Wednesday, December 8, 2010

Kenduri Aqiqah Najla

Bismillah walhamdulillah..

Setelah seminggu bercuti dan balik kampung, bukan main banyak di-tag sana sini. Cehh mulalah perasan pemes. Muahaha.. InsyaAllah akan membalas segala tag-tag anda sekalian pada entry yg akan dtg. Sekarang ni nak kongsi ceritera sempena berlangsungnya kenduri aqiqah permata hati sulung sy, Najla Nafeesa pd hari ahad lepas. Jom!

Gambar selingan. Perjalanan jauh dari Melaka-Kedah. Najla tido aje. Hanya celik mata kalau nak menyusu. Itupun saya yg sua jugak nen memandangkan dia tak bangun2. Dia suka naik kereta agaknya. Sampai kelam kabut jadinya kalau berhenti sekejap di RnR. Hehe.
Gambar itu baru lepas menyusu najla. Tengok tu..tidur sudaa

Kenduri aqiqah ni bukan untuk Najla seorang aje. Dikongsi dengan sepupu-sepupu Najla yg juga lahir pd tahun sama, 2010. Campur Najla, empat orang kesemuanya. Tapi yang tiga lagi tu adalah si teruna. Jadi dihitung-hitung kesemuanya 7 ekor kambing (2 ekor untuk lelaki, 1ekor utk perempuan). Setelah berbincang-bincang *serius betul bunyiknya :P* kami cadang utk tumbangkan seekor lembu saje. Sebab haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan dgn 7 ekor kambing.

Haa inilah lembu aqiqah Najla. Jinak dan sihat walafiat. Hehe apa punya ulasan. Selamat diaqiqahkan buat Najla dan tiga orang sepupunya
tepat jam 10.30 pagi, hari sabtu 28 Zulhijjah 1431H
Disembelihkan oleh paklong Najla
Najla juga menyaksikan sendiri penyembelihan lembu aqiqahnya


Alhamdulillah.. selesai tanggungjawab ibu & ayah sediakan tunggangan buat Najla
Semoga si lembu jinak menjadi tunggangan yg terhebat di akhirat nanti.. :)

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

Pagi-pagi ahad tu, rumah sudah kecoh-kecoh dgn kehadiran org kampung. Siap-siap untuk masak kenduri. Kenduri adalah dibuat secara gotong-royong atau 'pakat'. Lembu yang disembelih dibuat sup (sedap marveles!), gulai dan sebahagiannya dimasak manis (ini salah satu sunat aqiqah). Lauk-lauk lain adalah ulam petai, kuah asam dan sebagainya *mcm tak igt lak apa lagi* :D. Pukul 11 pagi, bacaan Yaasin dan doa selamat bermula.


Inilah bayi-bayi yang dirai.
Dari kanan; Muhammad Mu'az. Anak kedua abang no-6. Lahir pada Mei 2010.
Sebelahnya; Muhammad Eizul Hakim. Anak ketiga kakak no-4. lahir Jun 2010. Semangaatt!
yang hujung sekali; Najla Nafeesa. Anak pertama adik no-7. Muahaha. Lahir September 2010.
Seorang lagi masih di bilik mandi ketika ini. Hehe.

Yang keempat; Ummar Rayyan. Anak ke-5 abang no-2. Baru lahir, awal November 2010. Ya, namanya serupa dgn anak menakanku yg di Putrajaya :)

Sepanjang kenduri Najla tido aje. Hehe. Dahsat betol anak dara seorang ni. Sedap agaknya tido kat kampung. Sejuk nyaman je. Orang dah balik, baru nak celik mata. Ajak menyembang-nyembang.

Menghampiri mood nak tido

Neway, Terima Kasih yg tak terhingga kpd rakan2 yg sudi datang :)

Aqiqah itu bukan adat, tetapi ibadat. Bukanlah wajib, tetapi sunat mustahab yakni sunat yang amat dituntut. Semoga majlis kenduri aqiqah ini mendapat keberkatan Allah SWT dan menghilangkan gangguan syaitan pd bayi yg dirai untuk melakukan kebaikan. Aminn..

5 comments:

Fatima Saiful said...

hehe..sempat ibu snap gmbr ms kenduri eh..;)
anyway, blakang najla rambut tk tumbuh ek?kesan bantal?kalo yer, try aja anak tido meniarap...aqil dulu setat blaja tido meniarap umo 3bulan. ekceli, aku tatau kalo dlm islam bley ke tidak tido meniarap..sebab mentua aku mcm pelik bile aqil tido meniarap...tp, atas nasihat doc+pengasuh2 taska...aqil mmg tido meniarap..skrg lain laa...da mcm2 gaye tido.:P~

mawar said...

Oh gambar2 adalah di snap anak-anak buah. kamera hampir hilang kerana tak tahu sape last sekali pegang. muahaha

ha ah take, mcm segan2 je nak tumbuh. mak mentua aku lak soh sapu minyak baby ..hehe. dah bsr sikit ok la kot nk tido nerap..dari segi hukum, xtau la..kena tanya pakar

Anna Da Lady said...

Salam Mawar, hehe..comel la Najla ni mcm ibu dia.Ibu ke Mama?hehe...ikut muka sape ye? :)..weh, kampung kat Kedah kat ne ye?

dorin said...

najla sudah besarrr...hihi...mawar, anak aku pn takde rambut kat belakang sbb tdo baring..tp skrg dh tumbuh la jugak...kalau tak, siap nmpk macam mulut smiley tu ha...dogol..anak aku mmg tak pernah tdo meniarap..ntah..tak tau pulak mcm mn nak ajar..kekeke..biar je la dia tdo mcm tu kot..

juelee said...

mak aku ajar rayyan tido meniarap sejak sebulan lg.. tapi dengan monitor la sbb die tak pandai kalih ekpala lagi.. takot kang lemas..

btw, najla murah senyuman.. rayyan payah nau nak senyum.. jual mahal..