapi tidak banyak, perlu bergilir-gilir untuk mengecas henfon dan kamera. Walaupun khemah yg disediakan tertutup rapi, tetapi masih perlu menjaga aurat kerana kadangkala tanpa dijangka ada sahaja orang arab lalu lalang untuk hantar bungkusan nasi, malahan ada juga suami2 jemaah yang datang untuk berjumpa dengan isteri mereka. Jadi perlu sentiasa dalam keadaan sedia menutup aurat.

Cabaran terbesar di Mina adalah bilik air yang kecil dan bilangannya yang sangat sedikit. Dalam bilik air ni ada tandas dan dikongsi dengan beratus2 jemaah. Keadaan bilik air di Mina lebih sesak berbanding di Arafah tempoh hari. Saya sendiri hanya mandi sekali sahaja sepanjang 3 hari berada di Mina (itupun mandi dalam keadaan yg sgt tergesa-gesa), dan mandi waktu pukul 12 tengah malam. Jemaah tidak begitu ramai waktu itu, kebanyakan masih tidur lagi. Selepas pukul 2 pagi adalah waktu paling kritikal untuk menggunakan bilik air. Jemaah sudah mula bangun untuk memulakan solat malam.

Melontar Jamrah

Ibadah melontar dimulakan dengan melontar jamratul 'aqabah pada 10 Zulhijjah. Waktu yang paling afdhal untuk melontar adalah pada waktu Dhuha. TH menyarankan untuk pergi pada waktu malam kerana keadaan sangat sesak pada waktu Dhuha. Jadi selepas maghrib kami pun beramai-ramai satu kumpulan ke Jamrah untuk membuat lontaran. Perjalanan lebih kurang 4 km dengan melalui terowong-terowong Muassim. Sepanjang perjalanan bergema laungan Labaikallah. Allahu. Perasaan berdebar-debar amat terasa sewaktu menghampiri kawasan melontar. Kawasan melontar itu dibina bertingkat-tingkat dan berbumbung.

Pertama kali melihat kawasan melontar, hati saya sangat terharu dan gembira. Rasa tak percaya sedang berdiri di hadapan kawasan melontar yang selama ini hanya dengar dari cerita orang sahaja. Jamrah itu sangat besar dan tinggi, ada tiang di tengah-tengahnya dengan sebuah lengkungan sebagai benteng di luar. Di bawahnya ada lubang yang sangat luas seperti kawah. Saya pun mengeluarkan uncang kecil yang berisi batu2 kecil bersaiz seeprti kacang kuda dan kira supaya cukup 7. Lalu saya melontar satu per satu ke arah tiang di tengah2 lengkungan itu. Setiap lontaran perlulah masuk ke dalam takungan/lubang jamrah itu dengan yakin. 



3 kubah itu menunjukkan 3 kawasan melontar, jamrah kubra, sughra dan wusta.


Esoknya, 11 Zulhijjah masuklah hari tasyrik. Bermulanya melontar 3 jamrah pada 3 hari tasyrik ; 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Oleh kerana hari pertama kami sudah mengikut mutawwif TH dan sudah mengenal sedikit sebanyak perjalanan dan kawasan sekitar kawasan melontar, maka untuk membuat lontaran jamrah pada hari tasyrik; kami membuat keputusan untuk pergi bersendirian dalam kumpulan kecil. Mulanya, pada 11 Zulhijjah kami cuba melontar pada waktu Dhuha. Alhamdulillah, walaupun kami selamat menunaikan ibadah melontar dengan baik tapi keadaan tolak menolak itu menggusarkan juga hati kami. Terutama ibu mertua saya yang sudah sedikit berumur, beberapa kali saya terasa pautannya pada lengan saya sangat kejap, katanya kaki seakan tak berpijak hanya bergantung kepada pautan pada lengan saya saja. Huhu. Perjalanan pulang ke khemah juga memberi cabaran kepada mereka. Kerana cuaca sangat terik waktu itu, ditambah badan sudah letih dengan tolak-menolak tadi; berkali-kali kami terpaksa berehat di bahu jalan sebelum sampai ke khemah. Rasa serba salah juga dibuatnya. Esoknya, 12 Zulhijjah kami keluar melontar selepas waktu subuh pula. Alhamdulillah, keadaan lebih tenang :)


Saya dan suami bersama ibu dan ayah mertua saya.

Pemandangan dari atas khemah Mina dari kawasan melontar.

Tiga hari di Mina, selain melontar; jemaah bebas membuat sebarang aktiviti. Ada gerai2 di tepi2 khemah untuk jemaah membeli-belah, tapi harganya berganda mahal berbanding di Makkah. Antara kesukaan saya di Mina adalah usrah. Seronok dapat menimba ilmu dalam masa yang sama mengeratkan ukhuwah antara duyufurrahman. Alhamdulillah, moga hubungan persaudaraan ini kekal selamanya. Selain tu, tidur beramai-ramai dalam keadaan himpit-menghimpit ini amat menggembirakan saya. Saya suka saya suka! Hihi..sesi urut-urut. Makcik-makcik ini memang sangat adorable, lepas kena urut,, saya dipeluk-peluk dicium-cium pula. Moga Allah merahmati mereka semua :) 

Wajah-wajah kesayangan di khemah Mina. 
Tak banyak gambar di dalam khemah kerana suasana yang 'kurang sesuai' dikongsikan. :D

Masa kursus haji perdana, ustaz beberapa kali juga mengingatkan untuk mengawal aktiviti-aktiviti kita di Mina. Isilah dengan manfaat. Elakkan bual2 kosong dan perkara2 yang tidak berfaedah. Beberapa hari sebelum ke tanah haram, suami mencadangkan "little mission" untuk saya-- hafaz beberapa surah seperti waqiah, mulk dan beberapa surah lagi. Alhamdulillah. Terima kasih kepada suami kerana selalu encourage saya untuk menghafaz Al-Quran. InsyaAllah. Moga istiqamah.

Selesai melontar 3 jamrah pada 3 hari tasyrik, kemudiannya kami pun pulang ke Makkah untuk membuat Tawaf  dan Saei Haji. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur masih diberi kesihatan yang baik sehingga waktu ini. InsyaAllah, sambung lagi di kesempatan yang lain.

[Catatan ini ditulis adalah sebagai kenangan kami mengerjakan ibadah haji pada 2014/1435H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamu-Nya. Moga dijauhkan dari sifat-sifat ini. Juga ditulis hanya sebagai catatan perjalanan dan bukan panduan secara menyeluruh, jadi berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan. Kepada pembaca, mohon didoakan agar ibadat yang telah kami lakukan diterima Allah swt, dan dijemput lagi ke sana. InsyaAllah]